Minie terpaku di hadapan kelas seperti kakinya digam pada lantai agar tidak bergerak.
San tersenyum panjang apabila menyedari Minie. Dia tidak sedar teman wanitanya itu sedang gugup dengan salah satu pelajar kelas ituDia mendapatkan Minie lalu dibawanya ke dalam pelukan sisi. Minie bertambah gelisah dengan perbuatan San.Belum sempat San berkata apa-apa, Minie terlebih dahulu menariknya pergi kembali ke kelas mereka
Yeosang menjadi terkilan setelah melihat kemesraan Minie dan san. Semestinya mereka berdua itu pasangan cinta. Nampaknya Minie curang dengannya.
Pelajar kelas itu menjadi pelik dengan tingkah laku Minie. Kadang- kadang mereka mencuri pandang Yeosang yang menjadi punca Minie begitu
"Apa hubungan Minie dengan Yeosang?" Seohyun tertanya-tanya
***
Minie berjalan ke ruang tempat letak motor untuk pulang. Tiba-tiba Yeosang berjalan seiringan dengannya
"Saya tak sangka saya dah digantikan" kata Yeosang buatkan langkah Minie terhenti
"Kita dah tak ada apa-apa" ujar Minie sebelum sambung melangkahMinie pulang ke rumah dengan bahu yang berat. Berjumpa semula dengan Yeosang ialah perkara yang paling dia nantikan sebelum jadi milik San. Kini dia berharap lelaki itu pergi jauh dari hidupnya
Benci? Bukan.. Cuma taknak perasaan cinta berputik kembali. Bukan mudah untuk tidak mencintai lelaki yang bergelar Yeosang itu.
"Jadi, kereta yang datang semalam kereta Yeosang?" soalan itu pertama sekali Minie lontarkan sebaik sahaja melihat Omma di dapur
Puan kwon mengeluh sekali kepalanya menunduk sedikit seperti dia kantoi dengan kehadiran keluarga Yeosang semalam.
"Ya.."
"Kenapa dia datang balik?" soal Minie dengan suara bergetar kerana menahan sebak "Ada sebab kenapa dia pergi dulu. Dia sakit, Minie" suara Puan Kwon lembut sahaja memujuk anaknya itu
"Minie tak kisah langsung dengan pemergian dia. Siapa suruh dia datang sini balik!" bentak Minie dengan geram.
Puan Kwon tidak cakap banyak. Dia terus menarik Minie ke dalam dakapannya sambil tangan mengusap rambut panjang anaknya itu.
***
7 orang pelajar yang mengikuti rombongan ke perpustakaan negara menunggu bas di depan sekolah
"Lambatnya bas!" Ryujin sudah letih menunggu. Jeritannya itu menarik perhatian yang lain "lambat lagi bagus. Kawan aku tak sampai lagi ni" Wooyoung bernada risau
"Bukan kita bertujuh je ke?" Hongjoong mencelah perbualan. Mereka yang lain turut hairan. Siapa yang Wooyoung nantikan?
"Aku ajak kawan baru aku" jawabnya
Minie sudahpun membesarkan matanya. Kawan baru? Sangkaannya tepat sekali. Yeosang berlari menghampiri mereka dan berhenti di sebelah Wooyoung. "Panjang umur" Wooyoung memeluk bahu Yeosang
Minie mula tidak senang begitu juga dengan Yeosang apabila melihat San dan Minie asyik berkepit.
"Oh bas dah sampai" Dita menunding jari pada bas yang semakin mendekat.
San menanggalkan jaket yang dipakainya lalu dipakaikan kepada Minie "Dalam bas tu sejuk. Jangan tanggalkan jaket ni" arahannya dibalas anggukan oleh Minie. San tersenyum bangga "Bagus" dia menggosok lembut kepala Minie
YOU ARE READING
-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺ
FanfictionSuka dan Minat ialah perkara berbeza jadi kau perlu tahu. "Jadi selama ni kau tak sukakan aku? Jadi kenapa kau selalu sebut nama aku?"-Choi San Cinta itu dekat tapi kau selalu silap namun kesilapan itu yang terbaik buat kau.