Why Har being so Mad

10.2K 75 1
                                    

Dari kejauhan, Har setia memerhatikan wanita itu dari dalam kereta. Tersisip rasa serba salah pada wanita yang sedang dilanda kesedihan itu tapi apakan daya, dia tidak mampu menolak hasutan dan bisikan nafsu dendam dan syaitan. Habis serupa binatang dia perlakukan Farhana.

Memperkosa dan menodai wanita itu semahu - mahunya dan dengan penuh kemarahan. Anehnya... Di waktu ini, diam - diam dia cuba memahami apa yang boleh dibaca dari gerak geri dan bahasa tubuh wanita itu.

Matanya tunak dan berpasak pada tubuh wanita yang bahunya terhincut - hincut dari tadi. Hatinya berbalah - balah, antara memijak realiti atau mengikuti kata hati yang menyuruhnya keluar dan membelai luka hati Farhana.

Serta merta otaknya ligat mengulang tayang, kembali melontar dirinya ke masa silam.

Wajah Qaish yang berang dan keamukan ditatap dengan penuh rasa gerun. Jari telunjuk Qaish yang tepat terarah padanya dirasakan seperti sebuah pistol yang mengacu, ingin melepaskan tembakan.

Menggigil tubuhnya bila lelaki itu tanpa belah kasihan, terus menyepak tepat mengena pada abdomennya. Sudahlah begitu, satu buah keras juga terkena pada tampang mukanya hingga jatuh terjelopok dia ke lantai.

Sedang dia mengekot kesakitan, lelaki itu menarik tuala yang tutup membalut kemaluannya lalu ditayang untuk tatapan kamera - kamera yang sudah menunggu masa untuk mengambil gambar.

Suara - suara orang ramai yang bersorak gempita membuatkan Har merasakan takut yang amat sangat. Tangannya menggagau mencari tuala tapi Qaish pula main - mainkan dia. Tuala itu dilayang - layang ke udara, mengacah dia.

" Qaish, tolong aku..." Rayu Har lemah.

" Tolong kepala hotak kau! You fucking kissed my girlfriend, bro! You kissed her!!" Amuk Qaish sebelum dia angkat bangun batang tubuh telanjang kurus Har berdiri di hadapan kamera yang rancak ditekan - tekan mengambil gambar.

Har yang amat malu hanya mampu menutup sebahagian saja dari kemaluannya. Tiada lagi istilah seorang jantan tidak boleh menangis walaupun segentir mana halangan hidup. Ia hilang dari kamus hidup Har. Dia menangis menitikkan air mata.

" Fuck! Look at him.... This gay asshole is crying like a baby..." Ejek Qaish yang berdiri di belakang Har Azmeer yang menunduk menekur ke lantai.

Pipi Har ditampar Qaish.

" Hey! Grow some balls la you fucking, crybaby!" Tubuh Har yang bertelanjang bulat kemudiannya ditendang keluar ke koridor asrama lelaki.

Bersorak gempita suara lelaki - lelaki dari bilik lain saat terbang jatuh tubah Har ke lantai. Seperti parti, orang ramai mula mengerumuni Har lalu diletup - letupkan party poppers serta melumur rambut tebal dan muka Har dengan whipping cream.

Har diam tidak membangunkan dirinya. Dalam tubuhnya yang dipeluk serupa bayi dalam kandungan, dia menangis semahu - mahunya. Ini semua salah Ira Farhana yang goda dia!

" Qaish, enough! This is too much." Farhana tolak tubuh Qaish menjauhi Har.

Namun, suara tegah Farhana sudah tidak menjadi satu pertolongan di telinga Har. Dia semakin benci mendengar suara merdu itu.

" Too much? He kissed my woman and then what? Nak I tengok bodoh je ke? Hah sayang? Hah Hana? Tell me!" Qaish meninggikan suara.

Diam Farhana membuatkan hatinya meluap - luap benci pada wanita itu. Nak tolong pun separuh hati saja.

Bila Farhana menutup tubuhnya yang sudah terdedah itu dengan tuala, dia sudah tidak punya hati untuk memaafkan wanita itu. Apatah lagi bila Farhana membersihkan mukanya yang dilumuri whipping cream.

" Sorry Har..." Itu saja sebelum Farhana keluar dari dorm lelaki meninggalkan dia terkulat - kulat sendiri.

Esoknya, berita perihal dia tersebar ke seluruh universiti. Namanya dijulang sebagai lelaki tak guna yang cuba merampas teman wanita kawan sebilik sendiri dan Farhana pula dijulang sebagai perempuan berhati mulia kerana memaafkan dia yang rakus cuba mencumbui dia.

Tak adil! Tak adil! Tak adil!

" Arghhh!! Celaka!!" Rambut yang kemas dikusut - kusutkan Har.

Stereng kereta dihenyak kuat berkali - kali. Penumbuk yang dikepal juga selamat berdentum dengan pintu keretanya. Serabut sungguh bila perkara itu bertalu - talu memaku seperti galeri berdarah dalam benak fikirannya.

Dendam yang masih tebal membuahkan rasa amarah yang membuak - buak. Aku benci kau Farhana! Aku benci kau Qaish!

Aku benci!!! Aku benci!!! Qaish, aku akan pastikan perempuan kau merana dalam tangan aku!

Snippets of Dendam Har Azmeer 18SXWhere stories live. Discover now