12¦ Ex

55 15 0
                                    

"Jujur je la dengan aku. Kau dah tak suka aku kan?" Tanya Minie kepada Yeosang. Lelaki itu megangkat muka dari tunduk dari tadi merenung lantai

"Aku suka kau" jawabnya dengan riak wajah kosong seperti katanya itu tiada makna. Minie mengerutkan dahi sehingga kedua-dua keningnya bercantum. Betapa kecewanya dia melihat perubahan Yeosang yang dulu dan sekarang.

Sangat ketara!

Yeosang yang dulu periang saat hubungan mereka digelar sahabat. Namun sekarang dia banyak terdiam dan termenung setelah satu tahun dia menjalinkan hubungan cinta dengan Minie

Minie mencapai tangan Yeosang "Aku minta maaf kalau aku ada buat silap" ucapnya perlahan tapi penuh rasa bersalah "Kau tak buat apa-apa pun"

"Habistu kenapa kau diam je?" Tanya Minie tapi Yeosang diam tak mahu jawab. "Ish" Minie pergi kerana geram dengan Yeosang yang tak mahu menjawabnya

Masalah boleh diselesaikan bersama, tapi dia pilih untuk pendam. Jadi apa guna pasangan?
.
.
Setelah satu minggu Minie dan Yeosang tidak bertegur dan berjumpa, Minie mengambil keputusan untuk menjenguk Yeosang di rumahnya.

Tapi.. Kosong. Mereka sekeluarga telah berpindah. Ke mana? Dia tidak tahu. Minie menangis teresak-esak. Sekarang dia faham kenapa lelaki yang bernama Yeosang itu diam kerana dia ingin pergi tapi kenapa tak nak bagitahu?

Minie bangun dari tidur dalam keadaan mata berair. Dia menjadi pelik "kenapa aku menangis? Aku mimpi apa?" dia bertanya sendiri sambil mengelap air mata

Telefon yang sedang dicas dia capai lalu dia melihat notifikasi
12 mesej daripada Choi san.

Neo saranghae

Neo saranghae

Loving

Loving

Love yaaa

Neo saranghae

Neo saranghae

Bangun cepat, datang rumah saya

Cikgu Yunho tunggu ni!!

Saya bagi 5 minit.

Tak datang saya merajuk setahun.

:(

Dengan sepantas kilat Minie mencapai tuala dan masuk ke dalam tandas. 5 minit dalam tandas terlalu sekejap. Mustahil dia akan jumpa San dalam masa 5 minit ini.

Dia siap tukar pakaian dalam tandas dan keluar

"Good Morning Min" Tegur San yang sedang berbaring di atas katil

Minie terpaku. Betul ke dia? Betul ke ni tak tipu?
"Ni... San ke Setan?" tanya dia ragu-ragu buatkan San terkejut sehingga terduduk

"Setan? Berani awak!" jeritnya tak sangka. Minie baru sedar itu San. "Yah! Awak buat apa dekat sini?!" jerit Minie dengan segera dia menarik San keluar dari biliknya

"Kan saya dah bagi 5 minit je. Saya tahu awak akan lambat jadi saya datang supaya saya tak perlu merajuk setahun dengan awak"

"Awak sendiri yang nak" Minie memukul bahu San "Auu"
"Minie, janganlah kasar-kasar dengan San. Dia datang sini sejak awal pagi tadi tau, tunggu kamu bangun. Buka je pintu, tidur lagi. Dia tu penat boleh pula kamu pukul" Tegur Puan Kwon yang tetiba muncul

-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺWhere stories live. Discover now