PART 22

16.2K 69 0
                                    

Hari cutiku datang lagi. Aku segera membersihkan diri, lalu mengisi perutku yang kosong.

Aku duduk di sofa. Merenung kosong siling rumah sewa ku. Selalunya saat begini aku dah segera pulang ke rumah ibu dan ayahku untuk melihat Qayyum. Air mataku mengalir lagi. Ah! Sukar untuk aku lupakan arwah anak aku. Kehadirannya membuat aku tak memerlukan siapa-siapa lagi dalam hidup ini.

Perginya dia seperti separuh jiwaku hilang. Semangat aku hilang bersama peremergian Qayyum.

"Kau kena reda Medina. Qayyum dah bergembira kat sana. Kau kena kotakan janji kau dekat Qayyum. Jangan ulang lagi kerja kotor kau," aku bermonolog sendiri. Aku membuat tekad kali kedua.

Aku bangun, mengambil kunci kereta ku dan beg tangan. Aku nak mencuci mata hari ini. Duit yang Mog,Ben dan Yen bagi aku belum gunakannya. Setelah Qayyum pergi, mereka telah berhenti memberi duit. Aku pun tak kisah, aku tak memerlukan pun duit mereka.

Aku berjalan-jalan di shopping complex sekitar rumah sewa ku. Mata aku asyik tertarik untuk melihat baju-baju bayi. Namun aku cepat-cepat menghalang hasrat itu. Aku datang sini untuk hilangkan kesedihan, kalau aku melihat baju-baju itu, mesti aku lagi sedih!

"Hai awak," sapa seseorang. Aku menoleh.
"Hai, Elhan," jawabku.
"Sorang?" tanya Elhan.
"Yes,"
"Boleh saya teman?"
"Tak ada masalah,"

Aku berjalan seiring dengannya.

"Buat apa kat sini? Awak tak ada beli apa pun?" tanya Elhan
"Saje. Nak hilangkan sedih time cuti ni," jawabku sambil tersenyum.
"Faham, kita pergi makan. Nak?" pinta dia. Aku mengangguk. Kami bergerak ke outlet KFC yang terletak di tengah bangunan pasaraya besar ini.
"Awak nak makan apa?" tanya Elhan.
"Snacker box, cheesy wedges dan air milo," pesanku tanpa malu-malu. Soal makanan, semua onsss! Elhan mengangguk, dia berdiri menunggu untuk membuat pesanan, sedangkan aku mencari meja untuk di nikmati makanan sebentar lagi. Aku memilih meja yang berada dihujung, yang kurang menjadi tumpuan orang ramai.

Makanan diletakkan perlahan.

"Terima kasih," ujarku tersenyum manis.
Kami menikmati makanan, tidak berak and. Elhan mengeluarkan telefon bimbitnya, lalu mengambil gambarku.
"Kenapa?" soalku.
"Saje, nak buat wallpaper handphone," jawabnya selamba sambil menunjukkan latar belakang telefonnya. Terletak elok mukaku yang sedang ternganga ketika menikmati makananan tadi.
"Buruk lah, nak ambik tu ambik betul-betul," seloroh aku.
"Boleh ke? okay lagi sekali,"
Aku melayankan sahaja, aku tersenyum menampakkan gigi sambil memegang kentang wedges yang tinggal separuh.
"Comelnya," Elhan memuji.
"Mengarut," sepatah jawapanku. Elhan tergelak.

Kami berbual kosong sehingga kami berpisah di kawasan letak kereta.

"Terima kasih teman cuci mata," ucapku.
"Tak ada apa lah, saya pun tiba-tiba tergerak hati nak jalan sini harini," jawab dia. Aku mengangguk.
"Take care," ujarku.
"Take care too honey," jawabnya. Aku tersenyum kambing. Berbunga hati!

Tanpa sedar, ada sepasang memerhati dari jauh.

S U N D A LWhere stories live. Discover now