Part 3

37.6K 138 0
                                    

Medina sudah bekerja macam biasa. Seminggu dia cuti tanpa gaji, mengenangkan nasib nya entah bagaimana selepas ini.

"Hei, asal you cuti?" soal Mog. Lelaki berbangsa cina yang bekerja sama tempat dengannya.
"Saje nak cuti," balas Medina, tersenyum bersahaja.
"Haiya, you ingat ni company you yang punya ke?" tanya Mog lagi bernada serius. Konon la tu buat-buat serius, malas Medina nak melayan.

Selain Mog, Medina bekerja bersama 4 lagi lelaki berbangsa cina. Cuma dia sahaja perempuan berbangsa melayu. Medina bekerja di sebuah bengkel aksesori kereta sebagai kerani merangkap cashier. Bukan cashier sahaja, kadang-kadang kalau ramai pelanggan, dia sendiri menolong tinted kereta pelanggan. Tapi dia tak kisah, dia suka dengan kerjanya. Bekerja bersama lelaki sahaja pun selesa, tiada masalah di tempat kerja. Kalau dia orang mengutuk pun, Medina takkan faham, sebab mereka menggunakan bahasa cina.

..............

Tiba masanya menutup kedai. Mog dan Yen menutup pintu kedai separuh. Aku macam biasa, mengira duit yang masuk pada hari ini bersama Ben, adik kepada bos aku.
"Ben, i nak cakap something," ujarku memecah hening.
"Sekejap, bagi i kira duit dulu. Nanti i salah kira, u punya gaji potong ah," Ben gurau. Aku senyum bersahaja. Begini lah rutin Ben, Ben akan mengira semula duit yang aku berikan kepadanya, sebagai langkah berjaga-jaga aku tidak tersalah kira.
"ha, cakap," ujar Ben. Kelihatan Mog, Yen, dan Keith mengambil kerusi duduk berhadapan aku. seolah-olah tahu aku ingin mengatakan sesuatu.

"I pregnant," ujarku tenang. Semua terdiam. Keempat-empat lelaki tadi terkejut besar.
"Habistu, you akan kahwin lah?" Soal Ben. Aku menggeleng.
"I ada cakap dengan Naufal, tapi dia tak bagi jawapan. So, I faham lah maksudnya dia taknak. And I dah tukar nombor dah, I tak kisah pun kalau I tak kahwin. I okay je. Cuma I rasa I kena bagitau u semua termasuk bos, sebab i bekerja dekat sini kan. I harap bos tak kisah," jawabku panjang lebar.
"of course kami tak kisah. bos pun okay ma. cuma i tak faham, why Naufal buat u macam ni? " Ben menjawab.
"Ya ma, you sudah lama kerja sini. Takkan bos nak buang sebab u pregnant ma. Kami pun suka you ada sini," Mog mencelah.
"Kalau you tak okay, you cerita. kami semua sini okay. Kami sayang you," Yen turut mencelah.
Aku diam, mataku berkaca. Aku terharu. Aku tak salah buat pilihan. Entah datang mana keberanianku, aku memeluk mereka, menangis semahunya. Diorang diam, tidak berkutik.

Setelah aku tenang, aku melepaskan pelukan. Tiba-tiba rasa malu menjengah.
"Sorry, I terpeluk," ujarku memandang lantai.
"Iya kah? Terpeluk kami berempat meh?" Sakat Ben.
"Nasib you peluk kami berempat, kalau peluk I sorang, I bawak you pergi hotel terus," Mog pula apa kurangnya.
Aku tunduk, malu. Mereka gelakkan aku sahaja.

....................

Sesampai di rumah, aku membersihkan diri dan menjamah makanan yang aku bungkus sebelum sampai ke rumah.

Aku mengambil telefon bimbitku. Simkad yang telah kutukar kelmarin, telah aku bagitau orang-orang yang terdekat. Aku membuka satu persatu apps di telefon ku, melihat pelbagai konten yang viral di laman sosial, tidak kurang juga aku melihat perkembagan dunia semasa.

Tiba-tiba Mog menelefonku.

"Hello Mog,"
"Hello Medina,"
"Ya Mog?"
"I nak tanya, you pregnant anak siapa?"
Aku terdiam. Sepi lamanya.
"Hello Medina,"
"Ye, I masih disini,"
"Kenapa diam? I tanya"
"Kenapa you nak tahu?"
"Of course I nak tahu, sebab you ada bersama dengan I,"
"Anak Naufal mungkin,"
"Tapi you sudah lama bercinta dengan dia, you tak pregnant pun. Bila u main dengan I, u boleh pregnant,"
Aku terdiam lagi. Betul juga.
"I tak tahu, I mengantuk. Bye," dengan pantas aku menutup panggilan.

Kakiku melangkah ke bilik tidur, tanpa berfikir panjang, aku membaringkan badan. Baru sekejap letak kepala, aku terlena.

S U N D A LWhere stories live. Discover now