When Har actually talks like a Man in his Age

5.8K 49 3
                                    

Har segak dalam persalinan kemeja warna biru gerau berbutang tiga dan berseluar slack hitam yang dipadankan dengan kasut kulit hitam. Nampak kacak sekali, ditambah pula dengan dirinya yang tinggi melampai.

Tampang mukanya dibiarkan tidak bercukur dan menampakkan gaya maskulin yang sebegitu gah serta pada matanya bertongkat sepasang cermin mata hitam, menyorokkan identiti diri di sebalik cermin hitam.

Dia berjalan menyelusuri pejalan kaki Pasar Payang, Kuala Terengganu yang masih berduyun dengan orang ramai, baik peniaga dan pembeli yang datang dari pelbagai daerah, negeri dan negara.

Berbagai jenis warna kulit yang menjamah pandangan matanya tapi dua pasang mata tajamnya itu ligat mencari warna kulit yang lain. Kulit yang sama cerah dengan dia, sama tinggi dengan dia dan mungkin sama catan hidup seperti dia.

" Wow, kau sekarang dah blend in pretty well eh?" Tegur Afham yang tiba - tiba datang berjalan bergandingan bahu dengan dia.

Ais kacang dalam bekas plastik dihulurkan Afham pada Har,
" Nah, buat sejuk tekak kau, panas ni."

Har angkat bekas plastik ais parut yang ditaburi kacang tumbuk, biji selasih, bertih jagung manis yang kuning bak warna raja dan seketul ais parut yang berwarna warni; merah hijau dan biru.

Lama dia memerhati bekas itu sebelum dia ditegur Afham lagi, " Aku belum ada job nak bunuh kaulah... Makan je."

Tanpa banyak soal, Har tarik sudu plastik yang terpacak tegak, membelah ais parut itu lalu dia sua ke dalam mulut.

Menembak - nembak rasa manis seisi ruang rongga mulutnya, turut rasa sejuk yang sebegitu menyegarkan hingga matanya terpejam rapat, cuba menikmati rasa nikmat itu sehabis baik.

" Awek - awek Terengganu ni comey - comey... Agak kalau aku kerja hitman macam ni, ada parents nak terima tak, Har?"

"Bukan kau gay ke?" Pangkah Har selamba dengan kaki mereka berdua masih menyauk langkah dalam jarak, Har selangkah awal di hadapan, dan Afham selangkah undur di belakang.

Beberapa orang yang sempat menangkap apa yang dituturkan Har, mulai pandang - pandang ke arah Afham yang segak dalam persalinan baju hitam dan seluar tahan lasaknya.

Tersengih - sengih Afham menggeleng kepala, dengan isyarat menidakkan. Takut juga dia buat masalah di bumi Darul Iman ini, tak pasal dia kena lenjan dengan orang - orang Terengganu.

" Butohlah kau, kalau iya pun aku gay, tak payah cakap macam kau tengah pegang mikrofon!"

Afham turut membelok saat Har mulai berjalan ke arah tangga Bukit Puteri, sebuah bukit bersejarah di Kuala Terengganu yang permandangan bukitnya menjamah pesisir sungai Terengganu.

" Aku tak tahu kenapa aku beritahu kau, tapi aku dengan official-nya menganggap diri aku open to any possibilities—." Mata tangga dipanjat Afham perlahan menguntuti Har yang sudah maju dua tiga tangga di hadapan.

" Kalau cakap pasal possibility and probability, berapa banyak yang kau rasa aku boleh jatuhkan Ghazali?" Har mengiringkan tubuhnya, membenarkan beberapa buah keluarga yang tersenyum padanya untuk turun ke bawah.

Kepala diangguk dan diorak sebuah senyuman manis, buat mereka. Afham yang berada di bawah dan juga dalam posisi mengiring, memerhatikan lelaki itu dengan pandangan takjub.

" Kalau kau tanya aku sekarang, close to zero."

" Huh... Close to zero? Good, ada peluang." Har kembali memanjat tangga, diikuti Afham di belakang.

Snippets of Dendam Har Azmeer 18SXWhere stories live. Discover now