"Kenapa aunty tak jumpa Munie terus dari awal? Kenapa aunty tak bertindak lagi? Apa yang aunty rancang?" tanya Ilmi. Dia masih kurang faham dengan apa yang diceritakan Raqy. Kalau betul lah Puan Inara boleh contact Raqy dari awal diorang jejak kaki ke sini, kenapa dia tak buat benda yang sama dekat Munie? Puan Inara memandangnya kosong.
"Percayalah budak. Puan Inara ni dah cuba sedaya upaya jaga keselamatan korang. silap langkah sikit je, korang mungkin takkan bernafas lagi" jawab Ahmad. Inara masih mendiamkan diri. Dia tahu, teman-teman puterinya ini menyalahkan dia dalam hal yang telah berlaku. Dia pun turut menyimpan rasa yang sama. "Lagipun kalau sesenang tu kami boleh berjumpa dengan Munie, kami takkan berdiam macamni...." keluh Ahmad lagi.
Puan Inara memandang dalam wajah Ahmad. Ya. Ada riak pasrah diwajah Ahmad. 'Sabar mad... akak akan cuba keluarkan kita semua'
"Tak semua aunty boleh cerita pada kamu semua. Aunty cuma perlukan bantuan kamu untuk jangan pertikaikan apa yang jadi. tapi sama sama berdiri dengan aunty. Kita kena lawan mereka" kata-kata tegas dalam lembut Puan Inara disambut dengan anggukan yang lain. Siti dan Mariam hanya diam sedari tadi.
"Aunty jangan risau, kitorang sanggup buat apa je asalkan kita semua boleh keluar dari sini." ujar Tangkal. Inara hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Habis tu sekarang puan nak buat apa?"
"Kita kena make sure Munie tak kantoi dengan si dalang. Korang pun. Jangan sesekali tonjolkan diri atau cakap celupar dekat luar sana. Aunty taknak ada siapa-siapa yang cedera lagi" ujar Puan Inara. Raqy hanya diam sedari tadi. Masih murung atas kehilangan kekasih hatinya. "Aunty minta maaf sangat sebab terlepas pandang Mika.. Aunty taktahu..."
"Tak apa" lintas Raqy laju. "Saya faham. Tak semua kita dapat awasi"
Tangkal dan Ilmi memandang wajah kusut Raqy dengan penuh simpati. Kalau mereka ditempat Raqy, mereka tak tahu sama ada mereka mampu untuk berfikir secara rasional lagi atau tidak.
"So macam mana sekarang?" tanya Ahmad.
"Plan kita dah terabur lepas apa yang makhluk tu buat dekat kawan diorang ni. Aku rasa mereka nak bagi kita amaran. Kita kena fikir benda lain" kata Siti. Inara hanya mengangguk perlahan. "Aku pelik lah macam mana rancangan kita boleh gagal. Macam mana diorang tahu lokasi mereka sedangkan kita dah alih perhatian mereka dengan mangsa-mangsa lain?"
"Aku pun tak tahu" keluh Inara
"Aku rasa dah masa untuk aku dengan Siti buat kacau" kata Mariam. Puan Inara masih dengan pandangan kosongnya.
-
"Munie...." panggil Putri perlahan.
"Put.." belum sempat Munie habiskan perkataannya, mulutnya ditekup kasar. Terbeliak matanya dek terkejut.
"Shh. Ayob ada kat sini" kata Putri perlahan. "Zahid mana?"
Munie hanya menjuihkan bibirnya ke arah Zahid dan Aky yang asyik membelek board TOD di sebalik pokok besar. Aky sedari tadi ralit melihat board TOD terapung ke sana sini. Tahulah dia Zahid yang menggerakkan board itu. Putri terus mengangguk dan bergerak ke arah Zahid dan Aky. Anehnya, badan Putri menggigil sekan ketakutan sambil memandang sekelilingnya. Munie hanya mengikut dari belakang.
"Zahid. Ayob ada kat sini" bisik Putri perlahan. Zahid terus berdiri dan memandang sekelilingnya. Munie dan Aky turut melakukan hal yang sama. Zahid terus memberi isyarat kepada Munie untuk berjalan perlahan ke arahnya.
"Kenapa ni?" tanya Aky perlahan. Munie hanya menjawab soalannya dengan isyarat tunggu sahaja. Mereka perlahan-lahan bergerak menjauhi kawasan pokok-pokok itu tadi. Putri masih setia bersama mereka.
YOU ARE READING
Truth Or Dare
Mystery / Thriller"Kat Pulau ni, benda mustahil jadi tak mustahil" -Ilmi "Aku rasa antara aku dengan kau, kau yang bodoh mulakan semua ni sedangkan akal kau sebenarnya cukup bijak untuk faham bila orang kata pulau ni bahaya" -Ahmad "Korang taktahu lagi apa yang koran...