[FLASHBACK 2013]
[ELLA]
"Hi. Nama saya Ella Zahara binti Azhan. Saya baru pindah dari SMK Bandar Baru" kataku perlahan di hadapan kelas. Aku memandang muka rakan kelasku yang baru itu. Reaksi biasa yang aku nampak. Jijik. Aneh. Bingung. Itu yang terpapar di muka mereka.
"Buruknya muka dia"
Aku tersenyum segaris. Ya. Aku sudah biasa digelar begitu. Hampir seluruh mukaku berparut seolah-olah terbakar. Ada juga yang panggil aku raksaksa dan sering memerangkap aku atas semua kesalahan mereka. Katanya muka aku yang paling sesuai untuk melakukan kejahatan. Heh. Mukaku tak seburuk hati mereka.
"Ehem. Jaga mulut kamu" tegur guru lelaki itu. Dia memusingkan kepalanya menghadap aku dengan senyuman di wajah. "Terima kasih sebab perkenalkan diri kamu"
Aku hanya mengangguk sopan. Tangannya aku perhatikan.
"Sana. Awak boleh duduk di sebelah Tangkal" katanya. Aku mengerutkan dahi. Tangkal? Apa jenis nama yang dipakainya. Aku hanya menurut. Kaki aku hayun perlahan. Bisik demi bisikan menyapa telinga aku.
"Weh buruknya"
"Habislah dia duduk sebelah syaitan"
"Weh kau bau tak? Mana tahu badan dia busuk macam muka dia. Hahaha"
Kuasa aku yang satu ini paling aku benci. Aku sangat sensitif dengan bunyi sehinggakan aku boleh dengar jelas setiap tutur kata mereka. Aku menghela nafas yang panjang. Susuk tubuh lelaki yang sedang tidur sambil memaikan wayar telinga itu aku pandang lama. Dari belakang entah kenapa dia nampak familiar.
"Okay kelas boleh buka buku" kata cikgu di hadapan. Kelas berlangsung seperti biasa dan tiada siapa pun yang mengejut lelaki bernama Tangkal ni. Walaupun aku tertanya-tanya kenapa tapi tidaklah aku terniat untuk tanya yang lain. Dari gayanya saja aku tahu mereka tak sukakan aku.
RINGGG
Loceng rehat berbunyi. Tidak sekalipun lelaki itu mengangkat wajahnya tadi. Aku mengambil buku notaku di dalam beg dan letakkan ia perlahan di atas meja. Begini lah aku sedari tadi. Kalau ikutkan apa yang aku dengar oleh mereka, Tangkal ini digelar syaitan. Aku tak mahu mengambil risiko. Perlahan-lahan tangan aku mencoret sesuatu di dalam buku notaku.
"Kal! Jom makan!" jerit seorang pelajar lelaki dari kelas sebelah. Matanya terbeliak melihat aku. 'Er. Ni orang ke hantu?' katanya sedikit berbisik. Aku hanya senyum sambil mengangguk kecil. Dia melakukan perkara yang sama. "Tengku Haykal Tengku Zarif. Jom lah! Aku lapaaarrrr"
"Ya. Dah bangun lah ni" jawab Tangkal di sebelahku. Walaupun mata aku amsih fokus pada buku didepanku tapi fikiranku tidak boleh fokus. Nama yang menarik, desusku. "Jom" kata Tangkal yang sudah siap menolak kerusi ke bawah meja. Susuk tubuh dua lelaki itu aku pandang dari jauh. Entah kenapa aku rasa ingin berteman dengan mereka.
"Oi hantu. Kau asal ada kat sini? Takut ke nak gi cafe? Ye lah. Muka buruk macamni.. kalau aku, dah lama aku minta mak aku panggil cikgu datang rumah. Tu pun kalau ada cikgu nak la. Hahaha" gelak besar peajar perempuan di depanku ini. Aku melirik ke tanda nama dibajunya. Zahara heh? "Oi kau pekak ke"
"Maaf. Saya tak pekak cuma saya kurang pasti nak jawab apa" kataku perlahan. Aku malas hendak mulakan pergaduhan. Berharap jawapan aku tak menyinggung mana-mana pihak.
"Ouh berani menjawab kau eh" kata lelaki di belakang perempuan tadi. Mataku memandang ke arahnya. "Mungkin kau baru kat sini so kau taktahu.. Budak baru kena jadi kuli kitorang sebulan baru boleh tenang. Betul tak Zahid?"
"Err.. betul" kata lelaki berbadan sedikit kurus itu.
"So, hari ni mood kami baik sikit. Kami tak minta benda susah pun. Ambik buku ni dan buat homework yang cikgu bagi tadi. Kalau boleh jangan salah satu pun. Kalau tak..." tangan perempuan itu di bawa kelehernya dan menunjukkan simbol kelar leher. Aku masih diam.
YOU ARE READING
Truth Or Dare
Mystery / Thriller"Kat Pulau ni, benda mustahil jadi tak mustahil" -Ilmi "Aku rasa antara aku dengan kau, kau yang bodoh mulakan semua ni sedangkan akal kau sebenarnya cukup bijak untuk faham bila orang kata pulau ni bahaya" -Ahmad "Korang taktahu lagi apa yang koran...