TERUNGKAI

90 17 3
                                    

"RAQY! Hati-hati!" jerit Nukman. Tapi belum sempat Raqy mengelak, badannya sudah terbang ke belakang melanggar sebuah pokok besar. Raqy mengangkat wajahnya yang lesu itu.

"Kau takkan pernah menang.." katanya dengan sisa tenaga yang masih ada. Azhan yang mula berang dengan kata-kata Raqy itu terus mengenggam penumbuk.

"Kau kata apa hah?" Azhan mengorak langkah ke arah Raqy tapi di tahan Ayob. Ayob masih tersenyum sinis. Mulutnya perlahan-lahan terkumat kamit membaca sesuatu. Tiba-tiba badan Raqy terasa ringan. Dia rasa seperti dirinya di cekik sesuatu. Lama-lama kakinya tidak menjejak tanah.

"Raqy!!!"

Yang lain hanya mampu melihat dari tempat mereka. Entah kenapa badan mereka terasa seperti diikat sesuatu. Tahulah mereka ini semua kerja makhluk pengikut Ayob. Ayob dan Azhan tersenyum sinis melihat wajah cemas mereka semua. Wajah Ayob dialihkan ke arah makhluk ghaib yang sedang mencekik Raqy tinggi ke atas itu.

"Campak dia!" kata Ayob.

DUSHHHH!

Belum sempat sesiapa bertindak, badan Raqy yang terapung di udara itu laju menghempas ke tanah yang tidak rata itu. Kepala Raqy jelas terhentak batu yang tertanam di tanah itu. Semua terkejut dengan apa yang dilihat mereka. Perlahan-lahan darah mengalir dari kepala Raqy. Matanya masih terbuka tapi badannya seperti tiada respon.

"No..please. No!!!" jeritan Ilmi menyentak mereka semua. Ilmi dan yang lain cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri daripada ikatan ghaib itu. Tapi tak terdaya. "Kau lah makhluk paling jahanam aku pernah jumpa!!!!!" jerit Ilmi ke arah Ayob. Ayob tergelak besar.

"Itu lah silap kau orang. Kau orang jumpa dengan aku. HAhaahahaha!!!" kata Ayob. Azhan yang berdiri di sebelahnya hanya tersenyum sinis.

"Dah lah Ayob. Jom kita masuk terowong tu" kata Azhan. Ayob mengangguk setuju. "Apa plan kau?"

Azhan dan Ayob sibuk bersembang tentang rancangannya untuk masuk ke terowong dunia cermin itu. Sementara itu, Mariam dan Siti sudah bebas daripada ikatan ghaib Ayob berkat bantuan mangsa pulau yang merayap tadi. Dia memberi signal ke arah makhluk itu untuk membantu Nukman dan Ilmi pula. Ilmi segera bangun ingin berlari ke Raqy tapi Nukman sempat menahan Ilmi dari mendekati Raqy. Dia memberi signal kepada Siti dan Mariam untuk memeriksa keadaan Raqy. Susuk tubuh Ayob dan Azhan dijeling oleh mereka. Kini pandangan Ayob dan Azhan sudah tidak lagi melekat pada mereka kerana leka berbincang.

Siti segera memeriksa nadi Raqy. Dia memandang ke arah Mariam dengan wajah yang menyimpan seribu makna. Nukman dan Ilmi turut memandang ke arah mereka. Mariam yang tahu dia diperhatikan itu hanya menggeleng perlahan. Makin galak Ilmi menangis di situ. Nukman segera pergi ke arah mayat Raqy dan mengangkatnya.

"Jom. Kita pergi dari sini" kata Nukman perlahan. Mariam dan Siti mengangguk dan terus mendapatkan Ilmi yang masih menangis itu. Mereka berempat terus berlari ke sebuah pintu rahsia di sebelah tepi terowong itu.

"Mana mereka?!" jeritan Azhan dan Ayob itu semakin perlahan di dengar mereka. Tahulah mereka yang Azhan dan Ayob sudah jauh ditinggalkan.

"Dasar manusia berdebah!" kata Azhan.

"Dah. Pedulikan mereka. Kita masuk dulu" kata Ayob. "Kau kena ingat, dalam sana ada banyak benda yang akan cuba hasut kau untuk lupakan rancangan kita. Pastikan kau tak terpedaya!" tegas Ayob.

"Aku tahu lah!" jawab Azhan kasar. Kakinya terus mengayun langkah ke dalam terowong yang di cari mereka bertahun lama itu. Entah kenapa hatiya mula rasa tak sedap.

-

"MANA semua ni...." rintih Inara. Sudah jauh dia masuk ke hutan bersama Ahmad tapi satu kelibat pun mereka tak nampak.

"Ahmad taktahu kak. Kalau ikutkan memang sini lah tempat kami kena tangkap dengan Ayob. Takkanlah Ayob masih tukar lagi kedudukan pulau ni untuk kelirukan kita semua" keluh Ahmad panjang. Hatinya mula berdebar. Dia takut apa-apa yang buruk terjadi dekat budak-budak yang lain. Memang betul mereka punca Ella anak Inara itu membunuh diri tapi Inara dan Munie sudah bagi peluang kedua kepada mereka.

"Munie cakap kita kena cepat" kata Inara resah. Kakinya masih diayun ke sana sini.

"Ahmad faham. Takpe. Jom kita cari kat depan lagi" kata Ahmad. Inara mengeluh perlahan. Wajah adiknya itu dipandang sekilas. Kasihan. Ahmad sudah lama merana di sini kerana datang dengannya untuk mencari Azhan dan Ayob. Ada sedikit kesal yang timbul di dalam hatinya. Kalau dia tak terhasut dengan ugutan Ayob, semua ni takkan terjadi. Munie takkan mati...

"Ahmad..."

Langkah kaki Inara terhenti. Ahmad yang mendengar suara itu turut menoleh ke arah Inara yang berdiri di belakangnya.

"Kenapa akak panggil saya?" tanya Ahmad.

"Bukan akak...." jawab Inara. Ahmad mengerutkan dahinya kurang mengerti.

"Bukan apa kak?" tanya Ahmad.

"Bukan akak yang panggil kamu" kata Inara. Ahmad tersentak. Bulu romanya tiba-tiba menegak. "Akak pun dengar" Ahmad mula peluh dingin.

"Ahmad........" bunyi suara itu makin dekat. Mereka berdua menelan liur.

"Ap..Apa kau nak?" tanya Ahmad sedikit gugup. Walaupun dah bertahun dia sesat dan menjelmakan diri sebagai seekor makhluk halus, dia masih kurang berani untuk berkomunikasi dengan makhluk lain selain tiga puteri kembar itu.

"Hikhikhik...."

Inara mendekati Ahmad. Tangannya mula mengambil garam di dalam bag yang dibawa dari banglo itu. Inara memberi isyarat 'ready' ke arah Ahmad. Ahmad mengangguk faham.

"Kenapa kau lari tadi..... puas aku cari" kata makhluk itu. Gila. Suara lembutnya itu mampu melemahkan lutut manusia. Bukan kerana cair dengan kelembutannya, tapi cair ketakutan.

"Kalau kau tak lari.... Ayob tak hantar aku cari kau..Hikhikhik"

Ahmad menelan liur. Bukan dia tak tahu macam mana gilanya segala makhluk belaan Ayob. Inara di sebelahnya sedang terkumat kamit membaca sesuatu.

"Ahmad. Jangan layan panggilan tu. Dia memang makhluk penggoda lelaki" tegas Inara. Ahmad mengangguk seraya menelan liur. Matanya memandang sekeliling. Gila. Sejuk semacam malam ni.

-

"AZHAN!"

Azhan memalingkan wajahnya ke arah suara yang memanggilnnya itu. Senyuman sinis di bibirnya makin melebar. Tangannya yang terkena percikan darah itu diusap perlahan di bajunya. Kakinya diayun ke arah wanita itu.

"Ya...?" jawabnya meleret. Senyumannya itu masih melekat di wajah bujurnya. Melihatkan wajah ketakutan wanita itu lagi membuatkan dia ingin mendekatinya. Kayu di tangan kirinya dicampak ke tanah. Semua mata masih setia memandangnya. Atau, terpaksa setia... Sebab mereka tak tahu siapa pula mangsa seterusnya.

"Tt.tak cukup Munie, kau nak bunuh semua ke?!!" jerit Inara. Sungguh dia tak tahu apa yang Azhan dapat selepas membunuh dan menyesatkan ramai orang ni. Tubuh badan Nukman yang lesu kerana dibelasah dengan kayu oleh Azhan itu dipandang sekilas. Inara masih gerun dengan pergerakan lelaki di depannya ini.

"Hahahaha. Kau rasa?" jawab Azhan sambil tergelak besar. Ayob yang berdiri di sebelah mangsa lain turut ketawa besar. Puas hati dia melihat Azhan mendengar katanya untuk membunuh sesiapa sahaja yang menghalang mereka berdua.



***

Hai semua. Jangan risau belum habis lagi. Ada satu chapter lagi untuk tamatkan kisah ni. Terima kasih sudi baca <3


Truth Or DareWhere stories live. Discover now