Minie menghulurkan helmet kepada San "Ada satu je helmet. Awak pakailah." risau pula Minie jika anak orang itu tercedera. Dia pula yang akan menimpa masalah nanti.
" Okey. Terima kasih..."San menerima helmet tersebut lalu memakainya dengan kemas
".. Kalau kita kemalangan, nanti saya peluk awak kuat-kuat. Biar kita berdua selamat" kata San lalu tersenyum lembut.Minie mengetap bibirnya. Geram pula dengan ayat-ayat San. Ada saja yang buatkan hatinya berdegup laju. Segera dia menaiki motornya. San turut ikut naik di belakangnya.
Jangan jatuh Minie, jangan jatuh Minie. Minie menarik nafas dalam sebelum bertolak
"Dah boleh gerak?" Minie bertanya sambil memandang San dari cermin motor "Awak prefer saya pegang bahu awak atau peluk awak?" Tanya San siap dengan demonstrasi buatkan Minie terkaku.
Wajahnya mula membahang. Apasal jantan ni terlalu innocent ye?
"Erm.. Ikut yang awak rasa selesa dan selamat"
"Okey" pantas Minie dipeluk San dari belakang.Rasa seperti menyesal kerana membuat perlumbaan ke kelas haritu. Dia juga yang memberi cadangan bahawa pemenang akan diberi Mc D. Sekarang tengoklah apa jadi.
Sepanjang perjalanan sepi sehinggalah Minie tiba di rumah San. "Dah sampai"
San turun dari motor lalu memakaikan helmet yang dipakainya tadi pada Minie.
"Terima kasih tau Minie. Susahkan awak pula"Ucapnya malu." Eh tak apa. "Minie hanya tersengih
" By the way, mana awak tahu rumah saya eh? Saya tak bagi tahu alamat pun" San menggaru kepala, hairan manakala Minie gugup. Dia sanggup periksa senarai lengkap murid kelas semata-mata nak cari alamat rumah San dulu
"Err... Saya pernah ronda sini lepastu ternampak awak joging" Minie mereka jawapan spontan
San memaparkan riak wajah bingung "Saya tak pernah joging"
"eh ye ke? Saya yakin la tu awak. Okey San, saya kena balik ni. Dah lewat sangat ni.. Bye!" pantas Minie memulas minyak dan bergerak pergi
San yang tadinya bingung tertawa kecil "Minie, kau stalk aku ke?"
***
Sepanjang perjalanan ke sekolah Minie tersenyum sendiri mengingatkan hal semalam. Apa reaksi yang akan dia terima jika dia beritahu pada 2 sahabatnya?
"Wey korang!" kuat Minie mengetuk meja milik Dita dan Ryujin. Nasib baiklah pelajar yang hadir baru beberapa orang, Choi San pun belum tiba. Jadi senang dia nak bergosip perihal semalam.
"Kenapa budak ni bising-bising" Keluh Dita geram "Kenapa Minie?" Soal Ryujin di sebelah Dita
Minie melihat sekeliling kelas memastikan tiada sesiapa yang melihat tindakannya sebentar tadi lalu dia kembali pada rakannya "Semalam waktu korang tinggalkan aku, ada sorang lelaki ni temankan aku" Cerita Minie secara berbisik supaya pelajar lain tak dengar
Dita dan Ryujin angkat kening seolah menyoal siapa yang dimaksudkan Minie "Siapa?"
"Choi..... San"
"Haaaaar?!!!!!!" teriak Ryujin dan Dita sehingga bergegar kelas "Diamla woi!" marah ketua kelas, Hongjoong. Tekun dia membuat kerja Matematik yang perlu dihantar harini. Mendengar sebarang bunyi bising buatkan kepalanya serabut.
"Kenapa tiba-tiba je?" Bisik Ryujin. Minie hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu
Pintu kelas dibuka. Lelaki yang dikenali semua orang, Choi San masuk dan terus ke tempat duduknya.
YOU ARE READING
-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺ
FanfictionSuka dan Minat ialah perkara berbeza jadi kau perlu tahu. "Jadi selama ni kau tak sukakan aku? Jadi kenapa kau selalu sebut nama aku?"-Choi San Cinta itu dekat tapi kau selalu silap namun kesilapan itu yang terbaik buat kau.