Har's obsession Towards Farhana

10.2K 94 1
                                    

Lif yang tidak sempat terbuka itu membuatkan Farhana mencari pintu kecemasan sebaik saja dia lihat Har yang sudah berlari amuk mendapatkannya. Dada yang berombak kencang ditahan - tahan takut untuk melepas lelah.

" Farhana!! Berhenti!!!" Jerit Har dari tingkat atas mencari tubuh Farhana yang berlari menuruni anak tangga.

Air mata ketakutan yang berlari -lari ke pipi membalamkan pandangan Farhana.

Ya Allah! Ya Allah! Selamatkanlah aku. Tidak terputus doa Farhana di dalam hatinya.

" Fuck! Hana! Berhenti aku kata!!" Jerit Har lagi yang juga sudah berlari menuruni anak tangga. Melompat dia beberapa anak tangga cuba mengejar perempuan itu.

" Ira Farhana!!" Bergema melantun - lantun suara garau Har ke gegendang telinga Farhana hingga membawa derau yang dasyat di dada.

Langkah Farhana semakin tidak rata dan membuatkan dia tergelincir dari tangga dek kasutnya yang tidak betul kedudukannya.

Terhanguk punggungnya jatuh beberapa anak tangga. Dia mengaduh kesakitan sebelum matanya tertunak pada Har yang sudah berdiri di tangga atas. Lelaki itu menyungging senyuman herot.

" Kau ingat kau boleh lari aku?"

Berderau darah Farhana dibuatnya. Tanpa berlengah, dia segera menguatkan lututnya bangun dan berlari ke arah pintu keluar yang entah ke berapa tingkat itu.

" Jangan mimpi!" Har memberi amaran dalam tawa kecil menandakan dia sudah menang.

Dek kerana langkah Farhana yang terlalu perlahan, Har sempat memeluk pinggangnya dari belakang. Terangkat kedua - dua kakinya dari tanah sebelum tubuhnya dihempas Har ke dinding tangga kecemasan.

" Erghhh!!! Lepaskan aku celaka!!!" Amuk Farhana meronta - ronta dalam pelukan Har yang cukup ketat.

" Diam! Aku kata diam!!" Rambut Farhana sudah direntap Har kuat sampai terdonggak kepala Farhana ke atas melihat dua bola mata Har yang penuh kebencian itu.

" Tolong Har. Tolong. Jangan sakitkan aku lagi. Tolong Har..." Teresak - esak Farhana merayu dengan kedua - dua tangannya digosok - gosok.

" EH! Kau ingat aku termakan dengan rayu kau?! Kau buat apa dekat rumah jantan ni hah?!" Bergegar gegendang telinga Farhana mendengar suara pekik Har yang dilepas di sebelah telinganya.

" A— Aku datang tidur je Har... Ak— Aku tak buat apa - apa. Tolong Har, sakit aku Har..." Jujur Farhana bila dia tahu tiada guna pun kalau dia membakar lagi marak api kemarahan Har. Lelaki itu sudah nyata tidak peduli apa pun.

" Kau tidur? Kau tidur rumah Haris! Hoi, kau ni kucing kurap ke?! Dengan semua jantan kau nak tidur!" Herdik Har hina.

Farhana menggeleng laju sambil merembeskan air mata, " Ya Allah, Har. Aku datang untuk lelapkan mata je Har! Dah tiga hari aku tak boleh tidur... Kau je yang tidur dengan aku! Kau je! Kau je yang rogol aku! Kau je yang sakiti aku!"


Entah kenapa hatinya senang sekali bila Farhana kata begitu. Dia mengorak senyum lalu dia lepaskan rambut Farhana yang direntap sampai tercabut tudungnya itu.

Tubuh langsing Farhana ditarik ke dalam dakapannya. Terasa menggogoh tubuh Farhana di dalam dakapan tatkala Har menekan bonggolannya pada pusat Farhana yang beralas baju sulaman tebal.

"Syhhhh... Don't cry. I am here..." Pujuk Har tiba - tiba sambil dia mengusap lembut rambut ikal Farhana yang beralun cantik dan berbau wangi. Disedut dalam - dalam bauan manis itu ke hidung.

Snippets of Dendam Har Azmeer 18SXWhere stories live. Discover now