15|Pindah

56 12 0
                                    


Ryujin dan Dita menyambut Minie di depan pintu kelas "Minie! Kau tahu tak? Tak lama lagi peperiksaan akhir berlangsung!" teriak Dita terkejut dan gelisah

"Betul wey! Aku tak study lagi.. Tapi aku tak kisah. Nanti kita fail admath sama-sama tau!" Ryujin memukul lembut bahu Minie

"Tch.. Aku nak insaf la" Minie berlalu ke tempat duduknya.
"Kau nak insaf? Ish.. Tetiba jek" Dita mencebik "Ni mesti sebab San kan? Kau nak setaraf dengan dia. Haha. Good luck la" bahu Minie digosok Dita sebelum dia kembali ke tempat asal.

Entah kenapa ayat Dita boleh menyakitkan hati Minie sekaligus dia teringatkan kata Yeosang semalam tentang juru gambar di rombongan.
Haish.. Takkanlah Dita.

Ryujin masih di situ menemani Minie "Kau jangan fikirkan sangat tentang cikgu yang bantah hubungan kau dengan San. Buat semampu kau je tau. Jangan paksa diri" tegur Ryujin sambil mengusap lembut bahu Minie

"Thanks Ryujin. Kita sama-sama cuba study tau" senyuman dibalas senyuman "Okay"

San memasuki kelas lalu dia terus ke meja Minie "Macam mana date dengan ex semalam? Best? Apa Ex bakal mentua kata? Dia ada plan nak satukan korang balik?" kata-kata San buatkan Minie ketuk dahinya

Lelaki ni kalau cemburu, sangat obvious.
"cemburu ke?" sengaja Minie bertanya
"Sangat!" jawab San dengan mata bulat tanda dia serius,... cemburu...

Tingkahnya itu buatkan Minie terhibur. Namun hanya sementara apabila perihal Dita kembali bermain di kotak fikiran. Kalau betul Dita orangnya, kenapa?

Kenapa dia buat macamtu?
Dia sukakan Choi San ke?
Takkanlah Minie nak tamatkan persahabatan demi lelaki yang baru dia kenal tapi San betul-betul sukakan dia.

"Minie.." panggil San sambil menggoncangkan bahu Minie "Apa yang awak fikir?"
"Hubungan kita.." balas Minie.
San tersentak. Dia mula fikir sesuatu yang buruk

"Kenapa dengan hubungan kita?" kepalanya ditunduk tanda sedih. Tolonglah jangan fikir bukan-bukan, Kwon Minie!

"Saya bagitahu petang ni lah" Minie tersenyum tapi tidak bagi San. Hatinya bagai retak memikirkan perkara buruk. Kenapa dengan hubungan ni?

"okay" San kembali ke tempatnya. Bibirnya diketap rapat. Fikirannya tak henti berfikir bahawa Minie akan meminta putus memandangkan hubungan mereka sering retak.

***

Seperti biasa, ada gambar tertampal pada loker Minie. Kalini gambar dia dan Yeosang malam tadi. Siapa yang mengekori dia ni?

Gambar itu dicabut dan dibuang ke tong sampah. Dia terus berlari ke bilik CCTV. Kelihatan seorang pelajar keluar dari bilik itu pantas dia menyorokkan diri dibalik tiang.

"Dita? Dia buat apa dalam bilik tu?" soal Minie sendiri. Ini sungguh mencurigakan. Apabila bayang Dita sudah hilang, Minie segera memasuki bilik CCTV

Klip yang dicarinya telah berjaya dipadam. "Tak guna" adakah Dita yang memadamnya?
"Hiks hiks" Minie bersandar. Tangisannya tak dapat ditahan lagi. Jadi betul lah Dita sukakan San?

Mana satu dia patut pilih?
San atau Dita?
Tangisannya makin kuat.
Dirinya dihimpit dilema yang melampau.

Sudah lama dia bersahabat dengan Dita. Dia takkan sia-siakan persahabatan ni.

***

Sudah satu jam setengah Minie tunggu San di kafe. Dia tak munculkan diri. Panggilan juga tak diangkat. Mesej tak dapat dihantar. Nampak sangat lelaki itu cuba mengelaknya.

-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺWhere stories live. Discover now