CODE-17-

194 29 1
                                    

NEW MEMBERS

XIAOJUN

(XIAO DEJUN)

-22 years old

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-22 years old

HENDERY

(WONG KUNHANG HENDERY)

(WONG KUNHANG HENDERY)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-22 years old

LIU YANGYANG

-21 years old

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-21 years old

-21 years old

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EUNHO’S POV

Sekarang aku sedang duduk atas katil sambil perhati Jaehyun yang tengah kemas baju dia dalam bagasi.Sesekali dia menjeling aku.Aku tak boleh brain betul.Apasal lah tak boleh duduk setempat diorang ni.Takut aku bercakap dengan jiran? Gila ke apa, macam mana aku nak cakap kalau asyik kena kurung dalam bilik ni je.

Pastu gang ni ada ahli baru pulak.Yang tadi cakap pasal minyak motor tu nama dia Yangyang.Dua orang lagi pulak Xiojun dan Hendery. Tiga-tiga chinese.Diorang dah ramai kot,nak tambah members lagi. Sekarang ada 22 orang dalam satu rumah.Gila tak gila.

Sanha pulak tak dapat ke mesej aku hari tu?Eh jap ke aku salah nombor. Tapi aku rasa betul.Hah sudah! Tak kan salah kot.Asyik aku berfikir, sehelai jaket berwarna hitam hinggap di muka aku.Walaweh muka cantik aku ni boleh pulak dibaling barang.
Tersentak aku sedikit apabila sedar akan muka Jaehyun yang hanya 1 inchi jauh dari aku.Tak berkelip mata kami berdua berbalas pandangan. Asal handsome sangat ni?!
Jangan lah bagi aku jatuh cinta!

“Pakai ni.Sekarang ni dah musim sejuk”

Dia kenyit sebelah mata sebelum berlalu ke arah bagasi dan begnya yang sudah siap dikemas.Terkejut dengan kenyitan mata Jaehyun yang menggoda tu,badan menjadi keras.
Nampak perilaku Jaehyun yang mula memakai jaketnya dan beanie berwarna hitam menutupi rambut hitamnya,terus aku bangun lalu jaket dipakai.Labuh gila jaket ni sampai paras betis aku siot.
Susah la jadi pendek ni.

“Tengok sini”

Arahan Jaehyun aku turuti.Di tangan Jaehyun ada sehelai beanie sebiji sama dengan dia tengah pakai.Dia pakaikan di atas kepala aku.Weh matching teruks sia.Kepala aku di dongak memandangnya.Tak pernah tak handsome.Yang aku peliknya, dua tiga hari ni perangai dia serius pelik.Selalunya dia badmood.Sekarang baik pulak.

“Jom”

Jaehyun genggam tangan kanan aku sebelum berjalan keluar dari bilik. Keluar je bilik,nampak semua orang tengah sibuk angkat barang ke bawah.Serius sama macam pertama kali pindah dulu.Aku dan Jaehyun bergerak ke ruang tamu.Taeyong dan Johnny tengah berbincang di pintu utama.Sedar akan kehadiran Jaehyun terus Taeyong memanggil lelaki ni.Taeyong suruh aku duduk dulu di sofa sementara diorang tengah berbincang.

Jisung dan Chenle yang tengah main pubg di hujung penjuru sofa tanpa niat nak tolong hyung-hyung diorang angkat barang , menarik perhatian. Terus aku hampiri diorang berdua.
Sedar aku menghampiri,diorang jeling aku sekilas.

“Erm Chenle,Jisung,kita nak pindah pergi mana? ”

Terus terang aku bertanya tanpa berbasa-basi tapi dalam keadaan berbisik. Diorang ni mesti jawab punya lah.Diorang kan budak-budak lagi.Riak wajah Chenle berubah tapi Jisung masih kekal tenang.Diorang hiraukan aku yang tengah pandang diorang tajam.Cis tak nak bagitahu ya.
Segenap penjuru ruang tamu aku perhati.Mencari seseorang.Jaehyun, Taeyong dan Johnny dah hilang dari radar.

Nampak pintu yang terbuka luas tanpa diawasi terus aku berjalan ke arahnya.Fuh peluang ni. Tak lepas mata memandang sekeliling.Yeah semua orang sibuk sampaikan tak perasan yang aku tengah cuba lari.Halaman rumah aku perhati. Hanya nampak van hitam yang dibuka bonet.Lambakan kasut di depan pintu,aku perhati.Selipar yang Taeyong belikan haritu dicari.Tak jumpa!

Cari punya cari.Nampak selipar berwarna merah di bawah rak kasut. Jap mau mati keras kaki aku kalau aku pakai selipar dalam cuaca macam ni.Mungkin Taeyong ada beli kasut dekat aku.Hmph!
Terasa hilang terus perasaan teruja nak lari tadi.Aku tak mahu mati kesejukan.Ohmygod mintak dijauhkan!

“Woi budak,kau buat apa kat sini?!”

“WOIBABITERBANG! ”

Hah suara jantan sekali kau! Dada pantas diusap.Bapak ah nak aku mati terkejut ke apa.Mata drastik didongak mencari punca suara. Nampak Lucas yang pandang aku tajam sambil bersandar di dinding.Aku jeling dia tajam sebelum berdiri di hadapan badannya.Fuh dah lama tak bergaduh ni jom cari gaduh.Kau tunggu kak long kawasan nak cakap.
Oh jap apahal dia tinggi sangat.

“Fuh Eunho jangan rasa rendah diri sebab kau memang dah rendah”

Hah sudah diri sendiri kutuk diri sendiri ni.Apahal?
Aku fokus semula niat nak marah Lucas.Tengok yang macam aku dah tak betul,Lucas angkat keningnya sebelah.

“Tak sekarang ni boleh kot tegur baik-baik.Kau ingat aku tak terkejut ke?! ”

Lucas nampak tersentak lepas dengar suara marah aku.Dia terus dekatkan muka dia dengan muka aku dengan muka menahan marah.Rilek ar takat dia ni,aku boleh lawan la!

“Mana lah aku tau kau terkejut ke tak.Yang kau marah sangat ni dah kenapa?!”

Dia ni nak bertekak pulak dengan aku.Akibat suara kuat kami yang saling berbalas jeritan,kami tarik perhatian semua orang yang ada dekat ruang tamu.Aku dengan Lucas dah berasap kepala habis dah.Nasib baik sekarang tengah malam. Jiran-jiran dah masuk tidur.Tapi aku rasa diorang akan terjaga jugak sebab suara kami yang kuat gila ni.

“Kau tak tahu? Semua orang yang ada jantung,boleh terkejutlah. Bodoh”

“Kim Eunho,kau tak layak panggil aku bodoh.Aku rasa abang kau yang bodoh.Ada dia datang cari kau? Tak ada.Ada abang pun tak berguna.Baik tak ada je!”

Membara terus hati aku bila dia mengata Sanha.Dari mana dia tau Sanha tak cari aku? Mata mula panas.Bila-bila je air mata aku boleh menitis.Bukan sebab sedih tapi sebab dia kata bukan-bukan pasal Sanha.

“Kau cakap macam tu sekali lagi, kau mati.Kenapa?Kau ingat kau besar,tinggi aku takut?!”

Lucas nampak dah hilang sabar.Tak apa aku pun dah hilang sabar 100%. Kalau tangan aku hinggap kat tepi mulut dia,baru tahu tutup mulut kot. Tangan dia mula menggeletar.Hah nak tumbuk aku la tu.Tumbuk ar ingat aku takut.

“Kau jangan sampai aku-”

That Girl•NCT•Where stories live. Discover now