Kriiiiiing!
Masuk waktu rehat. Seperti biasa Wooyoung, Mingi dan Yeosang akan ke kelas Minie untuk bertemu Hongjoong. Mereka semua tercengang tatkala melihat kemunculan San di situ"Yah Choi San!" teriak Wooyoung mengejutkan mereka di situ "Annyeong?" San melambaikan tangannya
"Mana kau menghilangkan diri ha?" Mingi bergurau menarik kolar baju San seperti ingin ajak gaduh "Adalah"
"Eh korang ada pelajar baru?" soal Wooyoung sebaik sahaja dia melihat Sumin yang sedang duduk bersebelahan dengan San. "Hi aku Sumin. Girlfriend San" ucap Sumin sambil memeluk lengan San
Keadaan jadi janggal seketika. Masing-masing memandang San dan Minnie silih berganti
"Si.. Siyes ah?" tanya Mingi pula"Iya. Dah satu bulan. Aku jumpa dia dekat sekolah lama. Tiba-tiba aku kena pindah sini balik sebab bapa aku. Kitorang tak sanggup berasingan jadi Sumin ikut aku pindah sini juga. Dia tumpang rumah aku hehe" cerita San buatkan mereka melopong
Duduk serumah?
Makin sakit hati Minnie mendengarnya. Ditambah lagi apabila dia turut terjebak sebagai 'ex San' mereka sesekali melihat riaksi Minnie setelah San berkata begitu.
"Aku lapar! Jomlah pergi kantin" Ryujin merangkul bahu Minnie sambil menarik tangan Dita membawa mereka berdua ke kantin dengan kadar segera.
-
Suasana di kantin sangat janggal. Mereka hanya diam sepanjang makan. Selalunya pasti riuh masing-masing hendak bercerita. Ryujin menghela nafas kecil merindui memori lama yang entah dapat diulangi atau tidak.
"Aku dah habis makan. Pergi dulu" ucap Dita sebelum melarikan diri. Lagi sekali Ryujin mengeluh "Kenapa mengeluh ni? Tegur Minnie
"Aku rindu kita yang dulu" balas Ryujin bernada sayu.
"Aku pun. Ni semua salah aku" kepalanya menunduk tanda bersalah"Lagi sekali kau cakap ni salah kau, aku taknak bercakap dengan kau" tajam Ryujin menatap Dita. Dia tak mahu kawannya itu terus menyalahkan diri sendiri
Terdiam Minnie.
"Tak.. Sekarang ni Choi San tu dah kenapa? Tiba-tiba je datang balik dengan orang baru pula tu!" marah Ryujin tetiba."Haih biarlah dia tu. Memang bagus pun, tak ada la aku dengan Dita gaduh lagi disebabkan dia"
"Ni bukan soal gaduh la! Tapi ni soal perasaan!" geram Ryujin dengan sikap positif kawannya itu. Minnie terdiam lagi. Takut pula pada Ryujin. Kawan dia ni mood tengah bercelaru jadi lebih baik terima sahaja apa yang dia katakan.
"Panjang umur dia" Ryujin menggeselkan bahunya pada Minnie agar melihat arah yang sama.
Kelihatan Choi San dan rakan-rakannya termasuk Sumin sedang menuju ke kantin.
Ryujin bingkas bangun
"Jom pergi—"
"Hi Minnie. Lama tak jumpa"
Belum sempat Ryujin menghabiskan ayat, San terlebih dahulu memotongnyaKelu lidah Minnie dan janggal dalam masa yang sama. Dia membalas senyuman mesra San sebelum matanya beralih memandang Sumin sekilas
"Hi San. Hm.. Sebulan tak lama.. "kekok Minnie berbicara sambil tangannya ligat menggaru belakang kepala yang tak gatal
"..oh ya! Hi Sumin saya Minnie" tangan Minnie dihulurkan tanda salam perkenalan. Sumin menyambut baik tangannya "Nice to know you" ucapnya dengan mesra
Ryujin menjeling ke atas. Apa niat San untuk tegur?
"Kitorang pergi dulu" Ryujin merampas tangan Minnie daripada Sumin dan menariknya pergi"Okey jumpa petang ni!" Hongjoong yang membalas kata Ryujin
"Petang ni ada apa?" tanya San
"Hm.. Kitorang ada study group untuk ulang kaji pelajaran tahun ni. Saja saja je" jawab Wooyoung basa-basi
YOU ARE READING
-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺ
FanficSuka dan Minat ialah perkara berbeza jadi kau perlu tahu. "Jadi selama ni kau tak sukakan aku? Jadi kenapa kau selalu sebut nama aku?"-Choi San Cinta itu dekat tapi kau selalu silap namun kesilapan itu yang terbaik buat kau.