CODE -22-

169 31 3
                                    


EUNHO’S POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EUNHO’S POV

Bila teringat pasal omma terus hati rasa tak senang, jantung berdegup laju.Tak semena-mena air mata meluncur laju.Apa ni?Kenapa aku rasa sakit sangat? Macam ada benda yang terjadi dekat omma.Nak lari lagi tapi keadaan tak mengizinkan.

“Hey Eunho, kenapa ni?Kaki sakit sangat ke?”

Jungwoo yang baru masuk ke dalam bilik dengan membawa satu tray makanan terpana melihat keadaan aku.Pantas tubuh aku yang berada di atas katil dia hampiri.Tray tu dia letakkan di atas meja.Disentuh perlahan bahu aku dan memaksa muka aku menghadapnya.Pertanyaan dia tadi dibalas sepi sebelum badan aku kaku apabila tiba-tiba Jungwoo mendakap erat tubuh kecil aku.

Tanpa aku sedar air mata kian turun dengan lebat.Jungwoo usap perlahan-lahan belakang badan aku dengan lembut.Dapat aku dengar degupan jantung Jungwoo yang kuat,berkat kepala aku yang di sembamkan di atas dada bidangnya.
Tak habis dia berbisik perlahan memujuk aku berhenti menangis. Selepas beberapa ketika,segala tangisan dan air mata aku hilang.

Jungwoo perlahan-lahan mendongakkan kepala aku memandangnya.Melihat ada kesan air mata di pipi aku, segera dia usap dengan ibu jari tanganya.

“Awak kenapa ni?”

Wajah ingin tahu Jungwoo pamerkan. Hingus ditarik semula sebelum tangan kanan Jungwoo yang berada di atas pehanya,aku tarik sedikit.

“Lapar”

Berubah terus riak wajahnya. Tersembul senyuman manis di wajah sebelum tangannya mencapai tray makanan yang diletakkan di atas meja di sebelah katil.Dia kacau sedikit makanan tu lalu suakan sudu ke arah mulut.

Dia nak suap aku ke sia? Buang tebiat ke apa? Dengan pantas aku rampas sudu yang dia pegang. Aku tak boleh berlembut hati dengan dia. Diorang semua ni jahat.Melihat tingkah laku aku,terus Jungwoo menjuihkan bibirnya. Hm ingat comel la tu.

“Saya cuma nak suap awak je.Awak kan sakit”

Mata aku ulingkan sekali sebelum memandang dia tajam.

“Ha memang aku makan guna kaki pun.Panggil je aku kau,yang kau asyik bahasakan diri saya ni dah kenapa?”

Tak faham bahasa sungguh jantan ni.Debik sekali baru tahu.Hish!Penat!

“Oh boleh eh? Ingatkan kau tak biasa”

Aku makan dengan diam tanpa berkata apa.Jungwoo pun hanya memandang segala tingkah laku aku.


“Kau pehal tengok-tengok?!Tumbuk kang

Tangan kiri aku genggam kuat dan tunjukkan betul-betul depan hidung dia.

That Girl•NCT•Where stories live. Discover now