CODE-24-

141 22 5
                                    

NO ONE’S POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NO ONE’S POV

Kosong,

Ya otak Eunho kosong.Suara Taeyong yang sedang bercakap,tidak masuk langsung ke dalam otak.Dinding berwarna kelabu yang menghadap dia, dipandang kosong.Apa yang baru sahaja berlaku memang takkan pernah masuk ke dalam akal fikiran Eunho.Kawan baik dia yang memang dia dah anggap macam saudara kandung sanggup tikam belakangnya disebabkan hal sekecil kuman.

Dan omma,patut ke dia percaya cakap diorang.Tak mungkin omma tinggalkan dia.Tak!

Rambut panjang menutupi sebahagian wajahnya,di tepis kasar.Tanpa hiraukan sakit yang menusuk pada kaki,terus Eunho bangun dari kerusi.

Dia nak keluar!Dia nak cari omma!

Jungwoo yang sedar akan tindakan Eunho cepat-cepat memegang pergelangan tangannya.Berkat hal itu, pergerakan Eunho terhenti seketika.Lantas mata merahnya yang menahan tangisan,menatap tajam wajah Jungwoo.

“Lepas”

Diketap bibirnya menahan sakit yang pada kaki. Tapi dia tak hiraukan. Eunho lantas menarik kuat pergelangan tangannya lalu berjalan terhincut-hincut ke arah pintu.Suasana sunyi sepi melihat drama di depan mata.Terdengar bunyi kuat beberapa kerusi ditarik keluar.Tetapi tak diendahkan oleh Eunho.

Hanya tiga langkah perjalannya ke pintu. Pergerakannya terhenti sekali lagi apabila satu susuk badan tegap berpakaian tee putih berdiri tegak di hadapannya.Menghalang dia dari terus keluar.Drastik mata Eunho memandang ke atas,mencari raut wajah si dia.Nampak wajah Donghyuck yang memandang Eunho dengan tajam.

Dijeling Donghyuck sekali lalu terus berjalan ke sebelah tapi Donghyuck lebih pantas mengalihkan badannya ke arah Eunho.Eunho yang tidak sempat mengelak daripada badan Donghyuck, menyebabkan hidung mancungnya selamat terpenyek mengenai dada keras milik lelaki itu.Terjerit kecil menahan sakit.Bertambah-tambah la sakit yang dia rasa.

Mata memandang Donghyuck sekali lagi.Gigi diketap kuat sambil mengeluarkan suara kepadanya.

“Kau blah,boleh tak?!”

Badan Donghyuck, Eunho tolak kuat tapi sedikit pun lelaki itu tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Makin mendidih la darah Eunho.Dia cuba berjalan ke arah lain pula tapi satu badan baru tiba-tiba muncul di sebelah Donghyuck.Eunho cepat memandang wajah lelaki tu.
Lee Jeno.

Dia memandang Eunho dengan mulut di tarik ke atas sebelah. Smirk.
Tangan Eunho mahu saja menghinggap pipi kedua-dua orang lelaki di hadapannya tetapi terhenti apabila sedar akan sepasang lengan kekar yang datang dari belakang,memeluk dia dengan kuat.Menahan dia dari berjalan.

That Girl•NCT•Where stories live. Discover now