SESAL

74 13 2
                                    

"Kesian anak mama" kata Inara sambil mengusap pipi anaknya itu. Matanya yang mula membengkak kerana menangis tadi mula berdenyut. Perlahan-lahan dia membalut kepala bayi itu. Kepalanya mula melayang memikirkan seorang lagi anak perempuannya yang sengaja ditinggalkan di rumah ibunya. "Apa mama nak buat ni..." rintihnya.

Ella dan Munie. Mereka sepasang kembar yang mempunyai rupa fizikal yang berbeza. Ella dilahirkan dengan wajah yang melecur hampir keseluruhan manakala Munie lahir dengan muka yang sempurna. Sebabkan perasaan takut Azhan membawa Munie ke Pulau Misteri untuk dijasikan mangsa ritual sahabatnya, Ayob, Inara terpaksa menipu Azhan mengatakan seorang lagi anaknya itu sudah mati semasa dilahirkan. Inara sangkakan Azhan akan redha dan mula melepaskan hasratnya untuk membantu Ayob mendapat kuasa hidup abadi di pulau misteri itu tapi sangkaannya meleset. Malah Azhan tergamak untuk membaling Ella sehingga berdarah begini. Dia cukup benci akan kewujudan fizikal anaknya itu. Jauh di sudut hati Inara, dia tahu suaminya itu telah dikawal oleh Ayob, bomoh yang licik.

"Aku nak anak yang sempurna. Bukan yang cacat begini!!!!"

Begitu pedas kata-kata Azhan tadi. Inara hanya mampu menangis merayu memohon simpati. Setelah puas menangis dan siap merawat Ella, Inara terus menelefon ibunya.

"Azhan dah pergi tinggalkan Inara" katanya dengan nada sebak. "Biar inara jaga Munie" katanya lagi. Di hujung talian terdengar raungan seorang emak apabila mengetahui anaknya ditinggal suami. Inara dapat rasakan dia perlu tabah untuk menjaga dua orang anak gadisnya seorang diri tanpa seorang suami. Setelah ibunya sampai membawa Munie, Inara menghilangkan ingatan sedih itu daripada ibunya. Ya. Dia mempunyai kuasa untuk menyingkirkan sesalan seseorang sehingga mereka lupa seratus persen perkara itu. 

"Biarlah Ina seorang yang ingat hari ini..." katanya.

Bertahun sudah berlalu akhirnya anak gadisnya kini sudah remaja. Di umur 15, wajah mereka yang manis sentiasa menghiasi hari Inara. Walaupun Inara sedikit risau kerana kuasa pusakanya mula turun ke kedua anak perempuannya, dia perlu tabah mengajar mereka mengawalnya.

"Papa buat apa kat Pulau Misteri, mama?" tanya Ella. Inara membulatkan mata mendengar soalan anaknya itu.

"Mana kamu tahu ni?" tanya Inara terkejut. Ella menunjukkan satu buku lama di rak buku.

"Dalam tu papa bulatkan tarikh-tarikh penting dia. Last bulatan dia papa tulis nak pergi ke Pulau Misteri"

Inara laju mengambil bukunya itu. Ini kalendar peribadi Azhan. Kepalanya laju memutar alasan.

23Feb - Teman Ayob ke Pulau Misteri

"Kat Pulau Misteri bukan ramai orang hilang ke? Kawan Ella pernah cakap kat sekolah"Inara masih buntu dengan pertanyaan puterinya itu.

"Betul.. Papa pergi selamatkan orang-orang yang sesat di Pulau Misteri tu la.. tapi..." sengaja Inara kendurkan suaranya dihujung ayat. Ella akhirnya termasuk dalam perangkap.

"Tak apa mama. Ella janji Ella takkan tanya lagi kalau benda ni buat mama sedih"

Kata-kata puterinya itu sangat menyentuh hati Inara. Namun setelah mereka berusia 16 tahun, kuasa mereka semakin kuat. Terutamanya Ella yang boleh mengawal objek sekelilingnya. Entah berapa ramai mangsa yang dilukainya kerana dia tak pandai mengawal kuasanya itu. Berpuluh kali dia menghapuskan ingatan mereka. Ella setiap hari mengamuk di rumah kerana digelar raksaksa oleh kawan-kawannya. Munie pula mempunyai kuasa yang sama dengannya. Cuma Munie tidak tahu cara untuk menghapuskan ingatan orang lagi dan sering meraung dan meracau ketika melihat sesalan seseorang..

Hidup Inara mula kacau dengan teriakan dan aduan dari kedua anak gadisnya yang digelar kembar tersumpah itu sehingga dia terpaksa memisahkan mereka di dua sekolah yang berbeza. Hari demi hari keadaan mula reda. Inara lega dengan perubahan positif kedua anaknya itu. Mungkin mereka hanay perlu menghirup udara baru.

Truth Or DareWhere stories live. Discover now