Board

1.2K 88 0
                                    

"Aky. Ni board apa?"

Aky memandang ke arah Ilmi. Kini mereka sedang mengelilingi unggun yang baru saja dibuat. Ada yang sudah tertidur di dalam khemah. Siapa lagi kalau bukan Gibran. Huh

"I don't know. Cer buka" jawab Aky. Ilmi tak tunggu lama, dia terus buka bagasi di depannya.

Tiba-tiba satu cahaya dari dalam bagasi itu menyinar begitu menyilau sehingga mereka terpaksa menutup mata beberapa saat.

Truth Or Dare

Mereka berpandangan sesama sendiri.

Tiba-tiba bunyi guruh kuat berdentum. Mereka terkejut mendengarnya.

Ah tidak. Janganlah hujan , getus hati Aky.

Mata mereka dihalakan ke langit.

Aneh. Tiada pula ciri-ciri bunyi guruh itu datangnya dari atas.

"Dari mana datang bunyi ni? Memekak lah. Aku nak tidur!" Igau Gibran. Dia masih berada di dalam khemah. Mata setia terpenjam.

Yang lain tidak memberi apa-apa reaksi. Masih tekun mencari punca bunyi.

HAHAHA.

Satu gelakan garau menaikkan darah mereka. Satu soalan saja yang berlegar di kepala mereka. Bunyi itu datang dari siapa? Atau, datang dari 'apa' ?

"Hebat sound effect dia" kata Raqy sambil tergelak. Yang lain memandangnya bingung. Sound effect?

Raqy yang tersedar wajah bingung rakan-rakannya segera menjuihkan bibir ke arah speaker di atas board Truth Or Dare itu.

"Serious la sound tu datang dari speaker kecil ni? Real gila!" Ayash sudah menepuk nepuk tangan. Teruja barangkali.

Munie hanya diam. Dia tahu itu bunyi apa. Dia dianugerahkan deria ke enam dan sejak dari jejaknya kaki dia di tempat ini, dia sudah dapat bayangan.

Bayangan satu bayang seolah berhoodie sedang memerhati mereka dari jauh. Mengamati segala tindakan mereka.

Dan dia, hanya mampu membuat tidak endah.

Kerana sekali makhluk ini tahu dia boleh melihat kelibat makhluk itu, dia dapat rasakan, yang.. Dia tidak akan selamat.

"Ish tulisan apa ni? I tak faham laa" kata Mika. Penat dia cuba mentafsir tulisan di atas board itu namun tidak berjaya.

"Tulisan Asli. Itu syarat-syarat permainan" jelas Munie. "Satu, Permainan hanya boleh bermula jika kita berlapan duduk mengelilingi board ini."

Munie mengangkat muka. Semua mata lekat ke arahnya. Termasuklah mata makhluk yang sedang tersenyum menampakkan gigi buruknya itu. Tanpa mengendahkannya, dia terus meneruskan bacaannya.

"Dua, seusai kalian memulakannya, kalian harus mengakhirinya. Jika tidak, padah yang kalian terima"

"Tiga, apa pun jadi, teruskan permainan.

Okay this is weird" kata Munie. Bulu romanya berdiri tegak membaca syarat itu. Yang lain sudah menayangkan wajah teruja.

"Teruskan baca" kata Gibran. Dia tidak boleh tidur mendengar perbualan mereka. Dia seakan tertarik dengan apa yang Munie sebut tadi.

"Empat, Syarat keempat akan kalian tahu jika kalian selesai menghabiskan satu pusingan permainan ini" baca Munie. Dia mengerutkan dahi. Ada pula macam ni. Tak aci lah.

"So, let's start" ujar Mika

"What?"

"Come on Munie jangan slow sangat. Jom lah main game ni" jelas Aky. Semua sudah siap berada dibulatan mengelilinig board itu.

"Saya rasa tak sedap hati lah" jujur Munie risau. Entah dengan apa mereka berunding selepas ini. Dia dapat rasa satu aura yang mengkhuatirkan dia.

"Saya kan ada. Jom lah?" Pujuk Tangkal. Dia pun teruja dengan board di depannya ini. Aura tarikannya tinggi. Dia terus menarik tangan Munie supaya duduk di sebelahnya dan melengkapkan bulatan mereka.

Tiba-tiba muncul satu dadu yang sederhana saiznya. Dadu itu bergolek sendiri ke arah Tangkal. Tangkal teruja melihatnya.

"Munie. Apa dia tulis tu?" Tanya Aky. Ya. Ada satu tulisan di atas board itu.

"He start first" kata Munie.

"Cool!"

Truth Or DareWhere stories live. Discover now