CODE -8-

230 25 0
                                    

EUNHO’S POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EUNHO’S POV

Dah 3 hari aku tinggal sini,terfikir nak cuba larikan diri. Jisung yang bermain telefon di sofa ruang tamu,aku perhati.Sekarang dah pukul 12.15 malam.Segenap ruang tamu pula aku pandang.Sepi.Hanya ada Jisung di sofa.Dia yang baru sedar akan kehadiran aku,menjeling sedikit wajahku.Punggung dilabuhkan di sebelahnya.

Jisung,umur kau berapa?”

Berbasa-basi aku seketika sebelum luahkan isi hati.Jisung yang nampak terganggu,mengalihkan pandangan pada aku.

“19,kau?”

Muka Jisung jelas nampak bosan jawab soalan aku.Heh kau ingat aku nak sangat ke sembang ngan kau.Terpaksa tau terpaksa!

“20.Kau jangan berangan panggil aku noona”

Dia nampak terkejut dengan kata-kata aku.Sempat diulingkan mata sekali sebelum bermain telefon semula.

“Weh,aku nak tanya sikit”

Mata perhati sekeliling,takut ada sesiapa yang turun.Mati aku kang.
Jisung pulak mengangkat kening.

“Siapa boss korang?”

Jisung nampak terkejut dengan soalan tiba-tiba dari aku.Dia pandang sekeliling.Aku pun turut ikut matanya.Nampak halkumnya bergerak naik dan turun.Mesti tengah nervous.Aku dengan cepat menadah telinga hampir dengan mulutnya.

“Boss kami tu Min-”

“Jisung,apa kau bisik tu?”

Dengan pantas mata kami bergerak ke arah suara tu.Nampak dengan jelas Mark berjalan ke arah kami.Aku dengan Jisung pulak tak senang duduk dengan Mark yang makin hampir.Pantas Jisung mengangkat punggung.

Nothing,aku naik dulu”

Tak pandai cover siaa budak ni.Dah la nak tersadung masa nak naik tangga.Melihat perilaku Jisung,Mark memandang aku bingung.Aku membalas dengan mengangkat kedua bahu.Melihat balasan aku,Mark berlalu ke dapur.

“Fuh-”

“Oi kau ok tak?”

Dada digosok perlahan.Ya Tuhan,dia memang suka muncul tiba-tiba ke?Cepat gila pergi dapur pastu datang sini.Melihat aku membalas dengan senyuman kecil,dia sambung menaiki tangga ke biliknya.Sekarang dah nak masuk pukul 12.30 tengah malam.

Owright line clear!Lampu ruang tamu,aku tutup.Sekarang lampu dari luar yang menyuluh ke dalam rumah.Pukul,terajang,tampar banyak mana sekali pun.Aku tak akan pernah serik.Sebab apa?Sebab aku Kim Eunho,tak akan pernah putus asa.Perkataan tu tak pernah dan tak akan wujud dalam kamus hidup aku.

MISSON #1

START!

Buat kali terakhir aku pandang tangga sebelum kaki laju melangkah keluar.Pintu dibuka perlahan agar satu bunyi pun tak terkeluar.Tiba-tiba kilat saling menyambar dan guruh berdentum.Terkejut jugak aku,nasib tak terkeluar jeritan jantan kang satu rumah terjaga.Macam nak hujan.Hah peduli apa aku.Yang penting aku boleh lari dari sini.

Pintu ditutup.Sempat aku alihkan rak kasut di sebelah,ke hadapan pintu.Menghalang diorang keluar dengan laju nanti.Jap aku tak ada selipar.Selipar berwarna hitam bersaiz gajah di rak kasut paling tepi, aku sarung.Aku baru perasan rumah ni tak ada pagar.Senang lagi kerja aku tak payah panjat-panjat dah.

Pantas kaki melangkah keluar dari halaman rumah.Baru dua langkah keluar dari pagar,terasa hujan menitis ke atas kepala.Drastik tangan mengangkat kepala hoodie menutup kepala.Langkah diteruskan lagi.Tertutup sedikit penglihatan aku apabila hoodie ni sering terlorot ke hadapan.Ya la dah besar sangat. Hoodie ni Jeno yang punya.Yeah and aku mandi sendiri bukan Jaehhyun yang mandikan.Euw geli.

Kaki berlari tanpa arah tujuan.Gelap jalan yang aku lalui tanpa sebarang lampu.Tajam terasa hujan yang menembusi kain hoodie ni.Nampak sangat hoodie murah.Sekejap sahaja,habis basah lencun badanku.Lengan erat memeluk badan yang terasa sejuk. Bergetar-getar bibir menahan rasa sejuk yang semakin menusuk.

Cukup jauh aku berlari,kepala di alihkan ke belakang.Rumah pun sudah tak kelihatan. Penglihatan aku fokuskan ke hadapan semula.Nampak samar-samar cahaya dari hujung jalan.Dengan tenaga yang tersisa,aku gagahkan diri berlari deras ke arah itu.Dah la tak makan sehari suntuk.Yeah merajuk.

Akhirnya,sampai jugak pada cahaya yang aku nampak.Rupanya,aku sampai di kedai-kedai serbaneka 24 jam di bandar.Jauh gila aku lari.Kaki pun dah rasa sakit.Kaki dilangkahkan ke dalam kedai serbaneka yang paling dekat.Buka saja pintu kedai,aku nampak seorang pekerja lelaki yang tengah jaga kaunter sambil tunggu pelanggan.Jelas riak terkejut pada wajahnya melihat keadaan aku yang basah lencun dan lemah.Dia meluru pantas ke arah aku yang lambat bergerak ke arahnya.

“Eh,awak kenapa ni?”

Dipegang lengan aku seeratnya,bila lihat aku seakan hilang keseimbangan.Dia pimpin perlahan-lahan kearah kerusi kosong di sudut kedai.

“Kejap ye saya ambil air”

Aku hanya mampu anggguk lemah. Pekerja tu cepat kembali dengan cawan kertas berisi air di tangannya.Dia tolong aku minum. Pergh lega sikit siot.

“Nama saya San,Choi San”

Dia tersenyum menampakkan lesung pipit.Aku yang masih tidak bertenaga hanya mampu memandang tanpa berbuat apa-apa.Melihat keadaan aku, dia kembali resah.

“Awak ok tak?Awak lari rumah ke?”

Bertalu-talu soalan yang dia lempar pada aku.Kepala terasa berat.Laju sahaja kepala aku sembamkan pada permukaan meja.San terdiam melihat aku.Masa dia sibuk selimutkan aku,terdengar seseorang memasuki kedai.Jam yang betul-betul berada di depan aku menunjukkan pukul 2 pagi.Aku patut rehat sekejap,nanti dah cerah baru aku cari jalan.

Samar-samar aku dengar perbualan San dan pelanggan tu.Mungkin dia pelik tengok aku.

“Wae kau tak bagi ubat bengong?Mestilah dia demam dah kena hujan.Ni la akibat bila pergi sekolah tak mahu belajar”

“Mana aku tau,hyung”

Bunyi tapak kasut semakin menghampiri,aku dengar.Terasa sentuhan di belakang badan aku berlapikkan fabrik hoodie dan selimut nipis.Kepala di angkat memandang si pelaku.

BUM!

Bagai dibaling dengan bata,bila melihat gerangan manusia di hadapan aku.Betullah orang dulu-dulu cakap,lagi jauh kita lari,makin dekat lah orang tu dengan kita.Dia juga memandang aku dengan pandangan sama.Terkejut dan terpaku.

“Eunho,apa kau buat dekat sini?”

That Girl•NCT•Where stories live. Discover now