CODE-21-

156 26 2
                                    

EUNHO’S POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EUNHO’S POV

BUMM!!

“OMMA!”

Segera mata aku buka lalu kepala bersandar di kepala katil apabila tiba-tiba terjaga dari mimpi.Kepala dipegang.Berpeluh teruk.Apa yang aku mimpi tadi?Macam ada benda tak elok jadi dekat omma. Aku takut.Tanpa sedar,air mata mengalir perlahan.Tiba-tiba rasa rindu pada omma semakin menebal.

“Awak dah bangun?

Tersentak aku seketika,pantas kepala di angkat memerhati sekeliling. Nampak tubuh tinggi Jungwoo mendekati aku.Otak refleks mencerna apa yang jadi.Tiba-tiba sakit pada kaki aku rasa,pantas aku selak selimut yang menutupi kaki.Kaki aku dibalut dengan kain tebal.Sakit sangat sampai aku tak boleh gerakkan kaki.Lutut aku pun luka dan luka kecil pada betis aku ditutup dengan plaster.

“Awak okey?Sakit sangat ke? Nak saya bagi ubat tahan sakit lagi ke? ”

Amboi berpadu-padu dia tanya soalan.Dah la sakit kepala ni.Jungwoo yang melabuhkan punggungnya di birai katil aku,dipandang.Terpancar riak risau sambil perhati aku kusyuk. Seperti dipukau,wajahnya aku amati lama.Dia pun turut menatap wajah aku.

“Ehem! Hem! ”

“Opocot kau ikan”

Terus terloncat Jungwoo seketika selepas mendengar bunyi tu.Lantas pandangan kami terlerai.Manusia yang berbunyi tadi,aku pandang.Aku tak pernah nampak pulak dia ni. Orang baru ke?

“Eh aku kacau ke hyung?”

Tersenyum meleret lelaki tu sambil Jungwoo berikan jelingan tajam.
Jelas ternampak pipi Jungwoo yang mula menampakkan warna merah jambu.Oh shit, dia blushing ke sia?
Aku rilek je.

Tertumpu fokus aku pada dua orang manusia yang tengah bergaduh di hadapan aku ni.Amboi bising macam pasar malam.Perasan dengan wajah keliru aku,Jungwoo kalihkan pandangan pada aku sambil tangan menunjuk budak baru tu.

“Oh Eunho,ni ahli baru kami.Jung Sungchan”

Sungchan berikan senyuman nipis kepada aku sambil tak lepas jeling Jungwoo berkali-kali.Tiba-tiba pergaduhan Jungwoo dan Sungchan berhenti apabila Taeyong masuk ke dalam bilik di ikuti oleh Jaehyun dan Johnny.

fuck”

Terus down fikiran aku bila nampak muka tiga orang manusia ni.Fikiran melayang fikirkan benda yang terjadi sebelum ni.Tanpa aku sedar,Taeyong sudah berhenti di sebelah kiri katil aku,Jaehyun di sebelah kanan katil aku dan Johnny bersandar di dinding bilik. Pergh macam bodyguard.
Taeyong memandang aku sekilas tapi aku kalihkan pandangan memandang tingkap.Tingkap lagi hensem la.

That Girl•NCT•Where stories live. Discover now