How Har Warms Her at Night

11.7K 81 2
                                    

Duduk mencangkung seperti tadi, matanya membelek - belek luka pada tulang buku lima itu lalu dia buka peti kecemasan dengan penuh cermat. Dikeluarkan larutan antiseptik, beberapa keping kapas, krim antiseptik, dan segulung kain pembalut kasa.

" Haish.. Kau ni Hana... Macam - macamlah..." Bisik Har diantara hembusan nafasnya.

Dengan penuh berhati - hati, Har mencuci luka itu. Bergerak laju bola matanya saling bergilir memandang ke arah luka dan wajah Farhana.

Ketegangan urat dia cuba memfokuskan otot tangannya agak tidak tersasar menekan kuat pada luka itu. Lalu krim antiseptik disapu lembut. Usai itu, dia membalut buku lima Farhana dengan penuh cermat. Tersenyum puas dia pada hasil kerjanya sendiri.

" Har..." Berdesir halus suara Farhana memanggilnya.

Shit!

Terkejut, Har bersegera bangun lalu dia bergegas menuju ke arah pintu sebelum tubuhnya dipeluk Farhana dari belakang. Tergamam kaku Har berdiri di kakinya.

" Stay. Stay please, Har..." Farhana mengeratkan pelukannya. Nafasnya berhembus lembut di belakang peluput telinga Har. Merayu pada Har untuk tinggal bersamanya.

Dada Har mula bergerak laju bila Farhana melentokkan kepala di belakang badannya. Ahh, dia sudah lama menginginkan situasi begini.

Farhana memeluknya erat dan menghalang dia dari terus pergi. Dia suka rasa diingini begini.

" Hana..."

" Aku tak boleh tidur, Har. At least... Temankanlah aku sampai aku tertidur." Pujuk Farhana. Jika dia berjaya, dia akan buat Har ada bersamanya sampai menjelang pagi.

Har diam tapi dia berdiri saja di situ, tidak berganjak hatta seinci pun. Faham akan maksud diam Har dan berdiri Har yang tidak berganjak ke mana - mana itu, Farhana menarik lembut tangan Har kembali ke arah katil.

Har perhatikan saja tubuh Farhana yang berbaring di atas katil dan mencari wajahnya. Tatkala mata mereka bertentangan, seakan ada satu tenaga yang menghasutnya untuk terus menerkam Farhana tapi berjaya pula dia tahankan tenaga itu.

" Sinilah..." Farhana menepuk ke arah sebelah katil dan bila Har mula melabuhkan punggungnya di sebelah katil, dia mengiringkan tubuh. Wajah Har diamati penuh minat hingga naik merona merah wajah Har dibuatnya.

" Ehem! Kau cakap tadi nak tidur, lelaplah mata tu." Har mendengus kecil.

" Hmm... Kau tak nak tidur Har?"

" Belum lagi..." Matanya langsung tidak berani ditalakan ke arah Farhana yang sedang tekun merenungnya. Merasa tidak selesa, Har mengongkat separa mukanya dengan tangan.

" Tidurlah sini." Tanpa diduga, lengannya dielus Farhana sebelum isterinya itu menarik jemari runcingnya. Dia membawa tangan Har ke dalam genggaman.

Har mula mengorakkan pandangannya pada Farhana dan hatinya mula berbunga - bunga memerhatikan si jelita yang sudah melelapkan mata dengan bertemankan jemarinya.

" Aku takkan buat kau rasa apa - apa... Aku janji." Pujuk Farhana menginginkan Har bersamanya di atas katil. Dipicit daging tangan Har dengan rangkulan jarinya.

" Har... Peluklah aku... Sejuk..." Pinta Farhana dengan tubuhnya dibawa mengekot.

Matanya masih memejam rapat. Diam - diam bibirnya menyentuh lembut belakang telapak tangan Har.

Tak mahu melepaskan peluang, Har bawa tangannya bergerak menyentuh pinggang Farhana lalu disilangkan kakinya di antara peha Farhana. Dekat, Har mencium bauan rambut Farhana yang cukup manis.

Snippets of Dendam Har Azmeer 18SXWhere stories live. Discover now