Har and His Sexy Seduction

11.6K 89 1
                                    

" Kau nak pergi mana?"

Berdiri tegak Har yang masih kacak dalam persalinan morning coat di dalam perut lif bila dia perhatikan pengantin perempuannya juga berada di hadapan pintu lif.

Farhana diam saja tidak menjawab sebelum Har menegurnya kembali.

" Kau nak ke mana?"

" Aku nak naik dah. Rimas..."

" Majlis dah habis ke?" Soal Har menjenguk sedikit tubuhnya keluar dari perut lif melihat ke arah pintu dewan.

" Kau pulak la layan tetamu... Aku dah penat." Beritahu Farhana malas.

" Aku tak nak. Rimas..." Har menekan butang penahan pintu lif. Mukanya ditayang sama malas dengan si isteri.

" Tahu pun erti rimas..." Farhana menjeling suaminya atas bawah. Kalau dah malas nak melayan tetamu, tak payahlah beria nak buat majlis besar - besar bagai.

" Kenapa tengok aku macam tu? Dah masuk cepat. Aku dah tekan butang lif ni."

Farhana menjeling, masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Eh, sibuk pula nak suruh aku masuk lif ke tak.

" Kau ingat lif ni nak tunggu kau ke? Masuk cepat sebelum the alarm goes off." Arah Har kedengaran marah.

Farhana pandang lagi suaminya atas bawah. Masih tak puas hati tapi jauh di sudut hatinya berbisik sesuatu. Apalah agaknya bentuk susuk tubuh Har di sebalik baju yang dia pakai ya?

Eh! Hana! Cukup!

Sedar saja dari lamunan, Farhana berkeputusan untuk tidak naik ke bilik.

" Hoi! Kau mengelamun apa?" Har tersenyum herot bila dia tertangkap mata Farhana yang leka memandang ke arah dadanya.

" Ahhh... Kau nak tengok apa di sebalik baju ni ke? Masuk. Sini aku tunjuk kau semuanya, atas sampai bawah..."

Naik merona merah bak saga tampang muka Farhana dibuatnya. Laju kepalanya dipalingkan ke arah lain.

" A— Aku tak nak naik... Kau naiklah dulu. Nah, kad akses... Aku nak lepak bawah Niiii— Aghhhh! Har!" Melayang tubuh langsing Farhana masuk ke dalam perut lif bila Har tarik huluran tangannya yang tersisip kad akses.

Tubuh Farhana selamat melekap di dada Har dan mereka berdua mencerlung antara satu sama lain.

" Kau memang jenis degil, kan Ira Farhana?" Bisik Har yang kuat berbau tembakau. Oh, patutlah dia hilang. Dia pergi hisap rokok rupanya.

" Aku ni perempuan terdegil dalam dunia! Kau baru sedar ke Har?"

Har tersenyum herot lalu dia jilat bibir bawah. " Great, just like my type... Come, let me show you some punishments for being too hard on me." Butang lif ditekan menuju ke tingkat 12.

Berkocak jantung Farhana dibuatnya. Punishment?

" W— What kind of punishment?" Gugup Farhana bertanya. Matanya takut mahu dilarikan ke bola mata Har. Jadi dia pandang butang baju kemeja Har saja.

" Pleasure kind...." Har tarik kemas tubuh Farhana ke dalam rangkulannya. Dikucup ubun - ubun isterinya spontan.

Ahh, Har no! Don't casually kiss her! Marah Har yang bersisi dendam.

" Har..."

Batang tubuh Farhana kemas melekap di dada Har dan dia kekejungan tidak bergerak. Bau tembakau dan minyak wangi Har bercampur gaul dan meninggalkan suatu bau yang amat maskulin. Diam - diam dia tertelan air liur.

" Perfectly flushed... Mesti kau tak sabar, kan Hana... Don't worry, I'll taint your body in red... And let you scream—." Terzahir juga sisi hitam Har. Sinis dan berisi perlian.

Laju bebola mata Farhana mencari dua pasang mata si pemilik suara," Psycho!"

" Ohhh, Let us see... What Har Azmeer has in mind... Shall we, Ira Farhana?"

Snippets of Dendam Har Azmeer 18SXWhere stories live. Discover now