This girl just curious but she's doesn't know her curiosities will lead her die.
No one knows.
[Dont judge a book by its cover]
Read first comment later
-malayfanfiction-
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NO ONE’SPOV
Berkelip banyak kali mata perempuan itu memandang Sanha yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumah ni. Mulut terkunci tanpa mampu mengeluarkan sebarang suara.
“Ya aku ni Sanha, aku nak bawa kau balik”
Eunho memandang Sanha yang memakai kemeja putih atas dan bawah berkali-kali.Tak percaya dengan apa yang baru lelaki itu katakan.
“Balik?”
“Jom,kita kena pergi dari sini secepat mungkin”
Sanha hulurkan tangan kanannya kepada Eunho yang masih keras tak tahu nak buat apa sekarang ni.
“Kejap, macam mana kau boleh tahu aku ada dekat sini? ”
“Nanti aku jawab. Sekarang ikut aku pergi”
Eunho memandang sekeliling.Patut ke dia beritau Chenle. Tak tak kalau beritahu mesti dia cakap dekat Taeyong.Pastu dia kena kurung lagi dekat sini. Tapi Jungwoo tak tahu dia nak pergi.
“Kereta siapa ni, Sanha? ”
Kereta berjenama berwarna hitam berkilat itu elok terletak di tepi jalan. Tak pernah-pernah Eunho tengok Sanha memandu sebelum ni tapi sekarang dari mana Sanha dapat kereta mahal ni?
“Kereta aku la. Kau masuk dulu,aku nak jawab call kejap”
Dengan berhati-hati,Eunho melabuhkan punggungnya di kerusi penumpang. Jantung Eunho berdegup kencang. Matanya tiba-tiba lali lalu tidak sedarkan diri selepas itu.
Selepas beberapa minit,Sanha masuk ke dalam kereta dengan memakai penutup muka. Tersenyum sinis dia memandang ‘adiknya’ yang pengsan disebelah. Senang saja dia nak bawa Eunho masuk ke dalam perangkapnya.
Sayut-sayut Eunho terdengar satu suara yang sangat dia kenali.Perlahan-lahan matanya dibuka. Terkejut bukan terpalang apabila dia sedar badannya di ikat di atas kerusi sambil dilihat Sanha dan seorang lelaki berusia dihadapannya.
“Sanha! Apa ni? Kenapa aku kena ikat?”
Risau,gusar dan takut menyelebungi otak Eunho.Dengan keras dia menggelupur di atas kerusi,berusaha mengendurkan ikatan tali di badannya.