Past Har Reveals

8.5K 82 0
                                    

Matanya mula tertancap pada sesuatu yang tersusun di bawah rak TV. Berlari Farhana duduk mencangkung di situ. Dia tarik satu album yang tampak masih baru. Dia menyungging senyum.

Ada pun sesuatu yang boleh aku tengok.

Satu persatu gambar Har ambil, dia lihat dengan penuh khusyuk. Kebanyakannya gambar potret dan ekspresi muka. Kesemua gambar punya dua keping. Satu berwarna dan satu lagi hitam putih.

Nampak seperti membazir saja Har mencetak satu keping gambar dengan dua warna berlainan tapi bila dia amati lagi, dua - dua gambar tadi membawa maksud yang berlainan.

Bila bebola matanya dijamu dengan gambar berwarna, Farhana memuji betapa cantiknya gambar itu dengan simbahan warna - warna yang cukup terang. Setiap warna memberikan satu perasaan yang cukup senang.

Namun, bila dia lihat pula hasil hitam putih, Farhana merasakan hasil gambar itu jadi lebih beremosi. Gambar itu seakan hidup, seakan menceritakan sesuatu.

Farhana pegun dan dia kekaguman. Satu persatu gambar didatangkan dengan satu penulisan ringkas. Tulisan Har yang comot itu, dia baca satu persatu.

Macam yang satu itu, potret seorang lelaki tua berjambang tebal dan dicemari kepingan putih sajlu. Jelas urat - urat bekeringat tebal dari gambar tersebut. Tapi apa yang menarik perhatian Farhana, tulisan yang ditulis Har.

A man who has been abandoned - Barking, England July 12

" Beautiful... This should be worth for the gallery!" Farhana melepaskan lelah bila dia teringat akan sesuatu.

" It's Hars'..."

Hampa, Farhana letak kembali hasil kerja hebat Har ke tempat asal sebelum dia tertarik dengan satu lagi album.

Album serba hitam itu Farhana gosok permukaannya yang nampak berkilat.

Wah, mewah.

Farhana buka dan dia terus saja tertawa terbahak - bahak melihat Har yang dahulu. Kurus kering, bercermin mata besar, bergigi besi, dan berambut dibelah tengah. Sudahlah dengan fesyen baju yang terlontar jauh ke zaman 70-an.

Dibelek satu persatu, dan satu persatu dia tertawa keras melihat gambar lucu Har. Paling dia tak mampu menahan tawa bila dia lihat gambar graduasi Har yang cukup comot.

Teringat pula dia ada menegur Har pada hari graduasi.

Farhana yang sibuk berbual dengan rakannya mula membuang pandang pada Har yang terkocoh - kocoh berjalan laju menuju ke mana entahlah. Raut wajah Har cukup kusut.

Farhana meminta diri dan mula mengejar Har di belakang dengan kasut tumit tingginya.

" Oi! Har!" Panggil Farhana sambil dia tarik hujung selempang jubah Har. Terdorong Har ke belakang melanggar bahu Farhana.

" Ouch! Kau ni, Har! Sakitlah aku kena tulang kau tu!" Aduh Farhana sambil menggosok - gosokkan tempat yang sakit.

" Kau nak apa?!" Bentak Har bercampur takut. Pun begitu, cubaan dia untuk menjadi kuat di hadapan Farhana nampaknya sia - sia bila Farhana melepas tawa.

" Apa dekat baju kau tu? Eww, telur ke?" Farhana menutup hidungnya. Menyengat betul baunya.

" Kau tanyalah boyfriend kau tu... Apa dia buat dekat aku!"

" Alah, kau ni... tak fun langsung..."

Farhana senyum lalu dia keluarkan satu botol air keruh dan sapu tangan dari beg kecil yang dibimbitnya.

Har melarikan dadanya bila Farhana tala muncung semburan ke arah kotoran baju Har. Farhana mendencit geram lalu dia pegang lengan Har supaya dekat dengan dia.

" Stay still boleh tak? Ini air baking powder je. Aku takkan prank kaulah." Farhana sembur air keruh itu beberapa semburan ke atas tompokan telur lalu dia bersihkan dengan sapu tangan.

Bau yang menyengat tadi hilang serta merta. Baju Har juga sudah hilang tompokan kuning. Farhana hulur botol itu pada Har lalu menunggu lelaki itu untuk menyambutnya.

" You need this for the ruined mortarboard." Unjuk Farhana sebelum itu disambut Har keras. Belum sempat Har mahu melangkah, Farhana tarik sekali lagi lengan Har.

" Erm, Har... Kita dah grad ni, aku tak nak kau kacau kami lagi okay..." Farhana senyum tapi lain pula di riak muka Har.

" Jangan mimpilah! Aku benci kau Farhana!"

Farhana mengeluh berat memandangi lelaki tinggi lampai itu berjalan meninggalkan dia terkulat - kulat.

" Har..."

Rapat - rapat Farhana tutup matanya. Cepat - cepat dia membuang rasa bungkam dalam hatinya. Dia membelek lagi, hingga dia berhenti membelek. Ada sesuatu yang menarik minat dia. Dia patah balik semula.

Mana gambar ibu dia? Gambar dia dalam jubah graduasi bersama sesiapa yang istimewa? Takkanlah tak ada. Anehnya.

" Takkan tak ada gambar dengan Tan Sri Hisham ke? Dengan adik beradik dia ke, dengan ibu dia... Takkanlah bergambar sorang - sorang je?" Puas mencari, Farhana tutup album itu dengan perasaan kecewa.

Dengan seribu persoalan, Farhana pulangkan semula album tadi ke tempat asal. Pelik...

Snippets of Dendam Har Azmeer 18SXWhere stories live. Discover now