2¦Date

82 16 9
                                    


Sekali lagi kejadian haritu menghantui fikiran Minie dimana dia terjatuh di atas dada San.

"The hell"

selamba dia mencarut. Ingatan itu tak dapat dipadam lagi. Masih segar diingatannya

"Minie! Makanan dah sampai!" Dita dan Ryujin muncul sambil menatang dulang yang berisi Burger McD dan minuman

"Wow sedapnya!" laju tangan Minie mencapai Double Cheese Burgernya. Balutan juga dibuka

"Okey korang nikmatilah makanan ni ye. Aku kena balik ni" Ryujin menjeling jam ditangannya sebelum memandang kawannya semula yang sudahpun memaparkan riak wajah kecewa

"Makan dulu lah" Ajak Dita. "Tak boleh. Aku kena pergi ziarah nenek aku. Esok kita jumpa kat sekolah ye? Bye!" Ryujin mencapai burgernya sebelum bergerak pergi

"Tak apa Minie. Aku ada" Dita menggosok belakang Minie. "Jom la makan. Lepastu kita balik"

'Ting!' Dita memeriksa telefonnya yang baru berbunyi. Wajahnya terus berubah terkejut. Minie seakan sudah mengangak jawapannya

"Kau pun nak balik?" Soal Minie. "Sorry Minie. Aku lupa pula harini birthday abang aku, Dino. Aku kena pergi. Sorry sangat, esok kita jumpa kat sekolah ye?"

Minie mengangguk malas. Dita segera berlari pergi meninggalkan Minie "Tinggal la aku sorang" Minie mengeluh sambil merenung ke luar tingkap.

Dia beruntung dapat meja di tingkat atas. Hari-hari penuh Mc Donalds ni, memang susah nak cari tempat.

"Eh..Minie?" suara seorang lelaki buatkan Minie berpaling menghadapnya.

Dia tergamam.

"Eh San?" Bedegup kencang hati Minie melihat lelaki didepannya sekarang. Choi San sedang menatang dulang makanannya

"Awak datang dengan siapa?" dia bertanya "sorang je" Pendek saja Minie balas kerana malu. "Baguslah.. " Pantas San meletakkan dulangnya di atas meja dan duduk di hadapan Minie

".. Saya duduk sini eh? Saya dari tadi pusing tak jumpa meja" katanya lalu tersengih malu menampakkan lesung pipitnya. Comel!

'Comel la pula dia ni. Ah tak boleh!! Pandang tempat lain!' Minie segera mengalihkan pandangan ke tingkap semula

"Tak apa, duduk je sini lagipun saya dah nak balik lepas habiskan burger ni" Jawab Minie sambil merenung ke kuar tingkap buatkan San hairan

"Erm.. Min, saya kat sini tau janganlah pandang luar tu. Pandang je saya. Saya tak makan orang pun" San tertawa kecil melihat gelagat Minie yang jelas sekali sedang mengelak dari San

*already dead* 'dia panggil aku apa? Min? Buwnoh je la aque'

Minie menoleh ke arah San lalu tertawa "Hahaha.. Sorry.." Dia sambung menikmati burgernya.

San turut membuka balutan burgernya dan mula menikmatinya. Minie sempat curi pandang San. Makan pun handsome. Entah suka atau insecure ni?

Keadaan menjadi sunyi sepi. Masing-masing makan sambil bermain telefon.

San membuat panggilan telefon "Wooyoung, lama lagi ke?" Soalnya geram

-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺWhere stories live. Discover now