"Bukak pintu ni!!!!!!"
Munie tersentak. Dia memandang kawan-kawannya yang masih lagi terlena. Ah sudah. Bunyi apa lah kali ni.
DUM DUM DUM!
"Bukak!!"
Sekali lagi Munie tersentak. Tubuhnya menggigil ketakutan. Dia memeluk lutut. Dia tak tahu kenapa kali ni dia lemah semacam. Mungkin sebab dia menangis berjam-jam tadi.
Eh jap...
Rasanya.. Tu suara Ilmi!
"Weh ada apa tu?" Ayash menggosok matanya perlahan. Dia terus memandang Munie. Munie tak menjawab. Dia masih kaku. "Siapa ketuk pintu tadi?" Tanya Ayash lagi dengan suara mamainya. Jam sempat dikerling.
7.15 AM
Dan ya. Pulau masih gelap.
Munie mengangkat bahu. Dia masih lagi tak bergerak. Dia takut sebenarnya.
"Biar aku pergi buka" 'Ilmi ciplak' tu terus bergerak ke pintu.
"Ak..aku ikut" Munie berdiri dan terus berjalan mendekatinya. Dia risau kalau kalau yang ketuk tu betul betul Ilmi, apa yang Ilmi ciplak ni akan buat kat dia.
"Kau tak payah lah risau. Kalau diorang balik, aku nak blah dari sini" kata Ilmi ciplak perlahan.
Munie hanya diam. Dia tetap berjalan ke arah pintu tanpa menghiraukan apa yang didengarnya tadi.
Kini mereka berada betul betul di depan pintu tadi.
Dum dum dum!
"Bukak!"
Kali ni suara Raqy pula kedengaran.
Melihatkan Munie yang tak ada ciri ciri nak bukakan pintu di depan mereka, Ilmi ciplak terus membuka pintu itu.
"Ilmi?"
-
"Raqy..." Kejut Ilmi perlahan. Raqy menggeliat sedikit. Wajahnya berkerut. Huh. Mesti sakit tidur atas batu ni.
"Ha.." Katanya perlahan.
"Jom lah kita gerak. Cari jalan keluar" kata Ilmi. Dia memandang sekeliling. Haih. Apasal lah gelap sangat hutan ni
"Ha okay. Kejap" Raqy terus duduk. Badannya direnggangkan sedikit. "Aduh aduh wehh toling sakit krem!"
Ilmi tergelak. "Ha duduklah kau dengan badan terpusing macam tu. Aku gerak dulu"
Raqy mendengus. Tapi tak lama lepas tu, dia turut ketawa. Aduh. Tak pasal pasal sakit badan.
Mereka terus berjalan seiringan tanpa hala tuju. Mata mereka masih tak lepas memandang sekeliling.
"Wait.. I think I know this place!"
Raqy menoleh Ilmi di belakang. Terbongkok-bongkok Ilmi mencapai sesuatu.
"Tengok ni" kata Ilmi sambil mendekati Raqy. Botol ditangannya disuluh. "Aku dengan Mika punya tandatangan"
Raqy mengerutkan dahi.
"Haha. Aku dengan Mika memang suka conteng botol. And this is one of them. Botol ni tadi ada air. Aku habiskan then campak dekat tepi lepas habis. Masa tu baru je 30 atau 40 langkah daripada pintu. So, pintu tu ada kat area ni!" Jelas Ilmi panjang lebar. Raqy masih diam.
Aku tahu pintu tu kat mana
Raqy memandang Ahmad disebelahnya. Dia tersenyum puas. Akhirnya. Mamat ni berguna juga. Ingatkan tahu hancurkan klu je.
"Great! So kat mana?" Kata Raqy. Ilmi dah senyum excited.
"Aku rasa arah sana!" Kata Ilmi. Rawy memandang Ahmad.
Geleng.
Ahmad menunjuk arah bertentangan.
"Tu jalan yang kita lalu tadi lah senget" kata Raqy sambil menarik beg Ilmi ke arah bertentangan. Ilmi merengus.
"Kalau ya pun tak payah lah buli aku. Tahulah aku ringan" Ilmi mencebik.
Raqy ketawa.
Setelah hampir 10 minit mereka berjalan, akhirnya..
"Weh tu pintu!!!" Jerit Ilmi kegirangan. Dia terus berlari ke arah pintu itu. Tombol dipulas. Aik. Kenapa tak boleh?
Raqy ketawa. Kelakar dengan reaksi Ilmi.
Tapi lepas nampak wajah cemberut Ilmi, ketawanya mati.
"Asal?"
"Tak boleh bukak"
Ilmi dah buat muka macam nak nangis. Raqy gelabah.
"Eh relax lah! Kan khemah tak jauh sangat dari pintu ni. Kita jerit lah" pujuk Raqy.
Dia terus mengetuk pintu itu kuat-kuat.
"Bukak pintu ni!" Jerit Ilmi.
Lama mereka mengulang apa yang mereka buat.
Akhirnya pintu itu terbuka.
Dan dibuka oleh Ilmi kedua.
Ilmi terkejut
What the...
-
"Siapa ni?!" Jerit Ilmi. Dia masih pelik dengan apa yang dia nampak sekarang. Selepas je pintu tu dibuka, hampir pengsan dia dibuatnya. Mujur Munie sempat menenangkannya. Nampaknya Munie back up 'benda' yang menyerupai dia ni.
"Tak perlu tahu." Kata Ilmi ciplak. Dia terus mengalih pandangannya ke Munie. "Aku gerak dulu" katanya sambil tersenyum.
Munie mengangguk. Ilmi ciplak itu terus berjalan ke arah pintu tadi tanpa menoleh ke belakang. Yang lain hanya diam dan lihat.
"Tunggu!" Tahan Munie.
Ilmi ciplak berhenti.
"Terima kasih sebab tolong jaga kami kat sini." Kata Munie ikhlas.
Benda tu tersenyum. "Takpe. Sekarang biar Ahmad pula jaga kau orang"
Munie tersentak. "Ahmad?"
Tiba-tiba dia terasa dingin. Macam ada sesuatu disebelahnya. Dia berpaling.
"Tu Ahmad" kata Ilmi ciplak. Ahmad tersenyum.
"Jangan senyum please. Its creepy!" Kata Munie jujur. Wajah bendulnya ditayang. Makin lebar senyuman Ahmad.
Kau kelakar
Munie hanya senyum
"Dah lah. Aku gerak dulu"
Munie mengangguk. Dia hanya memandang tanpa berkata apa-apa.
Kawan-kawan kau ada banyak soalan nak tanya kau tu
Munie senyum.
"Takpe. Aku akan jawab"
YOU ARE READING
Truth Or Dare
غموض / إثارة"Kat Pulau ni, benda mustahil jadi tak mustahil" -Ilmi "Aku rasa antara aku dengan kau, kau yang bodoh mulakan semua ni sedangkan akal kau sebenarnya cukup bijak untuk faham bila orang kata pulau ni bahaya" -Ahmad "Korang taktahu lagi apa yang koran...