Aku pulang ke rumah menaiki ambulan. Nasib baik pakcik ambulan memahami keadaan aku yang sehelai sepinggang datang ke hospital. Aku masuk ke rumah, aku melihat rumah kelihatan bersih.
"Adik," panggil ibuku.
"Ibu, bila datang?" soalku.
"Semalam datang. Ibu call tak angkat. Ibu datang tengok rumah adik, pintu terbuka. Ibu tanya jiran, jiran bagitau ambulan bawa adik," ulas ibuku. Aku mengangguk. Ibuku mengambil Qayyum, diletakkan di katil baby yang aku beli berapa bulan lalu. Aku duduk di sofa.
" Darah adik ibu dah bersihkan. Ibu dah kemas sikit-sikit. Tapi ibu tak masak, ingatkan adik belum balik. Tapi nanti ibu masakkan sup ye," ujar ibuku lagi. Aku sebak."ibu," aku panggil.
"Ye," ibuku mendekat. Aku peluk ibuku.
"Adik minta maaf, adik dah conteng arang kat muka ibu, dekat muka ayah. Ibu susah payah lahirkan adik, besarkan adik. Adik dah la tak mampu nak banggakan ibu belajar tinggi-tinggi, malukan ibu pula," aku menangis teresak-esak. Ibuku turut menangis, di mulutnya mungkin tidak mengapa. tapi hatinya, siapa tahu? mesti hancur lebur dek perangai anaknya yang memalukan.Setelah aku reda, ibu pegang tanganku.
"Benda dah jadi, lepas ni jangan buat lagi. Besarkan anak dengan baik, jadikan iktibar," aku mengangguk mendengar bicara ibu. Buat masa ni aku menyesal lah, akan datang? siapa tahu? Ibuku berlalu ke dapur.Aku mencapai telefon bimbitku. 2 hari aku tertinggal telefonku, bateri masih elok tidak berganjak. Itulah bestnya pakai android! Aku membuka aplikasi whatsapp.
awak, saya minta maaf. saya dah terlanjur. harap awak and baby sihat saja - Helmi.
hello, you sudah beranak ke? kalau sudah i mau inform orang confinement centre - Mog.
hi awak, selamat menimang baby - unknown.aku membalas chat Mog saja. Yang lain aku biarkan, tidak perlu membalas. Aku masih letih dan tak cukup rehat setelah aku melahirkan Qayyum tempoh hari. Aku melelapkan mata dalam keadaan duduk. Entah bila, aku terlena.
......................
"Adik," sayup kedengaran suara ibuku. Aku membuka mata sedikit.
"Hmm," aku menyahut.
"Bangun, kasi Qayyum susu," ujar ibuku.
Aku tersentak. Lekas aku melihat jam di dinding."Pukul 4 petang dah," desisku sendiri. Aku mencapai Qayyum di dukungan ibu, lalu memberi susu badanku.
"Kenapa tak kejut awal? Dari tadi Qayyum tak menangis ke?" soalku.
"Ibu dah kejut, dia dah menangis sampai takde suara. Adik yang tak bangun," ujar ibu. Aku mengeluh. Aku penat sangat sampai terlupa aku dah ada anak.
"Nanti Qayyum ibu mandikan. Adik pergi makan lepastu mandi," sambung ibu.
Aku mengangguk.
"Sampai bila ibu kat sini?" tanya ku
"Sampai adik habis pantang, mungkin? Tengok lah macam mana, ayah pun tak ada suruh balik awal," jawabnya
"Ayah taknak datang ke?" aku bertanya perlahan.
"Dia marah lagi tu, tapi nanti lama lama okay lah. Nasib dia tak marah ibu nak datang sini jaga kamu tau," aku tunduk dengar jawapan ibu. Aku melihat raut Qayyum. Anak syurga, tenang rupanya. Tak sangka aku ada anak diwaktu usia aku tak puas enjoy lagi!Aku meletakkan Qayyum di katilnya. Dengan jalan yang perlahan, aku menuju ke ruang makan. Selepas itu aku membersihkan diri. Dua hari aku tak bersabun dan gosok gigi, rasa macam kambing pulak! Kambing pun lagi wangi agaknya. Hahahaha
YOU ARE READING
S U N D A L
RomanceMedina, gadis liar yang akhirnya mengandung anak luar nikah membuatkan dia bingung dengan keadaannya. Dalam masa yang sama, dia masih melakukan perbuatan terkutuknya bersama lelaki berlainan. Nak tau lebih? Vote & enjoy! 🤗