Trauma and Anxiety Attack

7.8K 63 1
                                    

Har mengeluh berat setelah dia amat pasti susuk tubuh Beeto sudah hilang dari pandangan. Dadanya yang sejak tadi ditahan rasa senak kini terasa amat menyucukkan dada. Bagai sebuah tirai pementasan dibuka, berterjahan masuk segala bayangan dan bisikan mengetuk kuat di benaknya.

Telefon yang tadi bisu, dihidupkan kembali. Tergontai - gontai, tangan lemah dibawa ke telinga. Matanya kepicingan rapat serta air liur yang kian menggecar di dalam rongga mulut, ditelan berkali - kali.

" Maaf lambat, Zahra...—." Laju ayatnya dipintas.

" Dia tak mahu bercakap dengan tuan Har. Saya tak punya masa yang banyak untuk berbual—." Kali ini biar Har pula memintas.

" Kenapa? Susah sangat ke nak bagi panggilan ni dekat dia?" Ujar Har dengan suara yang sedikit tinggi. Kepalanya kian kusut dan berat.

" Letak je ganggang telefon tu Zahra..." Har dengar jelas suara lunak itu bersuara.

" Bagi saya—."

Tutt... Tutt... Tutt...

Talian diam. Har menyandarkan tubuhnya di kerusi. Kelopak mata dipejam dan imbasan bayang itu kembali lagi berlegar - legar.

Bibir Har senyum sedikit cuba membayangkan wajah comel itu sebelum ia bertukar air muka.

Har... Dila nak Har balas dendam. Balas dendam untuk Adila!

Tengok ni! Tengok Har! Tengok kepala Dila berdarah ni!! Hah, Har... Kaki Dila... Jantung Dila rasa.... Har....

Dila buat ni semua untuk Har! Untuk Har!! Untuk Har!!

" No! Stop!"

Sakit pada dada kiri seakan ada sebilah pisau yang mengelar hatinya hingga berdarah. Mukanya serta merta merah bak kirmizi kerana kapilari darah sudah mengembang mengalirkan darah yang begitu banyak di sekitar wajah.

Har! Jangan tinggalkan Dila ya? Adila cintakan Har, sungguh! Dila tak tipu...

Bayangan tangan Adila yang mengusap pipinya sambil tersenyum lebar itu singgah bermain - main di pentas ingatan dan suara lunak itu berlegar - legar di telinga. Berulang - ulang dan bertingkah dengan suara yang lain.

Jangan datang jumpa Dila selagi Har tak tuntut janji Har!!

Wajah bengis Adila yang berdarah kepala itu datang menjerit menepik tepat di depan tampang muka. Tangannya yang menggeletar mencengkam dada.

Sakitnya dirasakan makin menjadi - jadi. Rasa semak dan berserabut mula menyesakkan otaknya. Bagaikan diramas - ramas dan dipilin - pilin otaknya memerah entah apa.

" ARGHHHHH!!!!!!"

BANG! BANG! BANG!

BANG! BANG! BANG!

Stereng kereta dihentak kuat dengan tangan berkali - kali hingga menguarkan bunyi dentingan yang cukup kuat sebelum dia rasa sesuatu tersangkut di kerongkongannya. Nafasnya tercunggap - cunggap bagaikan ikan kehilangan oksigen.

Har... Are you dying, sayang? Haha...

"ERMMPPHHH....HHHHUKKK..."

Segera tangan yang merengket menggila itu dipaksa membuka pintu kereta. Tidak pernah dalam hidupnya membuka pintu sepayah ini. Sebelah tangan lagi rakus menepuk - nepuk pintu kereta cuba menolak pintu yang payah terbuka kerana nafasnya sudah mulai tipis. Rasanya seakan ruang dalam perut kereta itu bertukar menjadi bekas vakum yang besar.

CREAK!

" Herghhhfuuuuhhhh.... Fuhhhhhh! Fuhhhh!"

Binyai hingga tubuh yang separa lumpuh itu mulai jatuh lembik seakan kain buruk. Laju pergerakkan dada Har turun naik mengutip udara dari tempat parkir bertingkat itu.

Seketika, Har mula kembali ke dunia nyata. Rasa yang menganggunya mula beransur pergi tapi ia masih berbekas di hati Har.

Tubuhnya dibawa menyandar pada tiang lalu dengan kekuatan yang sedikit - sedikit kembali itu mula menjadi tongkat kepalanya yang menekur tunduk. Dalam tempat parkir sunyi itu, air mata ketakutan mulai mencurah - curah jatuh.

Jangan...Jangan buat Har macam ni... Tolonglah...Tolonglah Dila... Har dah buat semua yang Dila nak...

Snippets of Dendam Har Azmeer 18SXWhere stories live. Discover now