CODE-14-

209 28 0
                                    

EUNHO'S POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EUNHO'S POV

"Nak keluar jugak"

Van hitam yang dinaiki Taeyong dan lain-lain perlahan-lahan hilang dari pandangan.Aku seorang je ada dalam bilik sebab Jaehyun pun pergi ikut diorang selesaikan kerja.Kerja apa pun aku tak tahu la.Bunuh orang mungkin?

Pintu dikunci dari luar dan aku terperangkap dalam ni dari tadi.Jungwoo sempat hantarkan sarapan sebelum dia pergi.Jaehyun pulak hanya diam bila aku tanya nak pergi mana.Dia sempat hadiahkan senyuman sinis sebelum kunci pintu dari luar.Puas pandang ke luar tingkap, kaki aku langkah ke arah katil.

"Pergh bapak lembut.Tidur la"

Mata terus dilelap dan mimpi mula menjengah.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

3 jam aku tidur dan 3 jam dah berlalu sejak Jaehyun keluar.Kaki dilangkah ke meja dan kerusi yang ada banyak kertas dan buku milik Jaehyun selepas penat termenung di atas katil.Tangan aku capai sebuah buku lusuh yang ditimbun oleh kertas.

"Fuh tak kan la diari? Siotlah muka garang tapi tulis diari hahaha"

Penat gelak,aku labuhkan punggung pada kerusi.Diselak perlahan-lahan buku tu. Mulut ligat membaca muka surat pertama.

-----------------------------------------------------------

7/2/2010

Kenapa aku kena ada seorang ayah.Appa? Memang jantan tu tak layak dipanggil dengan gelaran ni. Aku benci! BENCI!!

-----------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------

8/2/2010

Hari ni jantan tak guna tu pukul omma lagi.Aku tak boleh buat apa.Aku pun dia belasah sampai lebam teruk.Omma,adik janji adik akan buat dia menyesal.

-----------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------

10/2/2010

Hari ni jantan tu pukul omma dengan botol arak.Aku tak berani halang,hanya mampu tengok dari jauh.Omma nangis teruk sampai tak berdaya lagi. Aku akan balas dendam.Mesti.

That Girl•NCT•Where stories live. Discover now