Permulaan

2.5K 92 4
                                    

Hari ini, mereka berkumpul dirumah sahaja. Cuma Gibran yang tak balik balik lagi. Setiap tahun pada tarikh 1 Mei, mereka akan pergi cuti bersama-sama. Sempena tarikh kumpulan mereka ditubuhkan.

"So, apa plan?" Tanya Aky memecah sunyi. Masing-masing sibuk dengan gadget ditangan. Ada yang buat research dan ada yang sibuk buat hal lain.

"Entah. Tahun ni your turn kan nak pilih tempat" jawab Mika.

Yang lain mengangguk. Aky tersenyum.

"Fourth trip untuk geng kita, aku nak ajak pergi Pulau Misteri. Ada bran?" Ujar Aky. Satu persatu wajah kawannya dipandang. Kini semua nata tertumpu pada dia kecuali Tangkal. Semua beriak terkejut.

"Sounds cool" jawab Tangkal. Dia pun teringin nak jejak kaki di pulau itu.

"Cool?! Really man? Sounds cool?!" Tanya Ilmi dengan nada tak percaya. Bahu Tangkal ditumbuk kuat. Geram dengan tingkah bersahaja Tangkal.

"Adui! Sakitlah"

"Kenapa Ilmi?" Tanya Munie hairan. Dia tidak pernah dengar apa-apa pun tentang Pulau Misteri ni.

"You tak tahu ke pasal pulau tu?" Ilmi terkejut melihat gelengan Munie. "Gosh you've got be kidding me lah. That pulau terkenal gila kot dengan ayat..."

"Once you've entered the island, you will never gonna make it" sampuk Aky. Ilmi menjeling. Sibuk je mamat ni. Aky ketawa. Memang tu la yang dia selalu dengar bila orang cakap pasal pulau ni.

"Make what?" Munie bingung.

"Stay alive" jawab Aky bersahaja. Seolah-olah perkataan itu tidak memberi kesan kepadanya. Munie sudah mula rasa gerun.

"Sayang. Kalau you pergi sana, ada satu benda je yang you kena buat" sampuk Tangkal pula. Sebelah tangannya sudah mula mengusap kepala Munie.

"Apa dia?"

"Survive"

-

"So semua setuju lah ni nak pergi? Kalau ye, siap cepat. Kita gerak malam ni jugak" arah Aky. Dia memang dah prepare semua benda. Bot untuk pergi kat sana pun dia dah sediakan. .

"Malam ni? Hang biaq betoi! Aku rehat pun belum lagi nih" bantah Gibran. Dia baru saja balik dari berparti dengan kawan kawannya. Takkan dah nak gerak pergi pulau maut tu pula.

"Sape suruh berparti lama sangat. Aku tak kira, lambat tinggal." Aky terus masuk ke biliknya untuk kemas baju bajunya. Yang lain hanya berpandangan sesama sendiri.

"Kau ikut je lah apa yang dia nak tu. Aku pun excited ni nak pergi Pulau Misteri" ujar Raqy. Wajah teruja dipamerkan. Gibran mengeluh.

"Yela yela. Ayash. Tolong kemas baju I ea. I nak tidur jap" Gibran terus baring di atas sofa. Dia dah tak larat nak bukak mata. Seharian dia mengaktifkan badan bergerak sana sini. Sekarang ni memang masa untuk tidur. Ayash menurut saja

"Eh suka hati dia je suruh Ayash. Mentang-mentang Ayash awek dia tapi janganlah layan macam kuli" bebel Ilmi. Gibran buat buat tidak dengar.

Raqy tergelak. Gibran dan Ilmi memang takkan pernah ngam. Ada saja sifat Gibran yang Ilmi benci.

"Babe, I'm afraid la" ujar Munie. Tangan Tangkal dipaut. Benar. Dia rasa tak sedap hati sekarang ni. Dia ada buat research pasal pulau tu dan semuanya negatif. Tangkal hanya tersenyum dan mengusap perlahan kepala Munie.

(Pulau Misteri, pulau dimana manusia hilang tanpa berita)

(Pulau Misteri; Pulau makan orang)

(Pulau Misteri pulau berpenunggu yang memakan sesiapa sahaja disana)

(Tiada siapa yang pernah selamat daripada Pulau Misteri)

Truth Or DareWhere stories live. Discover now