PART 31

14K 66 0
                                    

Dua bulan aku tinggal di sini. Tubuhku juga semakin kurus, kesan dari pengambilan dadah yang menjadi rutin dalam hidup aku. Setiap hari aku akan melayan seberapa ramai orang, aku juga diberi gaji atas layanan aku. Keith dan Mog semakin baik layanannya.

Ketika aku khayal, aku mampu melayan mereka sekaligus,tanpa memikirkan ketakutan aku. Namun bila 'rasa' itu hilang, aku mula murung, ketakutan, bukan sebab aku tak dapat barang itu, kerana aku fikir sampai bila aku kena terus duduk di sini.

"Keith, I nak cakap sikit," aku mengelus dada Keith.
"Apa dia?" soal Keith.
"Dulu you tak pernah berbual dengan I. Berbual benda penting je, sampai lah you mengaku you suka I. Sekarang you macam bukan Keith yang I kenal," ujarku.
"Ye, I memang dah suka you awal lagi. Tapi I tak berani, bila I tahu you beromen dengan yang lain, I sakit hati. Tapi I tak cakap, sebab I tak berani pun. Sampai lah masa I confess tapi you reject. So I tekad la nak buat macam ni," jawab Keith. Aku diam sahaja. Jujur betul mamat ni!
"Jadi kalau suka, kenapa suruh I layan ramai-ramai?" tanyaku.
"Sebab feeling tu dah hilang, I cuma nak balas sakit hati I je," terkedu aku. Terus aku bangkit dari katil.

"Tu je I nak tanya. You pun dah puas kan,  tu pintu," aku menundukkan kepala. Semakin lama, semakin aku benci dengan diri ini. Lagi benci perasaan terhadap Keith. Keith tersenyum sebelum keluar. Aku terus membersihkan diri dan kembali baring di katil.

Serta-merta aku teringat akan Elhan. Apa yang berlaku pada dirinya? Selamat atau tidak? Aku risau kalau-kalau mereka masih mencari Elhan walaupun aku sudah berjanji tidak akan lari. Aku tersenyum kelat, sakit mulai mencengkam di dadaku. Aku menangis lagi. Kalau aku tak mula, benda ni tak jadi. Aku berkata berulang-ulang.

.................

"Medina, ni barang you," Ben memberi ku sebungkus plastik yang diisi makanan ringan dan minuman berkotak. Aku mengangguk.
"Ben, terima kasih," ujarku. Selama dua bulan disini, aku lebih selesa dengan Ben. Mungkin Ben tidak memukul aku, dia membelikan aku makanan, dia juga faham kalau aku tak ingin bermain dengannya.
"Sama-sama," jawab Ben.
"Ben, kenapa you baik sangat?" tanyaku. Ben mengeluh.
"I sebenarnya nak lepaskan you dah tau. I taknak seksa you lagi macam ni, I faham kalau you dah tak mahu. Tapi I pun kena ugut dengan Mog dan Keith ma," ujar Ben. Baru lah aku faham kenapa Ben begitu baik dengan aku. Aku tersenyum.
"Tak apa, ni yang I pilih, ni lah yang I kena tanggung," aku memegang tangan Ben. Ben mengangguk dan keluar bilik.

Aku membuka bungkusan plastik. Hari ini aku normal sahaja, kerana stok batu sudah kehabisan. Klien juga tidak ada, sampai lah mereka dapatkan stok untuk aku. Aku melihat ada satu plastik yang kecil, aku mengambil dan melihatnya. Aku cam barang ini, ini pregnant test. Aku tidak pula memesan benda ini.

Aku mula teringat, aku sudah lama tidak datang haid. Mungkin Ben perasan aku tidak memesan tuala wanita sejak aku duduk di sini. Aku mula berasa sangsi, ak u masuk dalam bilik air untuk mencubanya.

Aku menunggu keputusan sambil membuka jajan twisties.

"Dua line?!" Aku terkejut. Aku disahkan mengandung kali kedua. Aku mulai risau, macam mana aku ingin khabarkan perkara ini? Namun di lubuk hati aku, aku gembira walaupun aku tidak tahu siapa ayahnya. Tapi dia dah duduk dalam rahim aku, aku perlu menjaganya sebaik mungkin.

Aku mula memikirkan cara, macam mana untuk aku sembunyikan kandungan ini, dan macam mana aku perlu elak dari main beramai-ramai. Macam mana ni?!

S U N D A LWhere stories live. Discover now