PART 13

22.8K 84 2
                                    

"Hi, saya Hanna. Saya dari pusat Confinement Centre yang bertugas menjaga puan selama dua minggu," ujar gadis bernama Hanna. Orangnya rendah, berkaca mata dan manis senyumannya.

Pagi-pagi sekitar jam lapan pagi dia dah menekan bel rumah. Nasib lah aku dah bangun kerana ada cik misi datang untuk melihat keadaanku dan Qayyum. Aku memjemput masuk ke rumahnya.

"Tugas apa Hanna kena buat kat sini?" soal ibuku.
"Jagakan baby, urut, tungku, urut baby," jawab Hanna. Aku yang sedang dilakukan pemeriksaan oleh cik misi hanya pasang telinga saja.
"Masak tak ada?" tanya ibuku lagi.
"Tak ada cik. Yang ada pun, buatkan minuman herba dan buat rendaman air garam jelah," Jawab Hanna sopan. Ibuku mengangguk.
"Jadi, jagakan baby tu Hanna kena tidur sini ke?" masih belum puas lagi ibuku menanya.
"Tak lah cik. Malam lepas baby tidur, saya akan balik. Saya kerja sini dari pukul 8 pagi-8malam. Tapi kalau baby belum tidur pukul 8 malam saya kerja lebih masa lah," panjang huraian Hanna. mungkin dia geram? Ibuku sekadar mengangguk dan meminta diri.

Cik Misi memberitahuku anakku tidak ada penyakit kuning, tapi masih perlu dipantau sekiranya ada. Syukur Qayyum tidak banyak meragam. ', semoga jadi anak yang soleh Qayyum!' doaku dalam hati.

..............

"Tawar la ibuuuu," rungut aku. Makanan dalam pantang sungguh tidak menarik selera. Ikan rebus, ikan bakar, sayur rebus. Ahhhh bosan! Ada tambahan bawang putih goreng pula, asyik terkentut aku makan.
"Memang la, nak makan sedap-sedap tunggu habis pantang," ujar ibuku malas layan. Baru satu minggu aku berpantang, satu minggu aku merungut. Tak ada selera! Tapi kalau tak makan, lapar pulak. Haih!

Hanna di sebelah tersenyum kambing. Setelah makan aku diurut oleh Hanna. Tangannya memang lembut, tapi rasanya sakit yang teramat. Nasib baik aku hanya berurut 5 kali sahaja, itu pun kali terakhir bila aku habis pantang nanti. Mungkin juga aku yang tak pernah berurut.

Usai urut, aku ditungku. Batu yang dipanaskan dahulu di atas api, sebelum dibalut kain tebal. Lalu diletakkan atas perutku dengan cara yang betul. Gulp! Darah beku keluar sendirinya. Lega!

Ada masa aku akan buat rendaman garam, minum herba. Tapi tak kerap, nasib baik lah! Tapi aku masih berpuas hati dengan servis jagaan Hanna. Seluruh badanku lega dan kurang sakit. Selain itu, dia juga menyapukan param dan pilis di seluruh tubuh serta dahiku. Pakaikan bengkung juga, fuhh! Lengkap penjagaan pantang aku, tak sia-sia lah Mog membayarnya.

Selesai semua, aku berehat sambil melihat Qayyum di sebelah. Masih tidur lena, Qayyum juga diurut oleh Hanna. Katanya bayi pun lenguh juga, duduk dalam perut lama-lama. Entah betul atau tidak, aku iakan saja.

Aku mencapai telefon bimbit. Lama aku tidak memegang nya. Aku membuka satu  persatu chat di whatsapp.

Semua tak menarik minatku kecuali satu. Dari aku bersalin sampai aku berpantang seminggu dia masih chat aku.

UNKNOWN

hi awak, macam mana hari pertama pantang?
hi awak, baby okay? macam mana rupanya?
hi awak, boleh kita jumpa lepas awak pantang. rindulah!
hi awak, tak tahu nak cakap macam mana, saya happy sangat bila dapat semula nombor awak. tapi awak taknak reply pulak. tapi its okay, saya faham awak dalam pantang. Take care

Aku tersengih sendiri, entah siapa gerangan. Aku mencuba dail nombornya.

"Hello awak," ujar gerangan disana. Aku terdiam. Aku cam suara ni, bukan Naufal. Aku matikan panggilan. Jantungku berdetak laju. Mana dia dapat nombor aku ni?

S U N D A LWhere stories live. Discover now