When Har awkwardly ask an easy question

4.6K 56 2
                                    

A-1

A-1

A-1

Terbayang - bayang gerak bibir Har menyebut A-1 lalu dia tergopoh - gapah ingin bangun dari rangkulan sebelum Har mengunci pelukannya.

" Kau kenapa ni?" Har menyoal, selagi dia tidak dengar suara Farhana, selagi itu wanita itu tetap dalam ribaannya.

" Hah? A—Apa? Tak-tak dengar tadi... Apa dia?" Dan sudah menjadi perkara yang biasa untuk Farhana berlagak seperti tiada apa - apa yang berlaku. Wajahnya dipamer selamba.

" Aku tanya... Doa Qunut tu apa?"

" Doa Qunut tu apa?"

" Doalah..." Sambung Hana dungu.

Har tarik senyum kecil, dan senyum itu menggoncangkan jantung hati Farhana. Patutlah semua orang kata kau handsome, Har... Your smile is so attractive and so addictive.

" Iyalah, tapi kenapa berdoa dalam solat pulak? Bukan berdoa lepas solat ke?" Tanya Har ingin tahu. Segan nak bertanya dengan Tok Ayah, nanti kantoi pula dia tak pandai serba serbi tentang agama.

Kahwin pula dengan cucu kesayangan, mana tak mengamuk Tok Ayah nanti kalau tahu dia begini?

" Tadi aku dah hampir - hampir terlajak nak sujud, nasib baik nampak Tok Imam tu angkat doa. Kalau tak sumpah Hana, sumpah aku lari je dari masjid tu."

Celoteh Har dengan wajah berkerut dan beriak cemas, masih merasai detik - detik janggal tadi. Ditebalkan sungguh - sungguh wajahnya walaupun mahu gugur bergolek jantungnya ke tanah.

Farhana yang merenung leka bibir yang sedang bergerak - gerak itu, melepas tawa kecil.

Terdetik dalam hatinya, suami aku ni bagus juga, ada juga effort dia nak belajar agama... And that's what makes you so adorable Har... Nak gomol pipi Har tapi nantikan kata aku mencabar kejantanan dia pulak... Hmm... Nasiblah kau Hana... Mampu simpan je tangan kau ni, dapat pula suami acah garang.

" Lucu la kau ni Har..." Senyum Farhana, sudah lupa hal dia malu dengan Har.

Har tayang wajah serius dengan sebelah kening diangkat. Tak suka dipanggil lucu.

" Lucu?"

Farhana memuncungkan bibir lalu mengangguk, sebelum dia tersengih tapi dibalas pandangan bola mata yang dikecilkan dalam keraguan pula pada dia. Terus tak jadi dia mahu mengusik. Farhana mendehem kecil.

" Ehh... Tak... Tak lucu pun! Sorry-sorry—." Laju dia menyangkal, tahu Har tengah marah, iyalah, definisi lucu dan Har yang baharu bukan sudah tidak lagi releven?

Sekarang, dia lelaki beku. Lelaki beku tak lucu! Nasib baik, aku tak gomol pipi dia... Fuh...

" Tak nak jawab soalan aku?" Har masih kekalkan keseriusannya dengan kening hampir bercantum, serupa minta disembat.

Dahinya pula dilipat - lipat seperti lipatan kertas origami, tampak dia bukan sedang bercanda.

Farhana sedaya sorok tawa yang ingin dilepas, sumpah! Har lucu sangat! Serius dia sampai boleh buat orang ketawa.

Sejenak, Farhana diam dan merenung anak mata Har dalam - dalam, kalau boleh biar sampai rasa sayangnya pada lelaki itu.

Dengan penuh kasih sayang, Farhana bawa kedua - dua ibu jarinya menyisir dan mengurut lembut kening lurus Har mahu mengendurkan otot yang sedang menggerutu serius itu.

Bila kedua - dua otot kening Har mengendur dan pandangan mata tajamnya yang tadi menikam bak helang mencari mangsa meredup tenang, Farhana membuka mulut seraya dengan anggukan.

Much better... 

" Pertama, sorry Har...Aku pun tak mampu nak bercakap lebih pasal doa Qunut tu. Setakat yang aku boleh bagitahu, doa Qunut ni dibaca untuk orang yang berpegang pada mazhab Syafie', kalau tertinggal disunatkan untuk sujud sahwi. Lebih - lebih tu... Kau tanyalah Tok Abah. Sebab ilmu Allah ni luas, jadi wajib bertanya pada yang lebih ahli dan aku memang tak ahli langsung bab - bab macam ni. Aku mampu ajar, yang aku tahu je." 

Suara - suara Farhana yang bercakap - cakap hanya kedengaran seperti simfoni - simfoni alam yang cukup menenangkan. Lenggoknya kedengaran lunak dan begitu lembut, hingga boleh menyejukkan hati yang sedang merentang amarah.

Har angguk kecil, memahami dalam kebisuan. Dalam masa yang sama, dia terleka dengan permandangan nian di hadapannya dan itu meninggalkan mereka dalam satu diam yang kecil, saling memandangi antara satu lain dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

Bagi Har, dia tak mampu menipu, dia suka melihat Farhana dalam telekung solat. Tiap kali dia merenung wajah polos itu, hatinya bagaikan air tasik yang cukup tenang dengan pergerakan air yang tidak pernah berombak, hanya beralun mengikuti tolakan angin.

Rasanya hanya Farhana saja mampu buat dia rasa begitu.

Hebat! Dan dia juga tak mampu menipu, dia mahu menitipkan ucapan selamat pagi pada bibir munggil itu tapi bibir nipisnya beku membisu.

Lama - lama, kedua - dua mata yang celik kini perlahan - lahan mengatup seakan orang sedang melayan kantuk dan kepala yang tadi tegak sedikit beralih miring. Wajah mereka yang tadi berjarak, kian mengecil ibarat tertarik akibat tarikan magnet aneh.

Tatkala jarak sudah tinggal beberapa nafas jauh, kedengaran laungan suara Tok Mak dari luar bilik.

Hapus, bibir dua jiwa tak jadi berpaut mengucup sayang. Sudahnya, mereka hanya memecahkan suasana janggal romantis itu dengan tawa kecil.

Snippets of Dendam Har Azmeer 18SXWhere stories live. Discover now