Tangkal memandang aneh ke arah satu terowong di depannya.
"Kau nak masuk sini ke?" Tanya Zahid. (Salah seorang mangsa pulau ni yang sebaya dengannya)
Tangkal mengeluh. "Entah lah bro. Tapi aku rasa there is something dalam terowong ni." Kata Tangkal.
Tanpa tunggu apa yang di balas oleh Zahid, dia terus melangkah masuk ke dalam terowong. Tangannya diselup ke dalam poket untuk mengeluarkan lampu suluh kecemasan. 'Nasib baik aku simpan dalam poket'
"Whoa. Lampu picit eh" kata Zahid seraya ketmawa. "Kau ni boleh tahan eh. Kau takde ke simpan makanan dalam poket kau tu? Aku lapar lah. Dapat makanan pun sedap jugak"
Tangkal ketawa. "Mana nak muat kat poket kecik ni oi. Agak lah. Hahah"
"Takde ah. Aku tengok kau ni macam terror buat magic je? Tetibe je ada lampu picit hahaha. Cuba ajar aku buat magic jugak"
"Magic eh. Hahaha"
"Magic lah. Aku ingat kau ni datang bawak badan yang ditutup dengan baju seluar dengan pakaian dalam je. Rupanya ada poket rahsia"
Tangkal tergelak.
"Okay boleh je nak aku ajar. Hm. Aku sebenarnya ... Ada ......ada satu benda yang aku pakar" kata Tangkal. Kening Zahid terangkat sedikit.
"Apa?"
"Simpan barang dalam poket."
Cebikan Zahid hanya membuat Tangkal galak tergelak. Sekurang-kurangnya ada juga hiburan dalam tempat durjana ni.
Lama mereka melangkah tanpa hala tuju.
Langkah mereka terhenti bila tiba-tiba obor api di sekeliling mereka menyala dengan sendiri. Dalam hati mereka sudah berdebar. Perlahan-lahan lampu picitnya disimpan semula. Dah tak payah pakaidah. Terowong ni dah cukup terang. Mereka terus meneruskan langkah tanpa menghiraukan apa apa. Hati Tangkal yakin mengatakan ada sesuatu dalam terowong ni yang boleh bawak diorang balik semula.
"Hello..."
Langkah mereka terhenti.
"Kau dengar tak tu?" Pertanyaan Tangkal hanya dibalas dengan anggukan. Tangkal tekun mencari punca bunyi.
"Hello. Hello"
Tangkal mengamati suara itu. 'Macam kenal...'
"Aky!"
-
"Betul ke jalan ni Raqy?" Tanya Munie. Dah jauh mereka berjalan. Tak nampak mana-mana terowong pun.
"Ye. Depan tu je lagi"
Yang lain hanya menurut.
"Raqy, Munie.. Nak tanya sikit boleh?" Kata Ilmi. Semua mata memandang ke arahnya. "Apa yang korang cuba buat ni?"
Munie dan Raqy berpandangan. Munie segera membuat signal 'you tell them' dekat Raqy. Raqy menggeleng laju sebelum mengeluh. Sempat lagi dia menjeling Munie.
"Aku malas nak cerita lebih-lebih. Tapi ni ha mission kita. Now kita on our way to satu terowong yang merupakan tempat penghubung antara dunia kita dengan dunia cermin" perkataan cermin itu sengaja disebut perlahan. Bagi saspen sikit.
"Apa benda tu?" Tanya Mika. Munie tersenyum.
"Others word, we're on the way to their world. Satu je tujuan. Bebaskan. Kita nak bebaskan apa yang perlu" jelas Munie. Ilmi dan Mika mengangguk walaupun mereka masih tak boleh tafsir apa yang Munie dan Raqy kata tadi. Agaknya duduk di pulau tanpa matahari ni mengganggu sel sel otak mereka untuk berhubung mungkin?
"So sekarang ni bukan aku taknak fahamkan korang lagi banyak pasal benda ni. Tapi ada mata lain yang tengok kita. Ada telinga lain yang curi dengar. So yeah. I owe you guys one explanation. So later okay? Jom teruskan jalan" kata Raqy.
Mereka terus berjalan tanpa banyak bunyi. Ayat Raqy tadi menegakkan bulu roma mereka sampaikan mereka tak ada rasa nak tanya lebih-lebih.
"Dah sampai." Kata Raqy.
Semua mendongak.
"Terowong ni nampak macam dah lama sangat. Aku bet ada lah dalam 50 tahun yang lepas terowong ni dibina. 'Isi' dalam dia pun mesti banyak" kata Aky selamba. Yang lajn dah berdebar dah nak masuk. Lagi lagi terowong ni memang gelap gila.
"Gelapnya..." Kata Ilmi perlahan. Raqy tersenyum.
"No worries. Tadi aku dah masuk. Guess what, ada banyak obor kat tepi tepi terowong. So you guys bagi aku lighter then I'll handle it. Just chill" kata Raqy selamba. Aky terus menghulur pemetik apinya. Tak lama lepastu satu satu obor dinyalakan. Terowong tadi pun sudah terang.
"Jom masuk"
Ada dalam 10 minit mereka berjalan, kini mereka berada di depan satu radio. Radio yang disambung wayar dan skrin didepannya. Dari bentuk radio ni pun mereka dah tahu yang benda ni memang dah lama.
"Hello" kata Aky. Mic didekatkan dengan mulutnya. "Kau rasa mic ni sambung sampai mana?"
Yang lain mengangkat bahu.
Munie tekun menekan apa yang perlu. Dia memang dah mahir dalam bidang komputer. Dan komputer di depannya ni merupakan komputer lama yang kalau jual mahu dapat ratusan ribu. Entik.
"Hello hello" sekali lagi Aky bermain dengan mikrofon itu
"Ak...aaa..aky"
Semua terdiam.
"Kau dengar tak tu?" Tanya Aky. Munie mengangguk.
"Ak..aky"
"Wait. Aku kenal suara ni" kata Aky. Mikrofon diambil semula. "Tangkal. Kau ke tu?"
Semua hanya memerhati. Tangan Munie ligat men-clear-kan suara yang dianggap Tangkal itu.
"Ya. Korang kat mana ni?" Tanya Tangkal.
"Kitorang ada dalam satu terowong. Kau kat mana?" Kata Aky penuh semangat. Hanya tuhan yang tahu betapa dia risaukan kawannya ini.
"Sama lah. Aku pun ada dalam terowong"
"Terowong kau ada obor api tak kat sekeliling?" Tanya Aky. Takkanlah...
"Ada"
"Ada tak komputer lama belah kiri kau?" Tanya Aky lagi.
"Ada tapi kat belah kanan" jawab Tangkal samar-samar.
Munie dan Raqy tersenyum.
"Dunia cermin" kata mereka serentak.
YOU ARE READING
Truth Or Dare
Mystery / Thriller"Kat Pulau ni, benda mustahil jadi tak mustahil" -Ilmi "Aku rasa antara aku dengan kau, kau yang bodoh mulakan semua ni sedangkan akal kau sebenarnya cukup bijak untuk faham bila orang kata pulau ni bahaya" -Ahmad "Korang taktahu lagi apa yang koran...