Munie menutup telinganya. Kepalanya digeleng beberapa kali. Dia menangis dalam diam. Jujur dia penat dengan apa yang jadi dari awal lagi. Selepas dia amati bunyi siren tu hilang, dia memberanikan diri mengangkat wajahnya.
Putih. Kosong.
Dia memandang sekeliling. Tak ada siapa. Mana yang lain?
"Munie...."
Munie berpaling. "Mama?"
Wanita yang digelar Mama itu mengangguk. Munie nampak jelas air mata di pipi mamanya itu. Wanita itu perlahan-lahan mendekati Munie. Bahu Munie dipegang lembut. Dia turut duduk melutut di sebelah Munie.
"Mama yakin Munie boleh bongkarkan semua ni" katanya.
Munie tak boleh tahan sebak. Dia segera memeluk tubuh wanita itu. "Mama.... Munie tak kuat!"
"Munie sabar, sayang. Mama faham. Tapi diorang cakap, Munie je yang boleh habiskan semua ni"
Munie meleraikan pelukannya. Wajah wanita di depannya itu dipandang.
"Macam mana?"
Mama tersenyum
-
"Apa jenis makhluk yang kita panggil ni, Aky?" Dia ketakutan. Ya. Mika hanya mampu menutur kata dengan perlahan sambil merenung bayang hitam yang sedang tersenyum. Tersenyum ke arahnya sambil memegang kepala sahabatnya. Kepala yang nyata hanya parat leher itu begitu menyeramkan. Bagai sedang meminta pertolongan.
Matanya terbeliak menggambarkan keperitan yang dihadapi Tangkal sebelum nyawanya terbang. Mukanya putih. Beza dengan warna kulit Tangkal yang sebenar. Lidahnya terjelir. Rambut kemasnya kini menjadi kusut. Dan ditarik oleh bayang hitam. Bayang hitam yang bagai berhoodie. Di mana wajahnya? Atau.. Ia tiada wajah?
"Kita habiskan permainan tu! I told you. Once you've start, you cant quit!" Balas Aky keresahan. Pucat lesi wajahnya melihat mayat rakannya yang tergantung elok di sebelah bayang hitam berkot hitam itu. "Munie. Kau jalan sekarang. Sekarang turn kau. Aku tahu selagi kita tak habiskan, selagi tu kita terperangkap kat sini!"
"HAHAHAHAHA. KAU PANDAI WAHAI MANUSIA. TERUSKAN PERMAINAN ATAU NYAWA KAU MELAYANG" bagai bergema suara yang entah dari mana datangnya. Bulu roma yang sedari tadi menegak menjadi tegang.
Munie masih kaku. Dia tidak tahu hendak lakukan apa. Badan Tangkal tanpa kepala.. Rambut tangkal yang dipegang bayang itu.. Otaknya tidak dapat mentafsir apa yang terjadi. Dia tak sangka mayat Tangkal boleh jadi seteruk ini.Air matanya jatuh. Satu persatu. Mereka terdiam. Sayu melihat wajah Munie. Tapi ini bukan masa yang sesuai untuk berduka. Mereka perlu tamatkan ini semua! Tinggal turn Munie dan semuanya tamat.
"Aku taknak mati" kata Ilmi. Telinganya ditutup. Airmatanya laju jatuh.
"Dah terlambat untuk menyesal. Munie, kau jalan sekarang" tegas suara Raqy menegur mereka dari belakang.
"Raqy! Kau pergi mana?! Puas kitorang cari kau tadi" jerit Mika sekuat hati. Hanya tuhan yang tahu betapa dia risaukan jejaka dihadapannya itu. . Namun, Raqy hanya memandang tepat ke matanya dan tersenyum.
Senyuman yang susah ditafsir. Senyuman yang bagai mengejek kesusahpayahan mereka mencari.
Senyuman yang tidak pernah terhasil daripada wajahnya. Dan senyuman Yang hanya menambah kelajuan jantung mereka.
YOU ARE READING
Truth Or Dare
Mystery / Thriller"Kat Pulau ni, benda mustahil jadi tak mustahil" -Ilmi "Aku rasa antara aku dengan kau, kau yang bodoh mulakan semua ni sedangkan akal kau sebenarnya cukup bijak untuk faham bila orang kata pulau ni bahaya" -Ahmad "Korang taktahu lagi apa yang koran...