PART 19

18K 83 2
                                    

Aku bekerja dengan hati yang gundah-gulana. Entah apa akan jadi hari ini, aku jadi serba tak kena. Satu minggu sudah aku sebegini.
"Jangan lah jadi apa-apa," desis ku sendiri.
"Jadi apa?" bos menegur.
"Tak tahu la bos, dah seminggu lebih macam ni. Tak senang duduk, hati berdebar-debar," ujarku.
"Jangan fikirkan sangat. Tak ada apa lah," bos menenangkan aku. Aku terdiam, Aku sendiri tak tahu macam mana dengan keadaan aku sekarang.

Telefonku berdering. Aku menatap skrin telefon bimbitku.

"Unknown" aku mengangkat.
"Hello," ujarku.
"Hello, boleh saya tahu puan ni waris kepada Encik Hamid dan Puan Sarah serta ibu kepada anak lelaki yang bernama Muhammad Qayyum Bin Abdul lah?" soal gerangan itu.
"Ye saya,"
"Macam ni puan, ibu, ayah dan anak puan mengalami kemalangan di jalan raya. Sekarang mereka berada di wad kecemasan Hospital Sultan Ismail. Boleh puan datang kemari? soalnya.
"B.. baik," ujarku perlahan. Aku terdiam, air mataku mengalir tanpa disedari.

"Hei Medina, you kenapa?" bos menyoal.
"Bos, bos bawa saya pergi hospital boleh? An.. anak saya," aku tak boleh teruskan. Air mataku laju membasahi pipi. Bos yang mendengar terus bergegas mengambil kunci keretanya dan membawaku ke hospital. Sepanjang perjalanan aku menangis semahunya, kenapa benda ini terjadi? Adakah kifarah perlakuan burukku? Tapi aku dah tekad nak berubah. Kenapa?!

Sesampai di hospital, aku berlari ke wad kecemasan. Kelihatan beberapa keluarga yang masih menunggu.

"Apa yang dah jadi?" soalku kepada salah seorang yang menunggu disitu.
"Ada lori tu brake dia rosak agaknya, jadi lorinya laju dan langgar beberapa kenderaan kat situ," jawab dia. Aku terkesima.
"Awak keluarga salah seorang ke?" soalnya. Aku mengangguk. Lututku lemah, aku hampir terduduk. Namun bos cepat menahanku.

"Medina," panggil bos. Aku menoleh. Aku mengesat air mataku.
"Bos, bos kalau nak balik, bos balik lah. Saya nak tunggu kat sini," ujarku.
"Betul ke ni? You nampak tak okay," balas bos.
"I okay, terima kasih bos hantar I. Minta maaf I susahkan bos," aku menunduk.
"Tak apalah, you pekerja I ma. Kalau I tak tolong, macam mana you nak drive dengan keadaan macam ni?" ujar bos. Aku diam tidak memerikan respon.
"I balik dulu lah, apa-apa you bagitau I," sambung bos. Aku mengangguk. Terima kasih bos!

................

Hampir empat jam aku menunggu, pintu wad kecemasan dibuka. Waris yang ada di situ menerpa ke arah doktor yang bertugas.

"Macam mana keadaan anak saya?"
"Macam mana keadaan adik beradik saya?"
"Keadaan ibu saya doktor?"
Soalan diaju bertubi-tubi. Aku cuma merenung kosong wajah doktor itu.

"Sabar ye semua, saya akan panggil nama mereka yang terlibat seorang demi seorang. Jadi sila dengar baik-baik ye," ujar doktor itu lembut sambil menyelak beberapa kertas di fail yang dipegangnya.

Seorang demi seorang nama disebut. Aku sabar menunggu, tak ada satu pun nama ibu, ayah dan anakku. Reaksi mereka yang disitu ada yang mengucap syukur, ada yang pengsan, tak kurang juga ramai yang menangis.

"Waris Puan Sarah, Encik Hamid dan bayi yang bernama Muhammad Qayyum Bin Abdullah," aku memandang wajah doktor itu penuh harapan.
"Minta maaf, ketiga-tiganya tidak dapat kami selamatkan. Mereka adalah mangsa kedua yang dirempuh oleh lori dari belakang, dan kecederaan mereka sangat parah," kata-kata doktor buat dunia aku kelihatan gelap. Ya Allah! Ketiga-tiganya Kau ambil dengan sekejap. Lututku lemah longlai. Kali ni aku terduduk depan semua orang.

Mereka yang melihat, menatap aku sayu. Ada yang mengucap takziah, aku tak mampu untuk membalas. Aku menangis semahunya disitu. Ada dua atau tiga keluarga termasuk ibu, ayah dan anak ku yang tidak dapat selamatkan. Entah perasaan mereka mungkin lebih kurang aku. Entahlah, aku tak mampu berfikir dengan baik.

Bahuku ditepuk seseorang. Aku menoleh. Elhan memandangku sayu, aku melihat kakak-kakaku bersama suami mereka juga turut disitu. Entah bila mereka datang, aku tak sedar. Mungkin aku dah terduduk lama sehingga aku tak sedar kedatangan mereka.

Elhan mengangkatku lalu dudukkan aku di kerusi yang ada. Aku menangis lagi semahunya. Aku tak dapat menerima hakikat, anak yang ku kandungkan 9 bulan cuma diberi pinjaman selama 5 bulan, juga ibu dan ayahku yang selama ini dengan mereka. Ahh! Tak boleh digambarkan perasaan ini.

Maria dan Manja datang kepadaku, memegang erat tanganku.

"Adik, sabar banyak-banyak. Rasa hilang anak sememangnya perit, tapi kena kuat," ujar Manja. Maria pula hanya menangis, aku menunduk hiba.

'Qayyum, anak mama,' rintihku.

S U N D A LWhere stories live. Discover now