Pintu

1.2K 81 1
                                    

"Apa yang kita nak buat sekarang?" Gibran memecah sunyi. Langsung tak ada rasa kesian tengok Munie terdampar pengsan.

"Tunggu Munie bangun lah" balas Raqy.

"Lama lah. Baik kita jalan je. Sambung permainan ni"

"How? Kau faham ke bahasa asli ni? And syarat dia kena main berlapan" balas Ilmi bengang. Tak sabar sabar. Member tengah pengsan ni.

"Jalan je lah. Turn Munie nanti letak je lah dadu atas tangan dia. Habis cerita" Gibran masih beriak selamba. Tangkal hanya membisu.

"Main je la jom. Lagipun takkan nak biar gitu je. Bukan dia dah cakap ke bila dah mula, kena habiskan" sokong Aky. Gibran laju mengangguk setuju. Yang lain hanya diam.

"Dah cepat. Tangkal, baling dadu tu cepat" arah Gibran. Tangkal hanya menurut. Sampai saja giliran Munie, Dadu diletakkan ke atas tangannya.

Hasil mereka, Raqy yang menang.

Raqy bersorak.

"Okay now, aku nak cabar benda ni... Hmmm jap" dagu ditongkat. Nak cabar apa eh?

"Raqy, lamanya fikir" kata Mika sambil ketawa manja. Geli hati tengok muka serious Raqy memikirkan cabarannya. Semua turut tergelak kecuali Tangkal. Dia setia memandang wajah Munie.

"I tak ada idea actually" kata Raqy sambil menggosok belakang tengkuknya.

"Sengal lah. Cepat lah fikir tu" kata Aky tak sabar. Kata nak habiskan cepat. Ni dia yang lambat. Waduh.

"Haha entah Raqy ni. Konon nak habiskan cepat. last last dia fikir pun lambat." Kata Ayash. Semua ketawa.

"Guys! Look at that" jerit Ilmi. Semua berpaling ke arah yang Ilmi tunjuk tadi.

"Pintu?"

Tangkal kusut. Wajah Munie diribanya dipandang sayu. Pucatnya muka awak sayang... Getus hatinya. Dia buntu memikirkan sebab Munie boleh pengsan macam ni.

"Tangkal, jom lah" ajak Raqy. Semua sedang bergerak ke arah satu pintu. Tulisan yang muncul di atas board langsung tak diendah. Bukannya diorang faham pun.

"Habis, Munie macam mana?" Tanya Tangkal. Takkan nak tinggal dia? "Korang nak pergi mana?"

"Tinggal je lah dulu. Kita nak pergi tengok pintu tu je kot" balas Raqy. "Kejap je bro. Kejap je"

Tangkal mengeluh sebelum meletakkan kepala Munie di atas tanah. Dalam keadaan lesu, dia bergerak ke arah kawan-kawannya.

"Pintu apa ni? Cuba buka" kata Aky. Pelik betul boleh ada pintu dekat tengah hutan ni.

"Betul ke nak buka? Macam seram je pintu ni" Mika segera memaut lengan Raqy. Raqy membiarkan.

"Aah lah weh. Macam seram je" kata Ilmi. Dia dapat rasakan aura lain yang datang bila dia dekat dengan pintu ni.

"Jom lah balik sana. Kita teruskan permainan" kata Ayash. "Raq, you belum cakap Dare you apa, kan?"

Raqy mengangguk. "Weh jom lah balik sana. Kita sambung permainan tu dulu" lambat selepas itu baru Aky mengangguk.

"Ye lah ye lah"

Semua dah mula mengorak langkah ke arah board tadi. Baru je berpaling, mereka terkejut bila ternampak Munie sedang duduk sambil menundukkan wajahnya dengan badan bongkok.

"Bukan Munie pengsan ke tadi?" Tanya Ilmi. Suaranya sedikit terketar.

"Bro, agaklah nak letak Munie pun. Tak payah dudukkan dia macam tu" kata Raqy sambil mengetuk bahu Tangkal. Tangkal menggeleng.

"Ta...Tadi.. Ak..aku baringkan..d.d.dia lah" kata Tangkal sedikit tergagap. Siapa tak seram bila tengok awek sendiri yang tadi pengsan, kejut macam mana pun tak bangun tiba-tiba duduk dalam keadaan macam tu.

"Dah sedar lah tu kot" kata Aky selamba. Dia terus mengorak langkah ke arah Munie. Yang lain berpandangan sesama sendiri.

"Hm jom lah" Gibran terus berjalan dibelakang Aky. Yang lain hanya menurut.

"Mun! Dah sedar pun kau" tegur Aky. Munie mengangkat kepalanya. Aky tersentak. Pucatnya!

Munie tersenyum. Nampak sangat menakutkan bila orang pucat senyum macam tu.

"Oi. Kau okay tak ni? Pucat semacam je?" Tanya Aky lagi. Memang ada rasa takut tercalit dalam hati. Tapi dia buat tak kisah dengan perasaan tu.

"Okay" balas Munie dengan suara seraj-serak basah. Mulutnya masih tak lepas dengan senyuman.

Mika, Ayash dan Ilmi takut nak mendekati Munie. Lain macam beb bila member bangun dari pengsan terus macam tu. Selalunya dalam drama nanti mesti tanya, aku kat mana, apa dah jadi, aku nak rehat. Ni tak, dengan muka pucatnya, terus duduk bersila kat sini.

"Beb.. Macam mana you boleh pengsan?" Tanya Tangkal prihatin. Dia segera duduk di sebalah Munie. Belakang Munie digosok perlahan. Sejuk.

"Tak tahulah. Saya tak ingat" balas Munie. Dia berpaling ke arah Tangkal. "Jom kita teruskan permainan ni"

Tangkal hanya mengangguk. Dia menelan liur. Sekarang ni otak dia tengah ligat fikir. Betul ke yang ada dekat sebelah dia ni Munie. Ke.. Benda lain?

"Raqy. Teruskan lah cabaran kau tu" arah Aky.

"Haaa ok. Aku nak diorang lah cabar aku. Aku tak tahu lah nak cabar apa" kata Raqy. Dia tak ada idea nak cabar apa.

Tiba-tiba hologram itu keluar lagi.

"Kamu perlu duduk di hutan selama 2 jam. Kami cabar kamu untuk kekal hidup" baca Munie.

"What?!"

Truth Or DareWhere stories live. Discover now