NO ONE’S POV
“Kau kena ikut kitorang”
Gila.Memang tak la Eunho nak ikut ,dia bukan budak-budak.Dia dah umur 20 tahun kot.Dah la stranger.
“Thanks but aku boleh beli sendiri la!”
Meninggi sedikit suara sebelum kaki melangkah sekali lagi melepasi diorang.Haih berapa kali dah nak lari ni.Tapi sekali lagi salah seorang namja menarik pergelangan tangan Eunho.Hmm dia tu lagi.
“Korang ni siapa?Aku tak kenal pun!Lepas lah! TOLONG!”
Cepat saja tangan besar salah seorang menutup erat mulutnya.Air mata mengalir deras.Diorang nampak marah dengan tindakan Eunho.
“Kau tak boleh diam ke perempuan?!”
Dengan sekali tamparan,tangan lelaki tu selamat mendarat pada pipi Eunho Hujung bibirnya terkoyak dan darah mengalir.Terjatuh lesu badan Eunho di atas tanah lembap.Sakit sangat.
Air mata mengalir deras.Tak ada siapa ke nak tolong?Omma dengan appa pun tak pernah naik tangan padanya.Siapa diorang ni ha?!
“Tu lah cakap elok-elok tak nak dengar”
Nampak macam rambut pink ni ketua.
Leka diorang bertiga berbincang tanpa pedulikan Eunho,dia ambil kesempatan untuk lari tapi dengan tenaga yang berkurangan dia hanya mampu berdiri lemah menjauhi diorang.Tolong la tolong la jangan perasan.Hanya hati mampu meminta.
“Kau nak lari mana ha?!”
Dia mencengkam lengan Eunho erat.Perghh sakit dia berdesup ke atas.Keadaan macam ni pun Eunho boleh buat main lagi.
“Tolong lahh lepaskan aku!Aku tak kacau korang pun kan?”
“Kau tak kacau kami tapi kau kacau boss kami! ”
Otak terasa berpusing-pusing.Rasa berat sangat kepala ni.Berkat penampar diorang.Tak lupa gelakan sinis yang kuat.
“Johnny,bawak dia masuk kereta”
Samar suara mereka memasuki gegendang telinga.Terasa kuisan tangan kasar di pinggang sebelum badan aku terawang-awangan.
“Appa”
Berbisik perlahan sebelum kepala tersandar di dada bidang seseorang.
Percutian yang akan jadi memori yang terindah dah musnah.••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
EUNHO’S POV
“Kenapa boss suruh simpan dia kat sini? Aku tahulah rumah ni besar tapi kita kan dah ramai ”
“Shut up!Kalau kita bantah arahan boss, mana kita nak cari makan?Dah la semua tahu melantak je, tak reti buat kerja”
Sayup-sayup suara orang bergaduh aku dengar.Buka saja mata,aku nampak pemandangan bilik yang asing.Dengan bilik yang kosong berdinding pink,meja solek di sudut bilik dan almari pendek.Tapi bilik ni tak ada bilik air.Ruangnya kecil.
“Euww pink siot”
Yeah aku tak suka pink.Baru sahaja aku ingin bangun,aku rasa sakit pada muka.Tangan pantas mencari handphone aku.Diseluk bawah bantal tak ada.Seluk dalam seluar pun tak ada.
Eh jap cakap pasal pakaian.
Kenapa aku pakai baju lain?Baju putih lengan pendek yang aku pakai sekarang ni besar gila.Ni memang bukan aku punya.Fuh nasib baik aku masih pakai seluar aku.Meja solek aku tuju.Nampak biasan muka aku yang ada calar panjang di dahi,di bawah mata kanan dan di sebelah kiri pipi.Disentuh pelan tepi bibirku yang lebam.
“Shit”
Sakit oi.Rambut yang kusut,aku serabaikan lagi.Apa nak jadi dengan hidup aku ni. Kejadian semalam terbayang di fikiran.Tangan dikepal kuat.Kalau aku jumpa diorang ni aku cili-cili mulut,pukul sampai mampus.Tapi masalahnya aku dekat mana sekarang ni?
“Arghh hyung!”
Asal bising sangat rumah ni?
Aku buka pintu perlahan,nampak pemandangan dapur yang sangat mewah.Gila kau.Ni dah macam hotel.
Terjengket-jengket kaki aku ke arah ruang tamu.Hanya beberapa langkah dari ruang tamu,aku bersembunyi di sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur.Mata dikecilkan,perhati setiap muka yang ada dekat situ.Ramai orang sedang berbual.Ada yang tengah tengok tv,main psp dan baca buku.Kenapa ramai sangat doh!
Hah!Ada lagi yang tengah bergaduh.Apa kejadah rambut hijau macam salad.Dan semua kat sini LELAKI!
Hanya beberapa orang je aku dapat lihat muka dan semestinya semua aku tak kenal.Kenapa aku boleh ada dekat sini?
“Omakau setan— fuh kus semangat”
Tetiba seseorang yang tengah bermain psp pandang ke arah aku. Berkat jeritan maha kuatnya.Semua manusia di situ berpaling ke arah aku.
Wau macam dapat publisiti murahan siot.Mereka hanya membatu.Sebelum mata aku tertacap pada tiga orang manusia.Wait, macam kenal. Eh diorang yang belasah aku semalam!Tanpa berlengah lagi,kaki segera berpatah balik dari arah aku datang tadi.
“Semua,tangkap!”
Terkejut dengan arahan itu,aku melangkah laju ke arah tangga.
PUM PUM PUM!!!
Bunyi tapak-tapak kaki menghentam lantai.Kaki besi ke apahal kuat sangat bunyi dia?
Jeritan halus terkeluar dari mulut.
Mati la kalau kena tangkap lagi.Mau lebam satu badan.Dengan kesempatan ni,aku lajukan langkah ke arah satu pintu bilik di tingkat dua.Mesti tak ada orang sebab semua tengah kejar aku sekarang ni.Pintu bilik tu berwarna putih tu, aku jeling sekilas lalu dengan cepat tombol pintu di pulas kasar.Aku loloskan badan ke dalam.Sedikit lagi diorang sempat nak capai tombol pintu,aku cepat-cepat kunci.
“Fuh sempat”
Dahi yang basah dengan peluh aku lap.Dapat aku dengar suara diorang yang bising suruh aku buka pintu dan diselangi dengan ketukan pintu yang kuat.Roboh pintu ni,aku tak tanggung.
Bukan rumah aku pun.“Jap apa kau buat kat sini?”
Damn!
YOU ARE READING
That Girl•NCT•
FanficThis girl just curious but she's doesn't know her curiosities will lead her die. No one knows. [Dont judge a book by its cover] Read first comment later -malayfanfiction-