Aku membuka mata. Kepalaku terasa pusing. Aku bingkas bangun dan menyandarkan kepala di kepala katil.
"Adik," aku mengangkat muka. Kelihatan Maria, Manja dan Elhan di hadapanku.
"Aku kat mana?" tanyaku.
"Kat hospital," jawab Maria. Aku mengangguk. Aku memandang perutku.
"Baby dah tak ada?" aku tanya sambil mengusap perutku. Tangisan Manja dan Maria tidak dapat ditahan. Aku mengangguk tanda faham. Aku menarik selimut lalu kembali baring."Terima kasih dah selamatkan aku. Tapi semua dah terlambat. Balik lah, aku perlukan masa. Kalau aku dah boleh keluar, jangan ambil aku. Aku akan balik sendiri," ujarku. Air mata yang mengalir tidak diendahkan.
"Adik," teresak Manja memanggil.
"Balik, baliklah!" aku menengking.
"Jangan risaukan aku, aku okay," sambungku dengan nada yang tenggelam timbul akibat esakan aku.Elhan mendekati aku. Dia meletakkan telefon bimbit dan beg dompet aku di tepi katil.
"Awak perlukan ni," ujar dia.
"Terima kasih," aku menutup muka dengan selimut.Melihat keadaan semakin sunyi,aku membuka selimut. Tak ada orang. Baguslah. Aku bergerak menuju bilik air yang terletak di hujung wad.
Aku melihat keadaan aku di cermin. Muka cengkung, badanku yang berisi menjadi kurus. Hampir sama dengan papan mungkin? Aku melihat perutku. Aku menangis lagi di dalam bilik air. Aku terduduk sambil menangisi pemergian anak aku.
"Qayyum, mama minta maaf. Mama tak dapat jaga adik dengan baik. Mama buat kesilapan kali kedua. Mama adalah mama paling teruk dalam dunia ni. Maafkan mama," aku monolog sendiri. Seolah-olah bercakap dengan arwah anakku, Qayyum.
Sakitnya kehilangan anak. Bukan satu, tapi dua. Bila-bila masa aku boleh gila. Tapi apakan daya, ini sudah ketentuan yang tertulis buat aku.
Perlahan aku bangun, membersihkan diri lalu kembali ke katil. Aku mencapai telefon bimbitku.
DUA LELAKI DITAHAN ATAS KESALAHAN MENCULIK DAN MEMPERDAGANGKAN SEORANG WANITA DI KEDIAMAN MILIKNYA.
Aku membaca tajuk besar yang terpampang di berita online. Oh, baru lah aku tahu. Keith dan Mog ditahan pada malam aku keguguran. Ben pula selamat kerana memberikan maklumat tentang aku dan dia juga orang yang memberi maklumat tentang selok belok rumah Keith.
'Terima kasih, Ben," ujarku perlahan.
"Sama-sama," aku menoleh. Ben tersenyum.
"You sudah sihat? I dapat tahu, dua hari you tak sedarkan diri," ujar Ben.
"Ye ke?" tanyaku.
"Elhan tak ada cakap apa-apa meh?" Aku menggeleng.
"I sedar je tadi, I tanya I kat mana, baby I ada lagi ke tak, lepastu terus I suruh dia orang balik," terangku.
"Medina, Elhan yang selamatkan awak tau malam tu," ujar Ben.
"Tapi you yang tolong kan?" tanyaku.
"You nak I cerita?" Aku mengangguk.
"Okay, so hari yang dia dapat lari tu, dalam satu minggu macam tu, dia datang cari I. Merayu minta lepaskan you. Tapi I tak boleh. So dia ajak I pergi balai polis report pasal you. Dia bagitahu kakak-kakak you. Tapi polis pun cakap kena ambil masa, sebab takut-takut Keith dan Mog tahu plan dia orang, dia orang buat apa-apa kat you lagi susah. I pun dah siap bagitau Elhan dan kakak you, you mengandung. Tapi tak sangka pula you keguguran malam itu. Elhan yang rempuh pintu tu tau. Nasib kita orang cepat. Sebab malam tu, you dah hilang banyak sangat darah, " terang Ben panjang lebar. Aku sekadar menunduk.
"Mog dan Keith?" soalku.
"You jangan risau, dia orang ditahan reman. Kemungkinan besar lama dia duduk dalan pintu besi," ujar Ben sambil tersenyum.
"Thanks Ben,"
"Jangan thanks kat saya ma. Thanks dekat Elhan. Hari-hari tanya pasal you," Ujar Ben sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Tengok ni, I ambil gambar you bagi dia. Tengok dia jawab apa," Ben menujukkan aku perbualan whatsapp dia dengan Elhan.Ben sent a photo
-Tengah makan-Cute! Jaga kan Medina untuk I, Ben.
Ben, perut dia dah nampak! Excited!
Ben, sikit hari lagi kita dapat lepaskan Medina. Thank you Ben!Ben sent a photo
-Medina tengah tidur-Kenapa banyak lebam tu Ben?
Apa dia orang sudah buat pada Medina, Ben?
Jaga kan Medina, please. I love her.
Thank you Ben banyak bagi info pasal Medina!Aku memandang kosong skrin telefon Ben. Jujur hati aku juga merasakan yang sama. Tapi buat masa ini, entahlah! Aku sendiri tak boleh nak terima diri aku. Apatah lagi nak terima orang lain. Sungguh aku jijik dengan diri aku yang sekarang.
Aku berbual kejap bersama Ben sebelum Ben meminta diri. Aku memandang telefon bimbitku lagi.
-Elhan-
Awak dah sihat?
Jangan lupa makan nasi, makan ubat.
Saya minta maaf sebab lambat selamatkan awak, minta maaf juga atas kehilangan baby awak. Semoga terus kuat! IlyBaru sehari dah tanya aku sihat ke belum. Elhan Elhan. Aku tersenyum tawar. Keberadaan dirinya membuat aku tenang.
........................
Hampir satu minggu aku ditahan wad, hari ini aku dibenarkan keluar selepas keadaanku yang semakin pulih. Mujurlah luka ku tidak teruk dan rahimku tidak dibuang akibat tendangan kuat Keith tempoh hari. Doktor juga menjelaskan trauma ku di tahap minima, jadi tidak perlu membuat temujanji khas, selain menjaga diriku dengan lebih baik.
Hukuman ke atas Keith dan Mog masih didalam perbicaraan. Aku juga perlu tampil memberi maklumat, akan ku lakukan setelah aku rehat dua tiga hari di rumah arwah ayahku.
Aku diberitahu rumah sewaku sudah ada penghuni baru akibat bayaran yang tidak aku jelaskan selama beberapa bulan. Barang-barang di rumah dan kereta ku telah Elhan bawa ke rumah arwah ayahku. Ini lah namanya sudah jatuh, ditimpa tangga. Tapi aku reda dengan segala ketentuan ini.
"Assalamualaikum," ujarku.
"Waalaikumsalam," aku terdiam. Melihat gerangan di hadapanku.
"Dah sampai?" soal Elhan. Aku mengangguk.
"Rehat lah, Manja minta saya datang sini kejap, tengok awak dah sampai ke belum. Ni awak dah sampai, saya balik lah," ujar Elhan, bersiap sedia dengan kunci keretanya.
"Awak," panggilku.
"Ye," cepat-cepat dia menjawab.
"Terima kasih. Terima kasih selamatkan saya," ujarku, tersenyum ikhlas. Kelihatan wajah Elhan memerah, air matanya bertakung. Dia segera memelukku.
"Jangan terima kasih, saya yang sepatutnya minta maaf. Saya lambat selamatkan awak, sedangkan saya dah lama bebas," ujar dia, suaranya yang serak menandakan dia sedang menangis. Aku membiarkan sahaja.
"Tak apa, saya dah baik," balasku.
"Awak boleh tipu semua orang, tapi awak tak boleh tipu diri awak. awak tahu kan? Kenapa kena pura-pura kuat? Kenapa kena pura-pura okay? Tiga bulan awak kena culik, kena rogol, kena pukul sampai awak kurus, awak cengkung, sampai anak awak tak ada. Kenapa? Kenapa nak sembunyi kan perasaan ni?" bertubi-tubi soalan Elhan. Aku diam. Air mataku juga mula bertakung.
"Saya tak ada siapa-siapa untuk meluah. Untuk apa saya ceritakan keperitan saya?" balasku dengan soalan.
"Saya ada, kakak awak ada. Mungkin tak ramai, tapi kami ada," balas Elhan teresak. Aku meleraikan pelukan.
"Tak apa, saya okay," ujarku sambil tersenyum tawar.
"Awak balik lah. Kalau awak nak rehat, awak rehat lah. Saya masuk bilik dulu," ujarku lagi lalu masuk ke dalam bilik.
YOU ARE READING
S U N D A L
RomanceMedina, gadis liar yang akhirnya mengandung anak luar nikah membuatkan dia bingung dengan keadaannya. Dalam masa yang sama, dia masih melakukan perbuatan terkutuknya bersama lelaki berlainan. Nak tau lebih? Vote & enjoy! 🤗