Always choose a smart move - Har

5.4K 47 0
                                    

" Harghhhh!!!"
" Herghhh!!"
" Fuchhrghh!!!"

Terdongak kepala Har, Nashriq dan Afham bila leher mereka kemas dikunci tiga lelaki di belakang mereka. Kejap sungguh tekanan yang diberi, hingga lelah nafas mereka, hingga perit kerongkongan mereka.

" Tell me precisely, who called the rat in?"

Ketiga - tiganya merengus tidak mampu membalas.

" Siapa yang buka track sampai polis boleh hidu Tengku?" Satu persatu Ghazali pandang wajah anak buah kesayangannya di hadapan.

Membara merah bara api wajah masih - masing kerana kurang oksigen. Dahi sebelah kiri melekap pula pistol menunggu tembak saja.

Ketat dan kuat sungguh tekanan yang dirasakan pada halkum yang sudah menekan esofagus dan laluan pernafasan mereka.

" Tak ada orang nak bertanggungjawab?"

Kuat di antara mereka cuba merentap tubuh cuba melepaskan diri tapi makin bergerak, makin mereka kesentengan nafas. Ghazali tampak tenang dan tidak sedikit pun terusik dengan keadaan mereka bertiga yang sedang cuba bertarung nyawa.

" Aku— aku memang pantang betul dengan manusia yang khianat dengan aku. Tengku tu patutnya dah lama aku bunuh tapi bila aku selidik rupanya—."

Belakang kot hitam Nashriq ditarik dan tubuh panjangnya dibaling lelaki di belakang terus ke dinding sebelum lelaki tersebut melepaskan dua tumbukan pantas ke tampang mukanya.

" Arghhh... Hufff!!"

Amuk, Nashriq kembali bangun dan mencendas abdomen si penyerang sembari dia menundukkan sedikit tubuhnya, mengelak gapaian tangan lelaki tersebut sebelum dia memberikan tumbukan bertubi - tubi.

DUSH! DUSH!

" Arghhhh! Arghhh!"

Melihatkan Nashriq sudah berjaya melepaskan diri, Afham turut sama memulakan serangan. Pantas, Afham menanduk belakang kepalanya kuat dan membuatkan lelaki di belakang hilang imbangan.

Si lelaki yang masih tidak sedar yang dia sudah hilang imbangan, memberikan Afham peluang untuk memulas tangan lelaki yang memegang pistol tersebut dan sebelah tangannya yang bebas mengambil pistol dan mengacu tepat pada kepala lelaki tersebut.

Dalam masa yang sama, pistol automatik yang jatuh di lantai diambil Nashriq dan ditalakan muncung pistol tepat ke arah kepala si penyerangnya dan melepaskan beberapa tembakan.

BANG! BANG! BANG!

Sebelah mata kanan, pecah berlubang terkena tembakan. Manakala tubuhnya seperti botol yang ditebuk, habis tersembur darah membasahi ruang lantai.

Habis saja asap muncung pistol hilang ke udara, Nashriq mencampakkan pistol ke kolam darah seraya mengangkat kedua - dua tangannya. Matanya naik tunak pada Ghazali yang sedikit pun tidak terpana dengan tindakan dia.

Afham pula mematikan picu dan menggantungkan pistol di antara jarinya. Berayun - ayun pistol tersebut di antara salah satu tangannya yang diangkat tanda menyerah diri. Mujurlah dia tak sempat membunuh.

" Rupanya salah seorang daripada kamu memang cuai macam sial!"

Jari Ghazali hanya bergerak menyuruh lelaki yang memegang tubuh Har melepaskan tangannya dan mengheret mayat lelaki yang terbaring kaku di atas lantai pejabatnya keluar dari situ.

Ketiga - tiga lelaki segak di hadapan Ghazali ini mula memperbetulkan urat tulang dada mereka dan mematah - matahkan sendi yang terkilir. Mata - mata mereka beradu helang di antara satu sama lain seakan cuba mencari gunting dalam lipatan.

Snippets of Dendam Har Azmeer 18SXWhere stories live. Discover now