San akhirnya melepaskan tangan Minie setelah keluar dari bangunan sekolah. Mujurlah semua pelajar telah balik
"Kenapa San? Awak nak tumpang motor saya lagi?"
San ketawa mengekek "Bukanlah. Lagipun mana boleh naik banyak kali. Takut yang bawa tu hilang kawalan sebab berdebar sangat" perli SanMinie menelan liur. Takkanlah dia dengar degupan jantung aku waktu dia peluk aku dekat motor? Melampau.. Ini semua ambik kesempatan!
"Minie.." Langkah San di dekatkan lagi menuju ke Minie. Entah kenapa tindakannya itu buatkan Minie pula kebelakang. San tersenyum lalu dia menahan bahu Minie
"Mulai harini biar saya matikan sendiri rasa panik awak tu." ujar San
Minie mengangkat kening tak faham maksudnya. Ini ke bahasa orang pandai? Tibe. Tak ada kena mengena langsung.
"Minie. Be mine? Saya suka awak" San meraih tangan Minie lalu diciumnya lembut. Minie terpaku dan terkedu.
***
Seohyun mencabut semua gambar San yang dia tampal di dalam almari bajunya "Tak guna!" Dia menjerit sambil mengoyakkan gambar-gambar itu.
"Choi San sukakan Minie?" Dia menyoal dengan geram. Rupanya dia turut melihat San meluahkan perasaannya pada Minie. Rasa marah menghantui dirinya sekarang
***
Minie jadi tak senang sejak San meluahkan perasaannya. "Kenapa tiba-tiba?" dia menyoal sendiri. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Pertama sekali dia terlanggar San, kedua dia dan San makan bersama, ketiga dia membonceng San dan sekarang San meluahkan perasaannya
Minie meraup wajah. Tidak senang dia ingin membuat kerja sekolah.
Rasa bersalah pula kerana meninggalkan San tanpa sebarang jawapan. Namun dia tahu Seohyun menyukai San dan Mingi juga melarangnya. Lagipun hatinya lebih kepada lelaki lain. Bila lelaki itu boleh perasannya?
***
"Minie reject aku. Kau tipu aku!" lagi sekali San merajuk dengan Wooyoung. "Mana kau tahu dia reject kau? Dia tak cakap apa-apa pun. Minie suka kau lah. Yakin lah" Wooyoung menepuk belakang San sebagai tanda beri semangat
"Aku nak buat apa sekarang? Aku malu nak masuk kelas jumpa dia" San menyembamkan wajah di meja Wooyoung. Buat pertama kalinya dia singgah di kelas orang lain pada waktu pelajar datang ke sekolah
"Kau pergilah ngorat dia. Kalau kau diam nanti lagi janggal"
"Macam mana?" San langsung tak berminat. Wooyoung tersenyum nakal. Dia terus berbisik pada San tentang rancangannya
Seohyun yang sekelas dengan Wooyoung memandang tajam pada San. Geram betul dia. Kenapa San tidak meluahkan perasaan padanya sedangkan dia lebih lawa daripada Minie
San tersenyum. "Okay Thank you Wooyoung" Dia memeluk Wooyoung sebelum kembali ke kelasnya. Minie telahpun tiba. Langkahnya terus diaturkan ke meja Minie
Minie yang perasan dengan kehadirannya cepat-cepat buat sibuk "Hey Min.. Memandangkan kita dah jadi pasa--Aaa!!! " San menjerit setelah kakinya dipijak oleh Minie "Shh" perlahan Minie menyuruhnya diam agar tidak kantoi
Pelajar lain memandang pelik pada mereka berdua termasuk Hongjoong yang sedang duduk disebelah Minie. Memang dia ditempatkan dissebelah Minie tapi dia benar-benar benci duduk di situ.
YOU ARE READING
-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺ
FanfictionSuka dan Minat ialah perkara berbeza jadi kau perlu tahu. "Jadi selama ni kau tak sukakan aku? Jadi kenapa kau selalu sebut nama aku?"-Choi San Cinta itu dekat tapi kau selalu silap namun kesilapan itu yang terbaik buat kau.