9¦Pengakuan

53 14 0
                                    

Sepanjang perjalanan ke sekolah San menunduk sedih. Dia tahu dia akan lewat kerana dari pagi tadi dia tak ada mood untuk ke sekolah walaupun ada peperiksaan

Lagi 5 minit pagar sekolah akan tertutup jadi mustahil untuk sampai ke sekolah secepat mungkin.

Bunyi motor menghampirinya buatkan dia mengangkat muka melihat gerangan "Oh.. Minie"

"Naik cepat, kita dah lambat ni" Arah Minie sambil menghulurkan helmet yang dipakainya tadi. San tersenyum lebar tapi hanya sementara apabila fikirannya memgingatkan hal semalam
.
.
"Sebenarnya Minie tak sukakan kau." San tersentak dan kecewa dengan ayat Mingi "Dia sukakan aku" yakinnya

"Dia sukakan Wooyoung. Dia tak pernah sukakan kau dan sebenarnya Wooyoung pun sukakan dia." kata Mingi mendiamkan San yang sudahpun terkelu

Bahu San dipegang lembut "San, tolong jangan jadi penghalang cinta Minie dengan Wooyoung. Kau sepatutnya pilih Seohyun, bukan Minie" kononnya Mingi memberi nasihat
.
.
San dan Minie tiba di kawasan sekolah. Mereka cepat-cepat masuk ke kelas bersama-sama dan mengambil tempat duduk masing-masing

***

Minie terserempak dengan Seohyun di tangga aras 2. Dia melihat Seohyun sedang menyimpan kamera kecil dalam begnya.

Kamera lagi. Dia pasti dalam kamera itu ada banyak gambar Choi San. Minie mengabaikannya dan sambung menuruni tangga.

Dia terserempak pula dengan San. Confirm! Seohyun baru lepas menangkap gambar San.

"Awak pergi mana tadi?" Tanya Minie "Tandas" balas San pendek. Minie membulatkan mata. Tandas? Eh.. Takkanlah Seohyun sanggup masuk tandas lelaki.

"Hm.. Kenapa awak asyik mengelak saya kebelakangan ni?" soalan Minie tidak dibalas
"Awak juga yang marah kalau saya diam je. Sekarang awak pulak diam. Bebel Minie geram

"Sorry.." jawab San sebelum berlalu pergi
Minie mengeluh "Ish dia tu kenapa?"
"Kwon Minie." Panggil Mingi yang berdiri tidak jauh darinya

"Apa?" Minie tetiba menjadi takut lebih lagi apabila Mingi memandangnya dengan tajam. Dia tak berkata apa sebaliknya menarik tangan Minie ke tempat yang sunyi

"Aku bagi kau amaran terakhir. Putus dengan San sebelum Seohyun bertindak" Tegas Mingi

Minie menggaru kepala "Seohyun okay je haritu. Dia siap ucap tahniah  sebab couple dengan San"

Mingi menjeling. Minie memang tak faham "Dengan itu kau percaya dia okay? Bebal betul."kutuk Mingi."Aku takkan lepaskan Minie" Tangan Minie ditarik San agar berdiri dibelakangnya

"Apa pun yang berlaku, aku tetap dengan Minie" semakin erat San mengenggam tangan Minie.
Mingi kelihatan bengang "Wey San. Kau tak tahu apa rancangan Seohyun" ujarnya dengan risau

"Bagitahu aku. Kau kawan aku, jangan berpihak dekat Seohyun tu"

Mingi mengetap bibir. Tak tahu ingin nak beritahu atau tidak. San pula kecewa dengan Mingi yang tak mampu berkongsi rancangan Seohyun. Siapa kawan dia yang sebenarnya?

"Mingi, mulai harini kita putus kawan" ucap San sebelum pergi bersama Minie.

***

Minie keluar makan bersama Dita dan Ryujin. "Kau ni dari tadi masam je. Happy lah sikit keluar dengan kitorang" Ryujin menolak perlahan bahu Minie supaya sedar dari lamunan

-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺWhere stories live. Discover now