AKHIR

100 21 4
                                    

Setelah lesu badan makhluk yang cuba menggoda Ahmad itu dikerjakan oleh Inara, mereka berdua terus berlari mencari terowong tersembunyi itu. Di dalam kepala Inara puas dia mengulang ayat Munie supaya tidak terlupa bila berjumpa dengan Azhan dan Ayob. Mengenangkan nasib puterinya yang mati kerana mereka berdua, dia risau perasaan marah mula mengawal diri. 

"Kak. Itu mereka!" Kata Ahmad. Dia terus berlari mendapatkan Siti, Ilmi, Mariam dan Nukman yang sedang menggendong Raqy. "Apa dah jadi ni?"

Ilmi hanya diam tertunduk. Dia masih sedih lagi mengenangkan nasib teman lelakinya itu yang mati kerana dua makhluk yang tidak layak digelar manusia. Siti mengusap perlahan bahu Ilmi sambil menggelengkan kepalanya ke arah Ahmad. Tahu lah Ahmad bahawa Raqy sudah tiada. Inara menerkup mulutnya. Terkejut dengan berita itu. Raqy lah sahabat puterinya yang pertama berjumpa dengannya...


~ Beberapa hari yang lalu~

"Sii..sssiapa kau?" kata Raqy ketakutan.  Dia masih keliru dengan kakinya yang diayun seperti di kawal ke arah hutan. Ahmad tidak menjawab. Dia terus menarik Raqy ke belakang pokok. Dia tahu permainan Ayob sudah bermula. Raqy yang sedang ketakutan itu memejamkan matanya beberapa kali. Kini dia sedang bersama dengan satu bayang hitam yang mengerikan.

"Jawa....b" belum habis dia berkata-kata, mulutnya ditekup Ahmad. Ahmad menjuihkan mulutnya yang ngeri bertaring itu ke arah satu tempat. Perlahan-lahan Raqy mengalihkan matanya ke tempat itu yang dituju itu. Raqy laju menekup kedua mulutnya kerana terkejut dengan apa yang dilihat sekarang. Ada satu ekor serigala besar berwarna hitam dan bermata merah di sebalik pokok itu. Kepalanya mula terbayang apa yang akan jadi kalau dia terus berjalan ke arah sana tadi. 

"Aku manusia yang disumpah. Kau jangan risau. Aku manusia" bisik Ahmad. Dia tak boleh menguatkan suaranya kerana mahkluk belaan Ayob di sekitar situ sedang merayau mencari Raqy. Dia tahu persis rancangan Ayob untuk menyesatkan orang untuk dijadikan lauk makhluk belaannya. Ahmad perlahan-lahan menarik Raqy ke satu lorong. Raqy hanya menurut. Dia sudah tidak kisah akan fizikal Ahmad yang menyeramkan itu asalkan dia dapat lari dari kawasan mahkluk besar itu.

Setelah lama mereka melangkah akhirnya bayang makhluk itu sudah tidak kelihatan. Ahmad segera berdiri (atau 'terbang') di hadapan Raqy. Raqy menahan debar. Seram akan fizikalnya Ahmad.

"Aku tahu kau dah main board truth or dare tu. Lepasni satu demi satu kawan kau akan disesatkan dan mungkin mati dikerjakan oleh si dalang" kata Ahmad tegas. Raqy mula rasa tidak sedap hati. 

"Apa yang aku boleh buat? Kasihan diorang..." keluh Raqy.

Ahmad memandang Raqy dengan pandangan seribu makna. Perlahan-lahan mulutnya tersengih. "Kau ikut je aku" kata Ahmad. "Aku tahu kau masih tak percayakan aku dan kau tengah rancang nak lari dari pandangan aku"

Kata-kata Ahmad tu membuatkan Raqy tersentak. Macam mana dia tahu?

"Tapi kalau aku jadi kau, aku ikut saja makhluk ngeri yang sebenarnya manusia sebelum jumpa makhluk ngeri lain yang mungkin akan terus makan kau je" kata Ahmad lagi sambil berlalu meninggalkan Raqy membuat keputusan.

Raqy terdiam. kepalanya ligat berfikir. Ada betul apa yang dikatanya tadi. Raqy terus berlari mengikuti makhluk itu tanpa berfikir panjang lagi.

Akhirnya mereka berdua sampai di satu rumah usang. Pintu itu perlahan-lahan terkuak dari dalam. Bayang Ahmad yang terbang tadi tiba-tiba berubah menjadi manusia yang lengkap fizikalnya apabila masuk ke rumah usang itu. Dia menoleh ke belakang.

"Cepat lah" kata Ahmad. Raqy hanya mengangguk dan segera memasukkan dirinya ke rumah itu.

Raqy memandang sekeliling. Rumah ini nampak familiar. Tapi dekat mana?

Truth Or DareWhere stories live. Discover now