Jalan.

1.3K 73 16
                                    

"I think you should stop call her that" kata Raqy. Dia menepuk bahu Aky perlahan. Aky masih lagi terkejut dengan apa di depannya.

"Nama aku Putri" kata Ilmi ciplak a.k.a Putri. Dia masih tersenyum walaupun sikit terkesan dengan apa yang dikata Aky tadi. Namun, senyumannya itu tetap mampu membuat Aky menelan liur.

"Tolong berhenti senyum" kata Aky. Raqy hanya ketawa. Putri semakin melebarkan senyumannya itu.

"Kenapa lama sangat nak datang sini?" Tanya Putri. Raqy mengangkat kening. Munie dan yang lain masih lagi tak perasan kehadiran Putri berupa Ilmi itu. Mereka masih asyik melawat kawasan.

"Seri kacau kami tadi" kata Raqy senada. Putri terkejut.

"Apa yang adinda seri lakukan?"

"Dia masuk dalam badan Mika" jawab Aky. Putri mengalihkan wajahnya ke arah Aky pula.

"Mika macam mana?"

"Okay. Ada yang tolong kami tadi" jawab Raqy pula. Putri mengeluh.

"Ada apa Putri?" Tanya seseorang.

"Munie ciplak pulak!" Kata Aky. Raqy tergelak besar. Yang lain masih lagi tak tahu apa yang dijumpai Raqy dan Aky.

-

"Weh mad. Kawan kau bercakap dengan siapa?" Tanya Zahid. Pelik tengok benda tu cakap sorang.

Dengan kawan Tangkal

Zahid mengangguk. Dia macam pernah nampak muka mereka.

"Apesal muka dia sama macam kawan Tangkal?" Tanya Zahid lagi.

Ahmad tidak menjawab. Zahid mengangguk faham.

Kau angguk apa?

"Angguk faham la" kata Zahid. Ahmad mencebik

Kau faham apa?

"Aku tahu kau takut nak bagitahu" kata Zahid lagi.

Bukan takut.

"Habis tu? Tak berani?"

Kau nak ke tengok muka diorang yang sebenar?

Ahmad merenung Zahid. Zahid terdiam. Dari cara yang Ahmad kata ni, tahulah dia yang benda benda tu tak ada wajah sebenarnya. Huh. Bukan kali pertama dia jumpa benda benda ni.

"Ngeh. Its better this way"

"Apa benda nya?" Sampuk Tangkal. Zahid hanya menjuihkan bibirnya. Tangkal terkejut. "Munie! Il...!" Belum sempat dia habis menyebut nama Ilmi, mulutnya dicekup laju. Zahid menarik Tangkal jauh dari benda itu.

"Apesal ni!" Kata Tangkal sebaik sahaja Zahid melepaskan pegangannya.

"Haih kau ni." Keluh Zahid. Kening Tangkal terangkat. "Kau kena belajar jangan mudah percaya sekarang ni"

"Apesal"

"Tu bukan kawan kau la. Kau kena hati-hati sikit. Yang ni kita jumpa yang baik. Cuba kalau kita jumpa yang nak sesatkan kau?" Jawab Zahid.

"Hm maksud kau?"

"Tu benda yang tiru muka kawan kau. Not them okay? Jangan salah sebut nama benda kat sini. Benda benda tu tak suka. Okay?" Kata Zahid. Tangkal mengeluh. Banyak hal betul la. Nak taknak dia angguk perlahan.

Dia mengintai benda berupa Munie itu. "Tu dia cakap dengan siapa?" Tanya Tangkal. Zahid turut memandang ke arah yang dilihat Tangkal.

"Ahmad kata dia tengah bercakap dengan member-member kau"

Truth Or DareWhere stories live. Discover now