CODE 25

106 17 1
                                    

NO ONE'S POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NO ONE'S POV

“Kenapa boleh jadi macam ni?”

Taeyong berkata dengan kuat sambil tangan menghempas satu fail ke atas permukaan meja.Xiaojun dan Hendery di hadapannya dipandang kecil besar kecil besar.Suasana di dalam bilik langsung berubah apabila perkhabaran kurang baik itu dia dengar.

“Mana kitorang tahu hyung.Kitorang cari dia dekat merata-rata tempat tak jumpa”

Hendery menjawab sambil mata tak lepas memandang sekeliling,tak mahu menatap renungan tajam Taeyong yang duduk di hadapannya.Sesekali dia menyiku perut Xiaojun yang nampak tak fokus dengan apa yang jadi.Diorang tengah kena marah kot,yang Xiaojun boleh pulak main bersiul-siul bagai.

“Korang memang tak boleh harap la”

Lantas tangan memegang permukaan dahi.Pening!Pening!Pening! Kerja yang dia bagi dekat anak buah dia ni punya la senang.Tapi diorang tak boleh selesaikan.

“Dah tak boleh harap,cari la sendiri.Buwek”

Selepas saja selesai bercakap,Xiaojun tangkas menarik pergelangan tangan Hendery untuk lari keluar dari bilik.Tercengang Taeyong mendengar balasan Xiaojun.Bukannya terkejut sebab tindakan Xiaojun yang tak hormat dia,tapi tindakan Xiaojun yang menghempas pintu biliknya dengan kuat.Sampai bergegar frame dekat dinding.

“XIAO DEJUN,KAU JANGAN LARI.AKU DAPAT KAU,AKU SUNAT KANG”

Mahu sahaja Taeyong mengejar diorang berdua tapi terhenti apabila nampak susuk tubuh Kun yang baru masuk ke dalam biliknya.Kun yang sedar akan tingkah laku dua orang lelaki muda itu,terus menggelengkan kepala seraya kaki melangkah ke meja Taeyong.

“Sabar hyung ,kau tahu kan diorang perangai macam mana.Apa kata kau upah orang luar untuk cari dia”

Kun memberi cadangan yang bernas. Terbit senyuman nipis di bibirnya. Taeyong pula hanya mengeluh panjang.Boleh pecah otaknya fikirkan tingkah tak semegah anak buahnya itu tadi.

“Hah nanti la aku fikir lain.Nasib baik aku sayang,kalau tak dah lama aku buang dalam sungai bagi makan buaya.

Ni baru perangai dua orang,lagi 20 orang tu lagi nak hadap.Yang abang-abang ni tak apa,yang adik-adik ni yang boleh bikin dia pecah kepala.

“Sabar je la ye.Ni aku ada nak bagitahu yang Seungcheol dan Jeonghan masih tak nak beritahu tentang USB tu”

Wajah Kun segera berubah ke riak serius.Hilang terus senyuman manisnya tadi.Taeyong pula lantas mengangkat kepala memandang ke arah Kun.

That Girl•NCT•Where stories live. Discover now