Aku bekerja seperti biasa. Satu bulan setengah aku duduk terperap di rumah.
"Hei Medina, you dah sihat?" Tanya Mog. Aku mengangguk dan tersengih.
"Wah you makin kurus ma," ujar Bos pula.
"Sebelum ni I gemuk ke bos?" tanya ku.
"Iyelah, you tak sedar meh?" soal bos pula. Aku menggeleng lalu tergelak.
"You kurus ke you gemuk, you tetap cantik ma," sambung bos.
"Shhh! Jangan cakap kuat-kuat, nanti orang tahu," balasku sambil ketawa.
Bos menggeleng kepala, suka benar masing-masing bila aku dah kerja."Hey Medina," aku mengangkat muka.
"Ye Keith?" soalku.
"Here, your present," ujar Keith lalu memberiku sejambang bouquet coklat.
"For what?" soalku lagi.
"Sempena beranakkan baby you," ujar Keith dengan slang cinanya.
"Seriously Keith? Omoo thank youuuuu," aku ambil dengan gembira. Gila tak gembira, berapa banyak coklat kat bouquet ni! Keith senyum lalu melangkah pergi, menyambung tugas kerjanya.Aku tersengih-sengih menghadap coklatku. Cadbury black forest! Memang favourite sangat!
"Makan tak ajak," Ben menepuk bahuku.
"Ishh you ni, terkejut I," ujarku.
"Siapa bagi?" soal Ben.
"Keith," sepatah jawapanku.
"Eh, you cakap pasal Keith kan, Keith tu I tengok macam suka you lah," dah muka dah si Ben ni ajak gosip.
"Ah mengarut, sebab dia bagi I bouquet ni je you cakap dia suka I?" soalku malas layan.
"Bukan lah, I tahu lah. Hari itu masa you tak kerja kan, dia bersungguh tau ajak pergi tengok you and baby you," ujar Ben lagi.
"Itu je pun Ben, ish! Biasalah orang baru bersalin, mestilah nak tengok," aku menjawab.
"Ish you ni, tengoklah nanti, I cakap betul tau!" bentak Ben. Aku tergelak.
"Eleh, dia nak main dengan I kot?" aku mengambil hatinya. Ben ni kalau tak layan dia punya gosip, habis seminggu taknak bercakap dengan aku.
"Hahahahaha, ini lah I nak cakap," Ben sambung teruja.
"Kenapa tak cakap je? You cakap dia suka I bagai,"
"Mana tahu you lepas beranak ni you sensitif pasal main," jawab Ben selamba. Aku tergelak.
"Kalau Keith boleh main you, I pun nak join," sambung Ben, berpura pura nak menciumku.
"Ahh malas layan you, pergi kerja sana," balasku konon marah.
"Boleh ke tak?" soal dia lagi sambil berdiri. Aku mengenyitkan mata tanda boleh. Ben tergelak lalu meninggalkan ku.Entah apa-apa je perangai. Semua dah ada awek kot! Sangap sangat agaknya. Hahaha
Aku menyiapkan kerja yang tertangguh lamanya.
TUT. TUT
aku melihat telefon bimbitku. Ada chat lah!
Ibu sent a photo. Aku melihat gambar yang diberi. Aww! Gambar Qayyum. Jujur aku rindu sangat-sangat. Walaupun baru satu hari terpisah. Macam mana lah keadaan ibu yang terpaksa berjauhan dengan anaknya berbulan-bulan?
Aku mengeluh. Aku jadikan gambar Qayyum sebagai gambar latar hadapan telefon ku. Sekurang-kurangnya aku dapat juga tengok muka Qayyyum. Telefonku berbunyi lagi.
Hi awak, dah mula kerja ke harini? Saya nak datang jumpa awak boleh? - unknown.
Aku membaca sekilas. Aku dah lupa dah pasal mamat ni, boleh pulak dia chat aku lagi.
No need. Saya taknak jumpa awak pun. balasku.
kenapa? saya nak jumpa awak! saya rindu.Aku sekadar membaca. Belum masa lagi mungkin? Aku mengangkat bahu, lalu menyambung kerja ku.
YOU ARE READING
S U N D A L
RomanceMedina, gadis liar yang akhirnya mengandung anak luar nikah membuatkan dia bingung dengan keadaannya. Dalam masa yang sama, dia masih melakukan perbuatan terkutuknya bersama lelaki berlainan. Nak tau lebih? Vote & enjoy! 🤗