SANHA'S POV
"Kim Eunho,mana kau hilang?"
Dah nak dekat seminggu Eunho hilang.Aku dah puas cari merata satu kawasan ni.Polis pun tengah berusaha cari Eunho.Hyunjin pulak tak habis-habis lagi asyik mintak maaf.Sampaikan aku tertengking dia suruh berhenti.Lepas aku inform omma,dia terus datang rumah halmonie.Tak surut-surut air mata dia mengalir dari dia mula datang sini sampailah ke hari ni.
"Sudah lah tu Yoora,nanti polis mesti jumpa Eunho"
Halmonie yang sedang pujuk omma aku perhati. Halmonie tak pernah berhenti bagi kata-kata semangat kat omma.Omma sampaikan tak lalu nak makan.Yang omma buat hanyalah nangis,nangis dan nangis.Selama ni jugak, aku keluar siang malam cari dia.Penat tu tak payah kata lah. Sampai banjir dah baju aku,menahan panas.
Sekarang aku ada dekat ruang tamu lepas letih keluar cari Eunho pada siang hari.Semua benda lah aku buat.
Tampal kertas kat tiang-tiang lampu kat jalan,viral kan pasal benda ni. Tak tahu dah apa lagi aku boleh buat. Hyunjin tengah rehat dekat dalam bilik.Felix pulak balik ke rumah dia di Seoul untuk beberapa hari.Omma tak cakap pun dia salahkan aku tapi dia selalu mengelak dari aku. Aku bercakap dengan dia pun macam dengar tak dengar je.Bohong sangat lah kalau nak kata aku tak terasa. Sebab memang salah aku tinggalkan Eunho so nak terasa pun tak boleh lebih-lebih.
Tersengguk-sengguk kepala aku menahan ngantuk.Maklumlah kebelakangan ni kurang tidur. Tiba-tiba terdengar bunyi orang ketuk pintu dari luar. Pantas kaki aku membuka luas muka pintu tu. Berdegup laju sedikit jantung aku apabila melihat dua orang lelaki berpakaian seragam polis berdiri di depan aku.
"Eh polis rupanya. Jom masuk"
Dengar saja pelawaan halmonie,aku berikan ruang untuk diorang melangkah masuk.Mereka duduk di sofa sambil keluarkan buku nota kecil dari poket.Aku,omma dan halmonie menunggu dengan sabar untuk diorang mulakan bicara.
"Kami ada berita baik dan berita buruk.Nak dengar yang mana dulu?"
Muka polis-polis ni putih bersih walaupun penat berpanasan sepanjang hari.Omma dah tak senang bila dengar ada berita buruk.
"Kami dapat jejak rumah penculik Cik Eunho"
Terasa lapang hati aku bila mendengarnya.Senyuman terpamer di wajah. Dia berhenti seketika sebelum memandang kami semula.
"Tapi malangnya diorang ramai dan ada senjata yang sangat canggih.Minta maaf, kami terpaksa berundur"
Terus mati senyuman aku diganti dengan muka muram. Omma pula kembali meraung sambil menangis dipujuk halmonie.
"Jadi adik saya macam mana? "
Jantung berdegup laju.Polis-polis tu beri pandangan kesian lalu menundukkan pandangan kembali.
"Esoknya,kami pergi semula ke rumah tu.Diorang dah lari ke tempat lain."
"Hah kenapa boleh jadi macam tu?!"
Darah amarah aku semakin tinggi. Betullah orang kata polis ni ada kelemahan jugak.Aku berikan pandangan tajam pada mereka.
"Minta maaf encik. Kami dah cuba buat yang terbaik tapi NCT sangat kuat"
"NCT?"
Hah sudah siapa pulak dah diorang ni.Kenapa diorang culik Eunho?
"Ya NCT.Kumpulan mafia paling terpengaruh di Korea.Kerja diorang bunuh orang dan jual di black market.Diorang tak pernah kalah kalau berlawan.Jadi kami terpaksa berundur sebab ramai yang dah tercedera"
Jantung berdegup lagi laju.Macam mana Eunho boleh terjebak dalam geng ni.
"Diorang nak apa dari Eunho? "
Salah seorang polis menyelak muka surat baru notanya lalu memandang aku semula.
"Setakat siasatan yang kami dah lakukan,punca penculikan masih tak dapat dijumpai."
"Dah nak seminggu,tak kan la tak jumpa lagi?!"
Tiba-tiba aku melenting bila diorang buat kerja acuh tak acuh.Lama dah kot Eunho hilang,tak jumpa lagi punca dia.Polis-polis ni lembap betul lah.Melihat aku yang tiba-tiba naik angin,salah seorang polis memandang aku tajam.
"Bukannya kami tak buat kerja cuma kami tak jumpa lagi punca ni.Encik sabar sikit je lagi.Kami akan sedaya upaya siasat"
Belum sempat aku balas,terasa usapan perlahan pada bahu kanan aku.Nampak halmonie yang perhati aku lembut.
"Sabar Sanha,mesti nanti diorang dapat jumpa Eunho balik.Cuba sabar ok? "
Terpadam seketika amarah aku.Muka omma aku perhati.Dia hanya diam sambil memandang ke bawah.
"Oklah nanti ada apa-apa kami akan maklumkan pada encik.Kami beredar dulu"
Melihat keadaan yang senyap sunyi, diorang ambil keputusan untuk balik ke balai semula.Baru aku nak bangun,
terdengar suara sayu dan perlahan milik omma."Tolong... tolong selamatkan anak saya"
YOU ARE READING
That Girl•NCT•
FanfictionThis girl just curious but she's doesn't know her curiosities will lead her die. No one knows. [Dont judge a book by its cover] Read first comment later -malayfanfiction-