Tangkal duduk termenung. Mukanya monyok sejak sampai ke sini. Satu-satu wajah temannya dipandang kosong.
"Hai. Awak okay?" Tanya Munie prihatin. Bibirnya tersenyum prihatin. Melihatkan teman lelakinya itu hanya diam, dia duduk tanpa dipelawa di sebelah Tangkal.
"I nak balik." Luah Tangkal. Dia rasa pulau ini bukan satu pulau yang baik. Sejak dia sampai, aura negatif seakan masuk dibadannya. Dan kini hampir semua kawan-kawannya bergaduh sesama sendiri. Belum sampai 1 jam mereka disini, semua dah bertengkar.
Selepas Aky merepek tentang Pak Ayob tadi, dia rasa tak sedap hati. Dia dengar Aky bercakap sendiri. Tapi tak pula dia ternampak Aky bergerak ke mana-mana. Yang dia nampak, Aky berdiri tegak sambil menutup mata dan bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Bila dia pusing ke tempat lain, dia terdengar satu hempasan kotak seperti sebuah beg bagasi.
Tangkal menoleh ke tempat Aky berdiri tadi.
'What the...?' Dia terkejut melihat Aky sedang tersenyum bangga sambil memegang satu peta dan kotak yang menyerupai bentuk beg bagasi.
"Dari mana kau dapat semua ni?" Tanya Tangkal ingin tahu. Aky hanya melintasinya sambil tersenyum. Seolah tak perasan akan kewujudan dia disitu. Dan pada masa itulah bermula cerita gila dan watak baru yang digelar Pak Ayob oleh Aky.
"I know.. Me too" Munie menggosok perlahan belakang badan Tangkal. Kasihan.
"I tak rasa kita selamat kat sini" Munie terdiam. Tangkal meraup wajahnya.
DUM!
Semua berdiri serentak. Terkejut dengan bunyi yang datang dari dalam hutan. Munie terus memaut lengan Tangkal. Takut. Tangkal hanya diam merelakan. Matanya masih ligat mencari punca bunyi itu.
Dum! Dum! Dum!
Bunyi dentuman itu semakin kuat. Gila. Bunyi dentuman itu tak berhenti sedari tadi.
Munie menutup telinganya. Tak. Dia tak suka dengar bunyi ini.
Tiba-tiba suasana menjadi sunyi.
Mereka berpandangan antara satu sama lain.
"What is that?" Bisik Ilmi kepada Raqy. Raqy hanya mengangkat bahu.
"Lapan kali" Ayash tiba-tiba bersuara. Semua memandang ke arahnya dengan muka bingung. "That sound. Lapan kali"
"I think kita kena cari tempat nak bermalam lah. Its getting late"
Yang lain hanya mengangguk setuju. Mereka terus mengangkat barangan mereka dan bergerak mengelilingi Aky yang memang sedari tadi bingung dan setia berdiri merenung patung lilin didepannya.
"Aky.. Jom" ajak Ilmi. Dia menarik Aky menjauhi patung itu. Aky berganjak sedikit. Ilmi merengus. Apesal susah sangat nak tarik tangan mamat ni? Berat!
"Aky.." Panggil Munie. Dia aneh dengan sikap Aky yang dari tadi diam. Ya dia baru perasan. Aky seorang sahaja yanh tidak berganjak dan tidak menutup telinga semasa bungi dentuman kuat itu. Dia seakan leka.. Leka merenung patung lilin itu.
"Guys?"
Semua berpaling ke belakang.
"Aky!" Semua orang terjerit serentak.
Aky tersengih. Dah kenapa semua excited sangat tengok dia ni? Dia ada terlepas apa-apa ke? Belakang tengkuknya digosok perlahan.
"Dah kenapa korang ni?" Tanya Aky pelik.
Manakala yang lain hanya terdiam.
YOU ARE READING
Truth Or Dare
Mystery / Thriller"Kat Pulau ni, benda mustahil jadi tak mustahil" -Ilmi "Aku rasa antara aku dengan kau, kau yang bodoh mulakan semua ni sedangkan akal kau sebenarnya cukup bijak untuk faham bila orang kata pulau ni bahaya" -Ahmad "Korang taktahu lagi apa yang koran...