Nampak

1.1K 78 0
                                    

"Turn siapa?" tanya Mika. Suaranya agak lemah. Ye lah. Tadi habis tenaga dia guna nak lawan benda yang masuk dekat dia. Nasib baik Munie kedua tu datang. Walaupun tak tahu apa rasional dia datang, mereka tetap berterima kasih. Kalau tak , tak tahu nyawa siapa yang melayang nanti.

"Ilmi" jawab Aky. Dia terus duduk. Fuh. Malam yang panjang. Dia mengalih pandangan ke arah Ilmi. "Ha jalan lah"

"Okay okay" ilmi segera mencampak dadu di depannya. Sempat lagi dia menarik nafas dalam dalam. Nak hilangkan rasa penat lelahnya mengawal Mika tadi.

Truth

Ilmi mengangkat wajah memandang kawan-kawannya satu per satu. Masing-masing pamer muka tak sabar.

"Macam mana nak habiskan game ni?"

Tiba-tiba angin kuat merempuh Ilmi dari belakang sampai Ilmi tertolak ke depan board. Semua terkejut dengan apa yang terjadi. Masing-masing tergamam dan otak mula ligat berfikir apa punca angin tu datang.

Ilmi mengangkat wajah. Dia berada betul-betul di depan hologram board itu. Jaraknya hanya 10 sentimeter di depannya. Ilmi kaku. Badannya tak boleh bergerak. Nafasnya mula tak teratur.

Tiba-tiba keluar sesuatu daripada hologram itu yang menolak tubuhnya ke tepi. Aneh. Dia dah bergerak ke tepi tapi badannya tak bergerak. Seolah rohnya saja yang bergerak. 'Benda' yang menolaknya tadi tersenyum sebelum mengambil kedudukan badan Ilmi.

Ilmi kurang faham. Kenapa? Apa yang jadi ni? Tiba-tiba dia terasa dirinya melayang mengikut angin. Makin lama wajah kawan-kawannya dan tubuhnya semakin jauh dari pandangan. Ilmi memejamkan mata. Dia harap apa yang berlaku ni semua hanya mimpi.

Ilmi terasa tubuhnya melanggar sesuatu yang keras. Matanya masih terpejam. Sakit. Itu apa yang dia rasa sekarang. Tiba-tiba dia menangkap bunyi orang berjalan. Hatinya berdebar.

"Ilmi?!"

Ilmi tersentak tatkala mendengar seseorang memanggil namanya. Wait... I know this voice!

Ilmi cuba membuka matanya yang berat.

"Tangkal....?" Katanya lemah. Pandangannya masih kabur. Dia cuma nampak seseorang yang gayanya macam Tangkal dan Raqy dan satu bayang yang berada di belakang Raqy. Lama dia memerhati mereka. Bila pandangannya mula terang, dia terus dapat menangkap wajah bayang di belakang Raqy itu.

"Argh!"

"Weh weh kenapa ni?!" Tangkal meleraikan sedikit pelukan Ilmi. Dah kenapa tiba-tiba jerit pastu peluk orang ni.

Raqy tahu Ilmi ternampak sesuatu di belakangnya. Dia menyuruh benda itu menyembunyikan diri.

"Tttt...tuu..tu" kata Ilmi sambil menunjuk belakang Raqy. Ya. Dia terkejut tengok bayang hitam bagai berhoodie di belakang Raqy sedang merenung dia. Renungannya tajam dan menggerunkan.

Tangkal menoleh ke arah Raqy. Raqy hanya mengangkat bahu.

"Takde apa lah Ilmi. Dah bangun bangun" Raqy menarik lembut tangan Ilmi. Membantunya berdiri.

"Macam mana kau boleh sampai sini weh?"

Ilmi memandang Tangkal. Dia sendiri taktahu nak cerita macam mana.

"Korang tak nampak ke tadi?"

-

"Ilmi? Kau okay tak ni?"

Ilmi mengangkat muka. Dia tersenyum seraya mengangguk. "Okay je" katanya. Dia terus menyambut huluran tangan Aky dan duduk semula.

Aky memandangnya aneh. Lagi bertambah aneh bila Ilmi yang suka duduk gaya perempuan melayu terakhir ni tiba-tiba duduk bersila dan tak habis habis tersenyum.

"Serious ah bodoh. Kau ni okay ke tidak? Senyum je dari tadi" kata Aky bengang. Senyuman Ilmi terus mati. Mika tergelak.

"Dah dah" kata Munie. "Aku tengah pelik ni...."

Semua mata memandang ke arahnya. Muka mereka bingung. Munie mengeluh.

"Soalan Ilmi tadi benda ni tak jawab pun"

Semua mengangguk setuju. Ha'ah. Tak jawab lagi.

Ilmi di sebelah Aky tersenyum semacam sampai semua kawan-kawannya gerun tengok dia. Aky geram. Laju je tangan dia mengetuk kepala Ilmi dengan botol airnya.

"Aduh" Ilmi memegang kepalanya. Tak guna betul jantan ni main pukul-pukul.

"Senyum macam tu lagi sekali, aku tikam kau pula" ugut Aky selamba. Dia tayang muka tak bersalah.

Ilmi merengus. "Huh. Aku senyum tadi sebab aku ada jawapannya. Tadi dah bagitahu dah masa aku jatuh tu ha" katanya sambil menggosok kepalanya. Sakit.

"Ouh. Dia cakap apa?" Tanya Ayash. Dia mendekati Ilmi.

"Entah. Aku lupa" kata Ilmi. Kini giliran Ayash pula mengetuk kepala Ilmi. Ah tak guna betul. Manusia memang suka ketuk kepala ke?!

Ilmi menjegilkan matanya ke arah Ayash. Ayash hanya ketawa.

Munie dan Aky masing-masing diam. Sebenarnya Munie dapat rasa yang ni bukan Ilmi. Tapi sengaja dia duga 'benda' tu. Nak tengok juga kalau dia buat-buat bodoh, benda tu percaya ke tak.

"Serious lah kau lupa?" Mika tak puas hati.

Munie hanya memerhati perbualan antara Mika, Ayash dan Ilmi. Gibran sekali-sekala je menyampuk. Aky hanya diam sambil nerenung Ilmi. Munie tahu dia tengah syak sesuatu.

Mata Munie beralih ke arah belakang Ilmi. Makhluk tu tersenyum. Dia bergerak mendekati Munie. Aneh. Biasa dia main tembus je siapa-siapa. Tapi kali ni, dia langsung tak tembus badan Ilmi. Malah dia elak. Munie mula menangkap sesuatu

Kau syak sesuatu bukan?

Munie pamer senyum mengejek. Dia tak menjawab. Satu je yang dia fikir sekarang. Kenapa masa benda ni bercakap tadi, Ilmi turut memandang ke arah 'benda' tu macam dia boleh dengar sekali?

"Yela. Aku ingat. Korang kena habiskan game ni lah. Kalau tak mana boleh lepas" kata Ilmi.

Pap!

Munie memegang kepalanya. Uish berdenyut! Wajah Gibran dia jeling tak puas hati.

"Termenung!" Kata Gibran sambil tergelak.
Munie menjelir. Pandangannya beralih ke arah Ilmi. Dan sekarang ni, hatinya berdebar semacam. Renungan Ilmi tajam menembusi matanya. Sah. Ni bukan Ilmi.

"Ouh okay"

"Sebelum kita teruskan ni, aku rasa aku nak terkucil lah. Aky teman aku jap!" Kata Gibran. Reaksi budak perempuan? Buat muka jijik. Euw!

"Ha pergi pergi" kata Mika sambil menutup hidung.

"Oi. Aku bukan nak tutt la!" Gibran menjegilkan mata. Botol dicampak ke arah Mika. Yang lain ketawa. Hilang terus debaran Munie tadi. Dia dan Aky laju terus pergi ke semak yang berhampiran.

Gelakan Munie terhenti bila Ilmi datang mendekatinya. Dia mula rasa berdebar semula. Ilmi senyum dan terus duduk dekat sebelah Munie. Matanya di hala ke langit. Ayash dan Mika sedang seronok berbual tentang sesuatu yang Munie tak faham dan tak nak ambil tahu. Hatinya tengah sabar dan bersedia menunggu apa saja tindakan Ilmi selepas ni.

"Kau boleh nampak kan?" Tanya Ilmi. Munie berpaling memandangnya. Dia tak menjawab.

"Kau tengok aku sekarang ni... Apa yang kau nampak?" Ilmi turut berpaling menghadap Munie. Sengaja dia bertentang mata dengan Munie. Lama.

Munie tergamam.

Apa yang dia nampak?

Dia nampak seorang perempuan yang di bunuh dengan kejam betul betul dekat tempat yang mereka duduk sekarang ni.

Truth Or DareWhere stories live. Discover now