A Drunk Har

6K 58 0
                                    

Afham perhatikan susuk tubuh Nashriq dan Ghazali keluar dari bilik pejabat itu dan bilamana mereka sudah tidak ternampak pada pandangan mata. Afham segerakan kerja dia mengangkat tubuh Har dari kerusi.

Bau bourbon yang melekat pada tubuh Har menyengatkan deria bau Afham. Mujur saja Har tidak muntah, kalau tidak haru biru jadinya.

" Aku perlukan udara. Bawa aku keluar... Tolong."

Memapah tubuh yang separa sedar dan separa longlai itu, Afham dudukkan tubuh panjang itu ke kerusi berkaki dan berlengan besi orak awan larik Belanda; cantik sungguh taman itu dengan bertemakan hiasan Inggeris yang penuh dengan bunga - bunga Inggeris.

Bunga yang paling menyerlah pastilah bunga Ros dalam pelbagai warna. Lambakan bunga cinta itu menerbitkan bau wangi di udara.

Sangkar dada Har turun naik cuba menarik dan melepaskan oksigen yang segar dan lembab di udara. Matanya melegar - legar memerhati mencari ketenangan tapi tetap kabut di hati.

" Sejuk."

" Em?"

" Sejuk..." Har mula menggosok - gosok lengannya yang terdedah sebelum Afham bentangkan jaket bomber-nya di tubuhnya.

Sempat Har membelek jaket bomber yang berbau maskulin itu. Dia melepaskan tawa kecil lalu dia memandangi Afham sepintas lalu.

" Thanks..."

Berbunga - bunga hati Afham bila lelaki itu menuturkan terima kasih buat dia. Sesungguhnya Har itulah cinta pertama dia.

Dia yang selama ini tidak pernah merasakan cinta. Akhirnya mulai tertarik dengan sosok gagah dan pintar Har yang punya daya penarik yang cukup kuat.

Hubungan yang pada awalnya hanya sekadar antara majikan dan pekerja menjadi rapat sementelah dia mengajarkan Har dalam seni mempertahankan diri.

Melihatkan semangat Har yang tidak pernah kenal erti melepaskan lelah membuatkan hadir rasa cinta di hati Afham.

" Kau bawa dia ke rumah Beeto, kan?"

" Mmmm... Dia refused mulanya."

Har sungging senyum senget, " Heh, Hana... Tak pernah tak degil."

" Berapa lama kau dekat Villa Mawar ni?"

" Entahlah... Sampai malam Gala mungkin..."

Afham pula melepaskan keluh, nak beri nasihat tak boleh. Jadi dia hanya mampu bersetuju sajalah.

" Lepas tu? — Kau nak bawa dia ke sini ke?"

Har menarik bahan rokok masuk ke kantung paru - paru.

" Perjanjian kita macam mana?" Afham menyoal lagi.

Akhirnya, Har keluarkan sebatang rokok dan meminta Afham mencucuhnya. Sekejap saja, berkelungan asap tengik berkabut mengaburkan wajah Har.

" Dia tipu aku..." Halus bicara Har didengar Afham dalam kebisuan. Mendap sungguh.

" Dia-tipu-aku." Ujar Har mengulang lagi sampaikan Afham semak sungguh mendengarnya.

" Ya! Dia tak faham kau. Lepas tu?" Bentak Afham langsung tidak mahu memberitahu Har bahawa apa yang Farhana lakukan di Terengganu adalah semata - mata untuk menggembirakan dia.

" Tak faham?" Har menoleh mencari air muka Afham.

" Tak faham sebab kau berahsia sangat. Kau nak meratap membodohkan diri kau macam ni, tak payahlah Har."

" Kau salahkan aku?"

Inilah masalahnya. Inilah masalahnya kalau masuk campur dalam hubungan orang. Sekarang menjawablah Afham.

" Aku tak salahkan siapa - siapa. Tapi kalau ada akal tu, fikirlah..."

" Apa maksud kau? Heh... Kau —Kau tak nak salahkan Hana yang malukan aku? Semua orang pandang aku macam aku yang jahat. Tapi tahu ke dia orang dengan kejahatan ibu aku pada aku? Kau tak nak salahkan Farhana yang curi privasi hidup aku?" Sekilas Har tarik lagi nikotinnya.

" Bila dalam kontrak, aku dah terangkan yang dia tak boleh interfere kisah hidup aku. Kau tak nak salahkan Hana yang langsung tak peduli fasal aku? Malam sebelumnya aku dah bagitahu dia yang there's always something people kept a secret to himself, tapi apa dia buat?! Dia memang sengaja nak sabotaj aku. Lagi satu, kau tak nak salahkan Hana yang tipu— sayangkan aku?" Har melepaskan lelah berat.

" Bodoh aku boleh percaya dengan perempuan tu."

Afham mengusap tampang mukanya. Ish, makin teruklah pulaknya.

" Eh, Afham! Kau tahu, perempuan tu goda aku. Dia goda aku!" Hujung kemeja-T Afham ditarik Har hingga senget tubuh Afham dibuatnya.

" Perempuan tak guna tu tipu aku!"

" Har... Kau dah mabuk sangat ni. Jomlah naik tidur. Aku papah kau naik bilik." Sebaliknya, Har menggeleng dan menarik tubuh Afham yang bangun kembali duduk di sebelahnya.

Tubuh Afham dipeluk tiba - tiba.

" Aku— aku takkan bagi dia peluang kedua."

" Afham. Aku takkan bagi dia peluang kedua—"

Afham membalas pelukan Har lalu ditepuk - tepuk belakang Har lembut, hingga ketiduran Har dalam pelukannya. Bila dia dengar Har mendengkur halus, dia menjentik dahi lelaki itu kuat hingga Har mengerang sakit dalam lelapnya.

" ERGHHHHHH!! Hhhhh...."

" Sorry, I am returning a favor. And... It is okay to be away from home for awhile, Har. Aku tahu kau sayangkan Hana."

Snippets of Dendam Har Azmeer 18SXWhere stories live. Discover now